Wednesday, December 26, 2012

Can we salam??



Hmm malam tadi ada tetamu yang datang berjumpa abah atas urusan tertentu, they are non-muslims mother and daughter. So before diorang balik, as usual kami sebagai tuan rumah mesti la pi jumpa dorang, salam bagai. Suddenly that mother asking me, “can we salam when enter muslim’s house??” erk betul ke tak grammer cik ayu ni..tapi persoalan dia lebih kurang, boleh ke depa ni salam kami yang tuan rumah bila masuk ke rumah orang islam”

Uhuu tercengang jugak la coz sebelum ni tak pernah plak diajukan soalan sebegitu rupa..terkial ko tak cukup ilmu!! Tapi cik ayu jawab, boleh, tapi..erk tersekat seketika..sebabnya, dia dah tersalam my abang ipar..tak kan nak jatuhkan air muka dia situ jugak..selebihnya senyum jela..
Actually bila non muhrim lelaki dan perempuan, mana boleh sentuh, hatta bersalam termasuk yang bukan islam, tapi bila fikir nak jaga air muka, x apelah, let it go, tapi beringat untuk masa hadapan lah pulak agar ia tidak berlaku lagi..insyaAllah

Istanbul aku yang tak berapa nak datang..


Haloo haa..
eh tiba2 jadi rajin lagi nak update story d’ mory. 
Actually cik ayu baru je habis tengok filem Istanbul aku datang di lappy kesayangan tuh..
aduh malu pulak rasanya, mana tidaknya orang lain dah berzaman tengok malah sudah pun beralih arah ke cerita lain, cik ayu baru terhegeh-hegeh nonton itupun yang di download..tutup muka buku cepat2..hehe..eh x pe asal halal bukan support cetak berompak. Ok? 
Eh, cop2 tiba2 terasa gaya penulisan terpengaruh dengan gaya gedik dian dalam cerita tu plak..eh!! sory2, jangan gedik2 nanti ada yang menyampah..hahaha

Ok..honestly cerita Istanbul aku datang, memang sangat2 best!! But…only for the view of background in istanbul..siyes cantik sangat2!! Macam nak melangkah pergi sana je duduk lama2 lagi2 dengan orang yang tersayang…boleh??? Ok stop berangan mat jenin plak!
Tapi ada certain scene yang tak berapa cik ayu berkenan, pergaulan dalam cerita tu..yes I admit cerita tu ada gaya2 omputeh memandangkan ia di lakonkan di luar Negara..tapi tak kan la scene peluk memeluk itu harus ada selalu, sampai macam nak cium2 plak..erk termalu tiba2 bila kyra syok plak tengok scene gitu..tapi masih terkawal la cara lakon tu tak over..Huh kalau kyra memang suka la bab cintan cintun lakon camtu..err..i malu tau!!hehehe
So those yang tak tengok lagi bolehla cari cite ni diinternet untuk di download..hehe..
Apepun cite ni bolehlah dapat 4 bintang coz mereka yang lakonkan watak dengan baik accept si aizat yang agak kaku sedikit..hehe..tapi tempat dan pemandangan di Istanbul memang d best!!!
dan yang paling menarik cik ayu suka watak dian, happy go lucky..cute mute dengan rambut dia gitu..dan yang paling best cara dia menaip entry dekat blog bersahaja je..erk mana nak tiru gaya blog dia tu??haha macam budak2 je cik ayu ni..
daa semua..C.A



AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS!!


