Mesej di awal pagi dari along buatkan cik ayu blurr seketika.
“ayu, nak rumah sewa tak?? Penyewa depan rumah along nak keluar, elok sangat kalu ayu nak sewa, dekat ngn rumah along. Tahun depan nak kawin dah x payah pening cari…”
Bukkk…haha begitulah bunyinya hati dan jantung cik ayu tatkala baca mesej along.
Terkejut, kaget dalam keadaan tidak bersedia dan tiada dalam perancangan masa terdekat untuk cik ayu pindah masuk rumah sewa.
Terasa bagaikan hidup dalam novel diari mat dispatch edisi bumper jun+julai (haru biru) tulisan tuan bahruddin bekri, memang haru biru hidup nak memikirkan pencairan duit yang bakal di laburkan untuk hidup berdikari dengan menyewa rumah.
Oh tidak!!! Cik ayu tak nak jadi seperti hidup rayyan, yang belum tentu cukup untuk bayar sewa rumah..hehe agaknya kalu tuan bahruddin bekri baca kutukan cik ayu pasal rayyan mesti dia kata budak ini harus dikerjakan.
Ok x nak melalut..sebab x nak fikir pasal rumah sewa, bincang kemudian sebab cik ayu nak g pedicure manicure dengan kawan2 matrikulasi cik ayu dulu..hehee bye!!
Nampaknya berfikir tentang rumah sewa tak habis lagi. Kenapa rasa macam sulit je perasaan nak berdikari duduk sendiri. Dan Kenapa cik ayu rasa cara nak berfikir dan cara menulis ni sudah dipengaruhi oleh watak rayyan dalam buku diari mat dispatch tu. “(krik..krik garu kepala tak gatal)
Dan kerana rayyan juga watak dari diari mat dispatch cik ayu dapat idea nak buat diari projek rumah sewa. Haa best kan? Macam buku tulisan ain maisarah, projek deko, projek cupcake. Oh sebut pasal buku projek deko, bagus juga mungkin idea kak ain boleh cik ayu guna dalam dekor rumah sewa cik ayu. Yeay!! (krik..krik..bunyi macam kanak ribena yang excited buat projek, so please jangan rasa geli tuk teruskan bacaan. Heee
Yang best projek rumah sewa ni, bos a.k.a abang cik ayu nak sumbangkan sedikit barang2 yang dia tak guna di rumahnya tapi berguna dirumah sewa cik ayu. Haa Nampak tak bergunanya recycle brg terpakai bagi golongan yang memerlukan seperti cik ayu ni. Golongan ape?? Golongan yang baru nak mulakan hidup baru berdikari..kiki macam kelakar pula wat muka seposen minta sponsor itu ini. Memang terbaik jadi anak bongsu ni.
Haa nak tahu ape yang cik ayu akan dapat dari abang tuk projek masuk rumah sewa??
1. tilam spring size queen
Ini kalu beli kompem makan harga ratusan jgak..hehe terbaik tak abang cik ayu??
2. Almari baju 2 pintu
Ini lagi satu sementara nak beli yg baru yakni impian nak miliki almari baju ikea rm199, bolehla pakai yg ni dulu.. perghh jimat banyak ni.
3. meja makan bulat
Errr yang ni cik ayu x tau besar or kecik mana bentuknya sebab x pernah tengok. Katanya ada di ofis abang cik ayu, t dia akan bagi bila dah masuk rumah.
Senarai keperluan yang perlu cik ayu amik perhatian:
1. duit deposit 1+1
2. cari penyewa bilik??? Ok ini memang pening skit nak fikir, agaknya bagaimana rupa penyewa bilik cik ayu kan??
3. Nak beli kettle (hajat beli yang cam kat hotel tu kan..tapi tapis dulu)
4. Dapur gas dan tong gas
5. Dah ada dpur gas semestinya kuali sekecik alam pun kena ada lam rumah
6. Nak minum mesti kena ada cawan dan makan ada pinggan mangkuk…(huhu haru semua nak beli..sape nak sponsor???
7. Eh nak makan nasi mesti kena ada rice cooker nak masak, ok kena roger sesiapa yang nak sponsor cik ayu kan??hehe
8. Langsir rumah dan bilik??ok ini along kata boleh guna langsir n skalet yang cik ayu bawa dari rumah kb..recyle kembali langsirnya..yeayy
9. Tv?? Ok yg ini duk list bawah2 skit, sebabnya besar sangat nilai nak beli, mana tahu abah nak kasi tv dalam bilik dia yang tak guna lagi satu kan..kalu berguna tuk cik ayu setakat nak pasang basic astro apelah salahnya..heheehe…
10. Katil!!! Ini memang penting x mampu cik ayu nak tido di bawah je..errr sakit belakang la..hehe..kengkonon padahal akan dapat tilam queen yang gedabak tu..tapi cik ayu memang aim nak katil ikea..yeay nak g usha la nanti ngan abg nazrul..hhehe
11. Kerusi sofa rung tamu..erm..ini nak tunggu kawin ke beli terus ekh???hehee…fikir sejenak..

No comments:
Post a Comment