Wednesday, February 22, 2012

Dunia yang sunyi

kedatangan yang tidak dirancang, dan itulah takdir Allah
"Kita hanya mampu merancang, namun Allah juga yang menentukan segalanya"
 sudah sekian lama merancang untuk berziarah, namun ada sahaja halangan membatalkan niat itu. entah kenapa?? Namun alhamdulillah petang tadi dengan izin Allah menggerakkan hati untuk minta abah singgah sebentar di tempat itu.
Abah memberhentikan kereta di kawasan parkir, ku melangkah keluar dari kereta, alhamdulillah nasib diri ini masih dalam keadaan suci dan berwuduk semasa solat zohor tadi..ku mulakan langkah, sampai di pintu..bibir mengucapkan
"Assalamualaikum ya ahli kubur sekalian..."
Alhamdulillah akhirnya anak UMI datang jua bertemu pusara yang telah lama tidak berjenguk..maafkan diri ini UMI..andai diri ini jauh dan lupa datang ke sini ziarah rumah barumu..ketahuilah diri ini sentiasa mengingati dirimu, memanjatkan doa agar dirimu sejahtera di sana..janji diriku akan sentiasa sedekahkan bacaan yasin dan ayat suci al-quran selalu buatmu selagi masih ada nafas ini..insyaAllah..
tidak lupa jua kutitipkan al-fatihah buat seluruh ahli kubur yang lain termasuk arwah nenek dan saudara mara yang lain..moga2 diri mereka juga tenang dan diampunkan dosa mereka..

selesai berdoa, aku pandang keseluruhan tempat ini..SUNYI..itu yang mampu ku katakan..inilah dunia yang sunyi walau di luar sana bising dan sibuk dengan hiruk pikuk kota..dengan kenderaan lalu lalang yang bersilih ganti. diri mula menilai, walau bagaimana hebat kita di dunia ini sewaktu kita hidup dan sihat..namun apabila ajal menjemput di sinilah kita nanti, di DUNIA YANG SUNYI kembali menghadap MAHA PENCIPTA.
dan ketika itu diri ini mula menjadi takut. TAKUT AKAN KEMATIAN..kenapa aku TAKUT?? aku takut, kerana merasakan diri ini belum cukup bekal amalan yang ingin dibawa menghadap Ilahi..masih belum banyak ilmu agama dalam diri ini..masih terasa jauh dari Allah..masih banyak dosa nak di banding dengan pahala..aku takut seandainya neraca timbangku nanti berat sebelah tidak seimbang?? ya Allah ampunkan diri ini seandainya leka dan lalai dari mengingati-Mu. satu hari aku pasti ke dunia yang sunyi dan sepi ini juga, namun tidak sepi dari balasan Allah.


p/s: semasa ziarah kubur arwah umi td..alhamdulillah bersih pusara umi termasuk pusara yang lain. rumput pendek namun tanah sedikit kering disebabkan cuaca panas beberapa hari ini. tapi agak marah dengan diri sendiri hampir terlupa kedudukan pusara UMi, gara-gara terpesona kawasan kubur bersih dan kebesaran masjid kampung yang sedang dibina..inysaAllah raya ni dapat rasa masjid baru. maafkan diri ini UMi, keliru sedikit..lepas ni janji tak akan berlaku lagi.
Al-fatihah buat arwah UMI...


No comments:

Post a Comment