Haloo haa..
aish lama betul cik ayu x update blog sejak ia bertukar wajah.
maaflah terlampau busy yang dibuat2..eh ada ke macam tu??haha
Ok hari ni cik ayu dah kembali bermalam di rumah along dekat USJ ni..huh macam dah tsunami gayanya rumah ni, bila cik ayu kembali ke sini..
mana idaknya, cik ayu dan si anak2 buah suka bergaduh..dan hari ini tercetus lagi perang cik ayu dengan anak buahku, KYRA..
Ceritanya..erk..mana pulak pucuk pangkal ye nak mula..haaa..alkisahnya cik ayu ada la jemur baju yang  masih lembap dalam bilik ni, nak elak tikar getah basah amik la bakul dia yang berisi mainan doctor-doktore dia itu sebagai alas air turun..hehe..kejam kan??
Maka basahlah bakul dia dengan air basuhan itu…ups sory memang disengajakan untuk budak itu..hahaha..menjerit marah dia pada cik ayu..
lepas tu mengamuk satu rumahlah si kyra siap cakap..
”ciksu jahat, ciksu *****..”
“dahlah adik x nak duduk bilik ni lagi..biar adik pindah bilik!!”
“x nak dah masuk bilik ini”
Erk tercengang cik ayu bila dia cakap macam tu, nasib baik tak tercakap biar adik pindah rumah!! Hehe..cuak sekejap.
lepas tu mula lah dia kemas barang dia ketung berketang bunyinya..haha
alah ape sangat, setakat amik buku conteng dia yang satu rak pindah masuk bilik mama dia..habis bersepah bilik mama dia..ayok, tak tahu ciksu x masuk campur..kiki..
tapi merajuk budak ni x lama, sekejap je, bila dengar ada cite best lam bilik terus masuk bilik dengan muka x malu..kiki..see merajuk budak2 sekejap je

haa..inilah jadinya bila pindah memindah..yeay dah kosong rak ini!!

 aduh sentap sungguh budak ni gurau dengan cik ayu, tapi bila usik kyra, teringat pula cerita zaman kecik2 cik ayu dulu. Bagai anjing dengan kucing dengan sis atin cik ayu. Pantang duk dekat ada je nak gaduh. Siap gaduh bagai halau keluar dari bilik. Semua baju, barang2 peribadi, buku and whatsoever semua tercampak keluar dari bilik..gedegang!!! pintu berbunyi kalau kami gaduh. Yang kelakar, bakul sampah yang cik ayu beli, boleh plak dia claim yang dia punya x bagi keluar dari bilik..hadoi!! tolongla..tong sampah aku kau nak rembat acik..hehe..memang lawak ah..
haa itu pasal  gaduh hak bilik, kalau bab sekolah yang paling sakit hati!
Dia dapat izin bawak motor, tapi punya jahat sis atin dulu2, pergi sekolah ok lagi bonceng adik dia yang cute ni, greng..greng..buyni enjin motor..tapi bila tang balik dari sekolah sanggup dia bonceng kawan dia dari bawak adik dia,,haa itu paling menyayat hati duk sadis hari2 dengan arwah umi..huhu..terpaksa la balik sekolah jalan kaki hari2..kedekut!!

Tapi..hari ini..hehe..alhamdulillah hubungan kitorang kaw2 baik punya..siap rindu rinduan bila x jumpa..hehe lebih2 plak..bila jumpa adalah salah seorang yang jadi mangsa tuk belanja..bab duit tak berkira sangat..kalu dulu harem!! Maka kesimpulan di sini, air dicincang tak akan putus!! Cewah..
daa..C.A


Wednesday, December 19, 2012

result PMR dah keluar!!

Eh bukankah hari ini result PMR buat adik2 yang mendudukinya tahun ini sudah keluar??
Mesti ada yang tengah bergembira sakan raikan kecemerlangan mereka.straight A's .alhamdulillah tahniah cik ayu ucapkan pada mereka semua. bukan senang nak capai semua itu tanpa usaha, tawakkal dan juga doa kepada Allah kan?
dan tidak kurang juga sekiranya ada yang berduka cita akan keputusan yang diperoleh..tak mengapa itu semua percaturan yang Allah tetapkan. betul tak?
jangan berduka cita, perjalanan adik2 masih panjang lagi. SPM bakal penentu masa depan kalian kelak.

hmm masih teringat cik ayu, waktu nak ambil keputusan PMR. berdebar tuhan sahaja yang tahu. tapi dalam hati yakin dengan Allah kerana sudah buat yang terbaik. skor dalam tangan 6A pasti, yang lain hanya berserah kerana tidak yakin semasa ujian. dan nyata, 6A 3B milik cik ayu, termasuk antara yang cemerlang dalam bahasa arab. hanya 2 lelaki dan 2 pelajar perempuan sahaja yang dapat A untuk subjek tersebut. alhamdulillah dapat gembirakan hati arwah ustaz yang berharap dapat A.

