tapi cik ayu tak nak letak semua sekali gus, cik ayu nak letak 20 dulu yang dia beri, bermula dari tips 50 hingga ke 31.
khas buat teman2 yang masih belum punya pekerjaan atau sudah tapi hendsk buat bisnes sampingan dan bagaimana nak majukan bisnes. bila cik ayu baca bagus juga tip yang diberi, lagi2 cik ayu yang masuk dunia bisnes dan marketing tanpa ada pengetahuan asas langsung mengenainya. maklumlah cik ayu ni belajar dalam jurusan sains kimia tapi terjun terus ke bidang yang bertentangan,,huhu naya..naya..
ok, check it out everyone!!!
50 Idea "Bagaimana Untuk
Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih
Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!"
Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?
Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling "power" di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.

Untuk meningkatkan jualan, anda
perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk
menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda
serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.
Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada "biasa-biasa' kepada "luar biasa" dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.
Idea yang saya berikan ini adalah sebagai "PERMULAAN" kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan kepada anda, ia adalah benar!
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan "berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!
Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar "live" daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.

Persoalannya, adakah anda cukup stok atau
kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 50 idea pemasaran
luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu
kepada orang lain: Apa yang anda
ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat
bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda,
tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain.
Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman
sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda
tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang
takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan
kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana
untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan
anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang
akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain
belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai
dengan tema semasa: Ini adalah teknik
yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai
dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru
cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah
limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah
kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda
boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan
jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka
kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di
panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep
filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir
di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik
ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai
dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah
sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit
mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda
apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan
beli apa sahaja yang anda tawarkan!
48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.
45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.
43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.
42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".
41) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.
40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?
37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

35) Berkawan dengan selebriti radio
atau TV: Cari jalan untuk
merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa
yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang
membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.
34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!"
33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

32) Lancarkan kempen untuk membuat
sesuatu perubahan: Apakah
perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda
boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda,
contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara
terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.
31) Menawarkan perundingan atau
memberikan ucapan: Cari kumpulan
sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan
memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda
untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.

No comments:
Post a Comment