bagaimana dengan hujung minggu anda semalam??
semoga hari semalam terisi dengan sebaiknya dengan perkara yang berfaedah hendaknya.
Dua hari cuti, cik ayu manfaatkan waktu bersama teman baik AINUL MAWADDAH, dimana hari JUMAAT cik ayu ke rumah dia untuk bantu mana yang boleh untuk majlis maulud di rumahnya, malamnya cik ayu tido sana. Pagi sabtu teman dia lagi untuk mencari stok perniagaan tudung..so bila kurang rehat di tambah dengan kena hujan sikit, maka cik ayu pun terkena selsema..
tinggalkan cerita tentang selsema. Sebenarnya masa teman Ainul membeli stok bisnes dia, hati ini tergoda jugak nak ambil satu helai tudung yang agak menarik warnanya. Mana tidak bila da bersusun cantik2 kat depan mata, mula rambang mata, hati terpikat, tangan gatal2 nak sentuh kan?? kawan pun duk sogok, ambil la murah je kan??
diakui harga dia murah, sebab beli dari pemborong. hati ini melonjak-lonjak mahu beli, sebab da jadi trend semasa remaja or wanita pakai, tapi tiba-tiba terlintas di fikiran akan 3K yang selalu diamalkan..
apekah 3K itu??
K yang pertama KEMAHUAN..
semua orang punya pelbagai kemahuan dalam hidup mereka..macam cik ayu jugak. ase nak punya barangan berjenama, baju yang cantik2 lawa2, pakai Iphone 4S ke kan??so bila kawan-kawan tengok ase macam bangga sikit lebih dari orang lain. Tapi sebenarnya kemahuan ini datang dari hati yang dipengaruhi nafsu membazir menutupi K yang seterusnya..
K yang kedua KEPERLUAN
Adakah semua barangan atau impian yang kita mahukan itu adalah keperluan harian kita atau sekadar memenuhi kemahuan yang bersarang di hati n fikiran. sekiranya barang itu adalah keperluan untuk memudahkan kegunaan harian kita. silakan meneruskan niat anda membeli, tetapi INGAT biarlah ia berpada-pada dengan K yang seterusnya..
K yang terakhir KEMAMPUAN
berbelanjalah sekadar kemampuan yang anda boleh. Jangan sesekali berbelanja di luar kemampuan anda sehingga boleh mengundang sikap berhutang atau menyebabkan anda mengikat perut di hujung bulan. itu parah namanya, jangan guna pepatah nie BIAR PAPA ASAL BERGAYA..
so bila cik ayu renung n fikir balik 3K ni..so cik ayu amik keputusan, nak beli tudung ini sekadar kemahuan dipengaruhi faktor latest trend kawan-kawan, bukannya satu keperluan bagi diri cik ayu yag dah punya banyak koleksi tudung, lagipun waktu tu memang x berkemampuan nak beli even murah, coz duit yang ada cukup tuk sara diri beli benda2 yang lagi penting, macam makanan, topup or
maybe next time..
salam kaseh salam sayang salam rindu...



No comments:
Post a Comment