dan yang paling best sempat kenakan arwah umi cik ayu sebelum pulang ke rumah tunjuk result..
guna public phone telefon rumah bagitau pada umi yang cik ayu langsung tak ada A untuk mana2 subjek. terdengar suara sedih umi menjawab..katanya.."x apela ayu, nak buat macam mana x de rezeki ayu walau dah berusaha..jangan pergi mana2 dah balik rumah tunjuk pada umi result..umi tak marah pun..."
nampak betapa mulia hati seorang ibu, mungkin kecewa tapi di sembunyikan supaya anak tenang tanpa rasa sedih..apabila pulang, cik ayu serah slip, dan betapa terkejutnya rwah umi bila lihat result cik ayu.
sempat dia cubit dan cium kerana anak kesayangannya sempat mainkan dia dan buat surprise..hehe..bila kenang kembali, nak tergelak pun ada..dan itu detik paling best buat cik ayu..

jadi adik2 yang kurang berjaya, jangan bersedih buktikan pada keluarga, mak, ayah yang kalian boleh ubah semua itu kelak dalam SPM..yang mana dah berjaya cemerlang kekalkan prestasi result anda!!

sekian...


muka buku baru dah...

haloo2..
selamat malam semua..alhamdulillah, malam ni secara rasminya blog kasehkuayu bertukar wajah.
mungkin ambil mood tahun baru yang bakal tiba..hehe..
terima kasihlah buat anak buahku yang terchenta..haha time ni la nak cinta sangat, kalu tidak mau kaki tangan semua naik..hehe..berkat si budak remaja itu belajar tutorial di blognya,
haa sape yang nak kenal dia bolehlah jengah blog ira sahira si anak buahku..
nah hambik RM1 pi main jauh2 jangan duk sibuk skodeng hape orang taip!!
bwuekkkk...shuh2..shuh2..dush2 penumbuk 40 biji esok ko lebam kat muka!!

hish kacau budak ni..baiklah meh sambung sikit lagi..ehem2
sebelum itu, wahai pengujung yang tak berapa nak hadir sangat singgah di sini, 
jangan tersenyum sinis pula dengan wajah tak berapa nak comel blog cik ayu ni..
alsebabnya, blog ini ada la rupa cam budak2 sikit..
haa tengok x berapa angguk geleng..uhuk..
mana tidaknya, dah budak remaja itu yang modified sikit lebih kurang dengan blog dia
haiyoo..memang pengaruh budak2..yang tak bebudak, warna yang cik ayu nak..
sedikit soft..hehe..yok oo je..
tapi yang header blog tu, cik ayu try buat sendiri cara bodoh2 dengan photoscape..haha..
jadi jugak akhirnya walaupun biasa2..hehe..
(cet konon nak guna adobephotoshop..padahal tak reti hape pun)
taraa..inilah rupa seperti yang anda lihat di paparan skrin..

hope after this cik ayu ni akan menjadi lebih semangat untuk update entry yang baik2..
hoyeh!!

moh ler kita berjoging!!

selamat petang semua..
sekadar entry pendek..
moh ler kita smeua berjoging untuk dapat kesihatan yang baik!!
haha tetiba je rajin??mesti korang pelik kan??
bukan ape, lately ni ramai duk kata cik ayu makin bambam  cikibam..huhu..
sedih weh tercabar rasanya..maka, jomlah berjoging bersama anak buah yang tak berapa disayangi...kakakaka

bye semua!!!

Monday, December 17, 2012

manis..oh..manis


Hai2 assalamualaikum..
Yeay malam ni ada idea lagi nak mencoret sesuatu di muka blog kasehkuayu..hehe..
Hmm..masihkah anda semua ingat, bilakah kali pertama anda mula buat minuman?? Air apakah permulaannya?? milo? teh? Atau yang paling senang, susu?? Eh air 3 in 1 nescafe ka, atau yang seangkatan tak termasuk k...hehe
Cik ayu??hmm kompem tak ingat yang mana satu dulu..sebabnya tak pernah menjadi masa kecik2 dulu..sat rasa terlebih manis sat terkurang manis, sat lagi hancur semua rasa..last2 pi mintak dengan umi wat muka kesian. Bodet cakap ape tau..’umi..umi tak nak minum air panas ke?? Sedapnya kalau dapat minum air teh umi la..”
Haha..see, begitu melampau cik ayu time sekolah dulu dengan umi..semua umi buat..tapi alhamdulillah sebelum umi meninggal sempat la belajar wat air teh tarik terbaik cara umi..hikhik..
Sekarang ni cakap ja air ape nak semua boleh..(eh cover je lebih, padahal 4 jenis je tau, teh, milo, nescafe and 3 in 1 paket) kiki..

