Sunday, May 29, 2011

Nur Kasih

Bila sebut pasal NUR KASIH d movie semua orang mesti excited da macam tahap fenomena demam drama tu. Tak kira umur, dari kanak-kanak sampailah ke makcik-makcik kat kampung sana. Semua orang x sabar nak tonton, sebabnya exclusive di pawagam sahaja, Astro FIRST pun x dak benda ni. Maka semua orang terpaksa berkorban turun panggung, dan tak terkecuali cik ayu dan rakan. Tapi before kami turun padang menyaksikan cerita ini, kami terpaksa melalui minggu yang memeritkan iaitu minggu presentation final year. Hohohho sungguh meyesakkan dada, menderita jiwa menjerit batinku..erk!! ape keno ngan batin lak cik ayu oiii!!!

Konklusi bagi file mini. Sebuah filem yang mantap dari mutu lakonan semua pelakon  x kira watak kecil or utama dan juga penataan cahaya yang mereka gunakan serta lokasi penggambaran yang memang cantik dan menarik. Kehadiran watak si kecil mia sara yang menyerikan lagi file ini dengan celoteh comelnya. Tapi pujian harus diberi buat watak kecil lelaki, ilyas if x silap namanya. Wataknya hidup, matang di waktu usia yang masih kecil yang faham akan kesedihan ayahnya setelah pemergiaan uminya, watak ayu raudhah.

Nur, Aidil dan Adam, watak yang dihayati sepenuhnya, suka dan duka mereka serta ujian yang mereka tempuh, sehingga diri ini tertanya-tanya masih adakah manusia yang setabah itu menghadapi dugaan Allah. 
Sekiranya diri cik ayu ditempat mereka bemul tentu cik ayu setabah mereka.tahniah buat khabir bakhtiar. Sejam lebih tayangan, ada part yang boleh nangis gak bagi mereka yang sensitive bagi cik ayu, ada selingan ketawa jugak. So jalan cerita x dela berat sangat, Cuma mungkin dalam 20 minit terakhir agak mengelirukan jugak jalan ceritanya. Lagi spoil mood rata-rata kawan cik ayu termasuk cik ayu sendiri adalah kehadiran watak norman hakim. Erk!! Asal aku jeles ngan dorang nie..hehhee.. no komen..tapi tetap nak komen X SESUAI!!! Spoil mood sedihku. Ok x nak komen lebih2 t akan dikecam. Ada yang cik ayu puas hati seperti disebut n yg x puas hati biar simpan kat hati je k.

But Nur Kasih d Movie memang best, kesudahan cerita terjawab coz no more nur kasih lepas nie, coz cerita dia da sampai tua, anak dorng n cucu dorang x kan nak sambung sampai cicit lak..so sape2 yg belum tonton, anda semua wajib tonton. Tok sah duk sibuk2 pi Tanya orang suh cerita..x dak ayaq liur nk cite kat korang..hehhehee..

Salam kasih salam saying salam rindu
KasehkuAyu

SELAMAT HARI TUA yang ke-22!!!

Tanggal 30 Mei 1989 pada jam 7.12 malam, di saat semua orang sibuk untuk menunaikan solat maghrib, seorang fetus dalam kandungan telah sibuk menyakitkan ibunya kerana tidak sabar lagi untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah. Maka telah bergegaslah semua jururawat dan Dr datang untuk menyambut kelahiran seorang bayi perempuan yg sungguh cantik dan comey seperti sekarang..hehehheee..(nak jugak ayat terakhir tu) Waa..waa..waa..oh sungguh merdu dan sadis sekali jeritan batinku tatkala melihat cahaya dunia..(eh adakah itu cahaya matahari Allah ataupun kerlipan lampu putih hospital..erk!!
 
Namun Alhamdulillah syukur di panjat oleh arwah umiku, setelah penat bertarung nyawa, maka lahirlah anak perempuan yang terakhir dalam keluarga yang cukup sempurna dan bahagia..dan bayi perempuan YANG COMEY itu diberi nama NOR HIDAYU. Kata arwah umi nama ini diberi kerana diriku kelihatan sangat manja waktu kecil dan sampai la ke besar panjang..MANJA X HABIS sampai semua naik meluat!!!oh mintak maaf yer semua di atas kegelian anda. Eh tapi bukan ke kalu ikut nahu arab nama ni ada kaitan dengan hidayah..ntah bape banyak jamak dia terus lahir nama hidayu…hahhaha..suka hati..tapi semoga diri ini akan sentiasa diberi hidayah oleh-Nya.

Hari ini, 30 Mei 2011, genaplah umurku 22 tahun. Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di bumi-Nya, mensedekahkan segala amal dan kebajikan untuk dihulurkan buat arwah Umi tercinta di syurga nan indah, insyaAllah sebagai balasan dan terima kasih kerana telah melahirkan diri ini dan juga buat bekalan duniaku di akhirat kelak.