Ok sebenarnya bukanlah nak cite pasal pro ke tidak buat air. Tapi lebih kepada gaya hidup minuman kita menjurus kepada kesihatan kita kemudian. Betul tak?? Kalau semua air minuman nak manis je, bukankah ia mengundang kepada gejala kencing manis yang sukar diubati..so baru-baru ini kan cik ayu pulang ke kampung, so setiap kali mahu buat air minuman panas untuk sarapan dan minum petang, pasti cik ayu terfikir nak letak lebih gula ataupun tidak. Kalau dah buat, erm air minuman tersebut manis ke tidak. Kalau kurang gula dan dan tawar, apa pula reaksi abah..
Uhuu..manis oh manis. Mana tidaknya, abah cik ayu seorang penghidap kencing manis, tapi tidaklah yang kronik. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, dan anak yang prihatin, maka kesihatan abah harus diutamakan dan dititikberatkan..(betul x bagi anda yang sedang membaca??)

Jadi, moral di sini, walau anda seorang penggemar air manis yang tegar, ingatlah orang yang tersayang..hehe..biar orang kata air kita ni tawar atau hangpa semua ni penjimat gula tegar, atau dalam kata mudah. “KEDEKUT!!” hihi, pedulikan. Jaga kesihatan demi umur panjang..yeay!!!

Bercuti di kampung!!!

Alhamdulillah minggu lepas (bajet lama sangat padahal baru 3 hari) cik ayu berpeluang bercuti di kampung kelate bersama big boss cik ayu...
mana idoknya, hampir 3 bulan tak jejak kampung, mengalahkan perdana menteri yang sibuk pi luar negara je..haha..

hmm apa yang menarik cuti kali ini, cik ayu rasa inilah cuti balik kampung yang paling best.
dalam perjalanan nak ke kota bharu, sempat kami singgah makan nasi berlauk sebentar di kuala krai pagi selasa tu..dah macam cutipedia plak..
haahaa tak pernah rasanya cik ayu beakfast di luar sepanjang tinggal di kelantan dulu..rupanya seronok juga.
harga untuk seorang makan pagi hanyalah RM4 termasuk air teh tarik..see jimat kan??kalau dekat kl kompem harga lebih RM6 untuk seorang makan..oh indahnya kelantanku..hehe..

alhamdulillah sampai di rumah kota bharu tengah hari itu, Allah aturkan jodoh untuk bertemu kembali dengan jiran lama cik ayu semasa abah bekerja di johor dahulu, CIK ZIHAN n family..seronok sangat dapat bertemu, bertukar cerita terbaru dengan mereka. mereka dalam perjalanan bercuti ke timur, dan rumah cik ayu destinasi terakhir mereka..hehe..jadi kami tahan mereka untuk makan tengah hari di rumah yang telah pun mak tiri cik ayu masak, sup tulang dan lauk yang bergoreng bagai..cik ayu tukang mengangkat jela..x de makna sempat nak masak..hehe..


alhamdulillah sempat juga bergambar dengan mereka. yang dihujung tepi cik ayu namanya aiman, dan si  tinggi hujung itu namanya sallehin, mereka berdua sempat arwah umi cik ayu jaga dulu bila cik zihan n husbandnya en murad kerja. tapi bila tanya mereka balik, smeua dah tak ingat cik ayu..huhu sob2 sedih..
sebelum mereka pulang cik ayu titipkan beberapa buku terbiatan PTS yang dalam koleksi di bilik cik ayu buat bacaan cik zihan..seronok bila dia kata dia suka buku terbitan PTS..hoyeh!
***

rabu, hari kedua..
haa..pagi hari kedua ni, mulanya x dak plan ape, ingat nak ke bandar sorang diri, tapi mcam x berani plak, tp bila abah kata nak ke kebun di bachok..erm hati pun mula beralih arah..hekhek..so join la depa semua ke kebun sana..bukan nak berkebun sangat pi menyibuk ada la..nasib ada line digi 3G dekat sana, ape lagi online la sambil tunggu mereka berkebun sambil menghabiskan bekal kuih yang abah bawak..bertuahkan anak dara sorang ni??hehe..
oh kelihatan abah n my big boss sedang berehat sebentar menghilangkan penat berkebun..sungguh luas tanah yang dikerjakan mereka, tapi hari tu buat kerja sikit je, sebabnya kawasan dah bersih sikit. sebelum cik ayu datang, abah kata tanah tu memang x leh nak masuk, semak! siap ada penunggu cik sawa lagi..
so lepas ni boleh lah abah nak bercucuk tanam!!