Ucapan ribuan hingga infiniti terima kasih buat keluarga tercinta terutama abah tercinta, kerana telah mendidik dan menjagaku dengan penuh sabar, cukup bekalan ilmu agamanya sehingga menjadikan diriku pada hari ini. Ayu akui diri ayu cukup manja, nakal yang amat hingga menguji kesabaran keteguhan iman dirimu, maafkan diri ini. Buat adik beradik yang tersayang, terima kasih atas layanan, perhatian, sokongan kewangan dan kasih sayang anda semua buat adik bongsu kalian selepas pemergian arwah umi tercinta. Tanpa kalian pasti diri ini terkapar-kapar mencari arah hidup dan kasih sayang yang telah diragut pergi sekelip mata. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. ANDA SEMUA YANG TERBAIK DALAM DUNIAKU. Buat buah hati yang sentiasa mekar sayangnya buat kalian, Sahira, Kyra, Najwan, Najmi dan Khaalish, kalian permata dan kebahagiaan hati ini. insyaAlllah semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah. Ciksu akan jaga kalian, itu janji ciksu, tiada belah bagi antara kalian. 

Tak lupa buat rakan-rakan seperjuangan, AINUL MAWADDAH, MIZANI IZNI, SHAFIAH MAHIRAH yang sentiasa ada waktu diri ini susah dan senang, tangis dan tawa. Andalah sahabat dan anda juga sebahagian dari hidup ini. Terima kasih dan semoga Allah akan sentiasa memberkati serta melindungi kehidupan kalian, amin.


Here my wish list for this year:
1.       Impian untuk khatam al-quran di negeri Sarawak tertunai juga sebelum umur 22 tahun. Setiap kali bacaan akan diniatkan untuk ketenangan UMI di sana dan kesejahteraan kesihatan abah di rumah..insyaAllah semoga niatku sampai buat mereka.
2.       Dah khatam al-quran biasa, selepas ini teringin sangat nak punya tafsir al-quran sendiri, tapi x mampu nak beli..hope there’s someone can give a birthday present for me..tq..(hope so much J)
3.       Untuk berubah menjadi wanita muslimah yang anggun dan bergaya tapi penuh adat ketimuran yang menjaga kesopanan, kerukunan serta auratnya. Namun masih mencari kekuatan untuk berubah, semoga allah memudahkan niatku itu.
4.       insyaAllah akan tamat pengajian di UNIMAS ini sebaiknya, kerja dan dapat membantu ekonomi keluarga
5.       x nak wish banyak2 nanti x tertunai..cukuplah ape yg ada kat atas tu dulu..tapi wish yang terkahir semalam da dapat  awal2 dah..cakap manja2 sikit dengan abe ije..terus dapat..tq abe..love u so much..antivirus KASPERSKY tuk laptop and external hard disk..hoyehhh!!! x sabar tgu balik cuti..

sebelum tutup tirai ucapan cik ayu da hampir terlupa gara-gara melalut banyak sangat..
HAPPY BESDAY TO MY TWINS merangkap BFF gak, Farahin Azwa, yang jauh nun kat utara sana, semoga persahabatan yang terjalin antara kita kekal selamanya..x lupa buat kakak tiriku..kita bukan sahaja bersaudara malah kita juga berkongsi tarikh lahir yang sama..KUASA ALLAH siapa yang duga. Semoga persaudaaran ini lebih erat terjalin dalam rahmat dan barakahnya.
syukran atas kesudian kalian membaca luahan isi hatiku sempena hari istimewa ini..semoga kalian diberi kesihatan yang baik dan lalui hari2 yang dirahmati oleh-Nya. Wassalam..ma’assalamah..

salam kasih salam sayang salam rindu
KasehkuAyu

Friday, May 27, 2011

x tau nak taip entry ape

Assalamualaikum..selamat petang..kon nichi wa..petang ni x de idea lak nak taip entry ape..tp insyaAllah akan ada juga esok..tp td da upload entry kat page..pasal ape..ha anda2 semua cari sendiri yer...skg cik ayu tgh chat ngan kakak tajuk hangat..tentang ragam laki dan suami..nak tau???mana boleh. lek lu, sebelum di cerita harus diolah n cari fakta sohih dan faham ceritanya. baru x tipu kelentong dan ada unsur fitnah namanya...insyaAllah..

ok jaga diri anda semua

Thursday, May 26, 2011

Perpisahan itu memg nyata..