masa nak tebas saki baki tumbuhan, maka adalah jumpa pokok ubi..yeay ada ubi kayu..semangat ni bawak balik kot2 nak rebus..sekali abah bagi dekat orang daa..hekhek bagi dekat kak ipar cik ayu je pun..ermm kempunan nak makan!!

khamis, hari ke-3
ape lagi, sudah kemas rumah, ajak abah pergi bank untuk settlekan urusan tutup buku bank..macam mana boleh tak perasan ada banyak akaun dengan BSN..huhu..lepas tu..
SHOPIM makanan la dekat pasar siti khadijah..wlaa jadi gile terus nak amik n beli macam2..jakun macam kat kl tu dah x de segala benda..hekhek..habis rm100 beli macam2..tu belum naik tingkat 2 pasar tuh..kalu x dengan segala kain tudung cik ayu beli..hehe

jumaat, hari terakhir
lepak duk umah je..main sahibba dengan anak buah. malamnya naik bas balik shah alam..habis..
haha..nampak sangat ko dah malas nak menaip banyak2 cik ayu..

ok yang syok cuti kali ni actly, cik ayu banyak dapat luangkan masa dengan abah. pergi kedai dengan abah, siap follow abah pi kebun lah, buat itu ini dengan abah..mcam anka bapak pula..hehe..ddan yang paling penting, abah sporting x yah suh cik ayu masak, beli makanan dekat kedai je, for lunch n breakfast..haha..memang dia tau dah anak dia ni pemalas bab masak memasak ni..hehe
daa semua!!!


Sunday, December 9, 2012

power marketing??

Assalamualaikum, alhamdulillah masih bernafas lagi kita semua hari ini. baiklah sebelum cik ayu menutup lappy tengah hari ni untuk masuk ke dapur masak apa yang ada untuk anak2 buahku yang tersayang, cik ayu senang hati ingin berkongsi artikel yang di emel dari Dr. azizan yang seminar power marketing tu..
tapi cik ayu tak nak letak semua sekali gus, cik ayu nak letak 20 dulu yang dia beri, bermula dari tips 50 hingga ke 31.
khas buat teman2 yang masih belum punya pekerjaan atau sudah tapi hendsk buat bisnes sampingan dan bagaimana nak majukan bisnes. bila cik ayu baca bagus juga tip yang diberi, lagi2 cik ayu yang masuk dunia bisnes dan marketing tanpa ada pengetahuan asas langsung mengenainya. maklumlah cik ayu ni belajar dalam jurusan sains kimia tapi terjun terus ke bidang yang bertentangan,,huhu naya..naya..

ok, check it out everyone!!!


50 Idea "Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!"

Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?

Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling "power" di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada "biasa-biasa' kepada "luar biasa" dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai "PERMULAAN" kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan "berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar "live" daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.

45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

41) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?

37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.

34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!"

33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.

31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.


Friday, December 7, 2012

jodoh pilihan keluarga??

Assalamualaikum..yeay ada idea lagi nak sambung menaip..ceh bila dah ada idea, bagaikan mencurah-curah keluar tanpa dapat di tahan..hehe..ok kali ni nak berbicara macam orang dah sampai tahap dewasa dah, tapi bukan terdesak yang amat ok..hehe (cover diri padahal selalu duk pikir)

haa..ape??oh tentang apa?
yang tajuk dekat atas tula..JODOH..tapi pilihan keluarga..rasa-rasa rakan2 sekalian terfikir yang sama tak?
hmm..baru-baru ini saja sembang kosong dengan along sambil minum teh tarik depan TV, bicara berkenaan ramai rakan-rakan cik ayu dah pun bertemu jodoh dan juga, KAWIN!!!
ee macam mimpi ngeri plak rasanya, mana tidaknya dah nak masuk umur 24 tahun, tapi...calon pun tak ada..hukhuk..

so along ada la cadangkan pada cik ayu, why not cik ayu minta keluarga carikan jodoh, insyaAllah mungkin lebih baik dari kita cari sendiri, coz dalam family yang cari sendiri kadang2 bawa masalah..erm..ok not bad idea itu. tapi kita lihat pro's & con's dia. betul x??

yang baiknya, insyaAllah keluarga kita pasti lebih mengenali keluarga pihak yang dicari, asal-usul or bagaimana keadaan family tersebut. apa-apa hal yang berlaku, insyaAllah family boleh bantu.
tapi yang tak berapa nak sedap tu, mampukah kita menerima orang yang tak pernah kita kenal??
tapi macam best jugak bercinta lepas kawin ni..lebih sweet dari kita mengenali dan bercinta bagai nak rak, tiba2 putus di tengah jalan..uhuu, x nak!!

hmm lagi satu baiknya pilihan keluarga, bakal yang dipilih insyaAllah mungkin lebih menghargai dan menghormati bakal mentua mereka, dan ayu harap sekiranya ayu terjebak dalam kes ini, hope si dia boleh menerima dan ambil tanggungjawab juga ke atas keluarga cik ayu dan tiada kes berat sebelah kepada mana2 family..FAIR!! hehe..bukan apa, x nak apa yang berlaku dalam family berbuah banyak kali ..hikhik..

oraitz..cukup di sini sahaja nak coret malam ini..kena tido awal esok harus kerja..eh org cuti saya kerja..jeng2..rahsia..hikhik

sepi tanpa ayat

assalamualaikum..
alhamdulillah hari ini jari jemari cik ayu terasa rajin pula nak update blog yang dah hampir berminggu ditinggalkan sejak kes TIKUS di rumah sis nor..cik ayu harap semua rakan2 sihat hendaknya.

hmm..apa yang nak dicerita yer...(ketuk2 lappy sat nak cari idea..hehe)
haa...dapat idea..ok.
pernah tak rakan2 cik ayu sekalian terasa sepi melanda diri. lagi-lagi tengah kesunyian, tiada ehem2 nak bermesej, rakan2 sibuk, tiada cerita best di tv ke??pernah??
mestilah pernah kan? rasa sunyi tanpa teman. tapi sedarkah kita, yang sebenarnya kita punya teman, yang sentiasa memerhatikan kita, menemani kita ketika susah dan senang malah sunyi mahupun gembira. cuma kita sahaja yang kadang-kadang lupakan kehadiran-Nya.
siapa lagi kalau bukan Maha Pencipta kita, ALLAH.

sejak dari kita mula terbentuk dalam rahim ibu pun kita sudah di temaninya. betul kan??
jadi jangan ada rasa sunyi di hati, dekati dia.
dengan cara apa??
hmm masih ingat lagi pesan ustazah cik ayu sewaktu sekolah dahulu.
berzikirlah andai kita tidak boleh bersolat, lagi-lagi kaum perempuan. ketika Haid mood perempuan kan tidak stabil, maka ingati DIa dengan zikir insyaAllah tenang tanpa sunyi.
lagi satu, jangan sesekali rasa sepi tanpa ayat cinta Allah..itulah penawar terbaik untuk menghilangkan sunyi di hati.

hmm..tadi rasa malu menutupi muka. kenapa?? sudah berhari-hari terasa diri ini sunyi, sepi, dan berbagai lagi perasaan. tapi semasa hendak solat, anak buah mengajak cik ayu untuk baca surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah umi cik ayu..Allahurabbi, astagfirullahala'zim..malunya diri kerana sudah lama, tidak menuturkan bait-bait ayat cinta Allah. Alhamdulillah tenang sedikit  jiwa. itulah manusia terbuai keasyikan dunia lupakan kebajikan akhirat. jadi pesan kepada diri ini dan juga rakan2, jangan lupa al-quran..bacalah ketika senang mahupun susah.

masih teringat pesanan abah..
"bacalah ayat al-quran ayu andai rasa gelisah di jiwa, walaupun sepotong, walau sebaris ayat sehari, insyaAllah moga damai hatimu anakku.."
maafkan anakmu ini abah, dan juga umi khilaf untuk beri sedekah jariah buat bekalan kalian..
dan teringat juga sewaktu pelajaran agama dulu..kalau tidak silap
tiada apa yang mampu dibawa apabila anda mati kelak, kecuali tiga perkara...
dan yang utama buat ibubapa kita, doa anak-anak yang soleh..
semoga diri ini belum lupa untuk buat yang terbaik untuk arwah umi di sana..
al-fatihah...