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu

Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

masih ingatkah sahabatku dan rumetku akan bait2 lagu ini
lagu yg ku nyanyikan malam2 terakhir sebelum perpisahan kita d alam universiti..
sungguh diri ini rindu akan kalian semua..rindu akan tawa dan gurauan anda semua
namun Allah sudah tetapkan..setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan
insyaAllah segala memori kenangan suka duka bersama akan tetap tersemat di hati dan ingatan kasehku ayu
buat teman dan sahabat karib sepanjang di UNIMAS, mizani dan shafiah, anda yg terbaik buat diri ini, bantuan kalian bahu kalian amat diri ini hargai, sentiasa ada tika susah senang tawa dan tangis saat menghadapi  kesukaran final projek kita semua..Ya Allah syukur pada-Mu atas kurnian teman seperti mereka

maafkan segala khilaf diri ini..halalkan semua yg telah termakan dan terminum
halalkan segala ilmu yg di curahkan sepanjang belajar bersama di UNIMAS..

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
 


malam sebelum berpisah

kenangan terakhir kita sebelum berpisah @ unimas
fakulti kita sebagai latar yg akan di ingati..huhuu 


salam kasih salam sayang salam rindu

KaSehKu AYu 

Tuesday, May 17, 2011

berubah mengubah atau diubah

setiap orang pasti satu masa akan berfikir untuk melakukan sebarang perubahan pada diri mereka. sama ada perubahan imej, personaliti, pemikiran dan juga pembawakan diri mereka bersesuaian dengan tahap umur mereka. tetapi biarlah ape yg ingin diubah itu menjurus kepada kebaikan dan janganlah sesekali berniat untuk mengubah sesuatu itu kearah keburukan kepada maruah diri agama mahupun bangsa.

why cik ayu bercerita tentang tajuk ini di waktu malam yg sepi ini??

sebenarnya tajuk ini dah lama bermain difikiran cuma tiada luang waktu untuk dicurahkan. lagipun cik ayu bukanlah mahir sangat dalam menulis mahupun berkarya, hanya sekadar mencuba.ingin cik ayu kongsikan sedikit pengalaman tentang berubah mengubah dan diubah.

hampir 2 tahun yang lalu, seperti mana yg anda sedia maklum n terbaca entry di blog ini. cik ayu penah bercouple. jadi bila seseorang itu ber'couple' mestila dia akan lakukan yg terbaik untuk pasangan mereka lagi2 bila bercinta jarak jauh, mau makan hati. nak2 pulak dapat tau pakwe mcm ada suka kat someone sama tempat dia belajar..ha masa 2 mula la pnjang akal cari idea terbaik untuk selamatkan keadaan serta hubungan. mula la nak berubah semata-mata nk dapatkan perhatian si pakwe. biar dia celik dekat kita je, x pandang perempuan lain..lihat niat berubah di situ bukanlah niat yang baik..niat disebalik niat..maka Allah tidak berkati niat itu. last2 putus jugak sebab perempuan yg diminati lebih cantik dari kita. cik ayu gak melopong..

bila da putus sedih2, terguling-guling tergolek-golek dek kerana putusnya cinta yg memg bukan halal bagi diri ini..akhirnya terjumpa dengan 1st love..ehem2 1st love..x pela itu cite lama. tapi kata-kata dia telah mengubah persepsi diri ini..kenapa kita perlu berubah dan diubah sesuatu yang sudah baik dan elok letaknya kerana seorang lelaki. semata-mata untuk mendapatkan cinta yang belum tentu sah sedangkan haram bagi kita sebelum kawin. tapi itulah realiti yang selalu terjadi kepada diri ini dan rakan2 diluar sana..bukan untuk menuduh tapi ingatan buat diri ini dan semua.
daripada bertudung sampai terbuka auratnya, ada yg dulu menjaga batasnya tapi dek kerana panahan cinta dan rindu terbabas batasnya, dulunya malu untuk bertemu muka dengan lelaki tetapi hilang segan apabila menerima cinta. itulah namanya cinta..
Ya Allah semoga diri ini jauh dari semua itu sekiranya kau hadirkan cinta dalam hidup ini selepas ini.aku tidak ingin menjadi seperti lembu yang ditarik hidung oleh nafsu, dan aku tidak ingin merindui insan yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya

sebelum akhiri kalam pada malam ini..ada 5 tips untuk anda yg ingin berubah yg cik ayu ambil dari slot al-hidayah

  1. hindari dari tempat2 atau perkara yang membawa anda ke arah keburukan
  2. hampirilah arah kebaikan, yg mampu menguatkan niat anda utk berubah, serta cari kawan2 yg mampu membimbing dan menyokong perubahan anda
  3. hati, sucikan hati anda, tekadkan hati anda
  4. hajatkan ape yang anda ingin berubah, biarlah hajat itu sesuatu yg baik agar diberkati oleh-Nya
  5. hijrah, lakukan penghijarahan itu sebaik mungkin, jgn lagi pandang kebelakang, buang yg keruh ambil yang jernih

salam kasih salam sayang salam rindu
Kasehku ayu

Monday, May 16, 2011

DA TAMAT SEGALA SENGSARA!!!!

Assalamualaikum..

alhamdulillah setelah sekian lama x update blog 

akhirnya malam nie tergerak nk bukak n update..
hoyeh!!!!(tiru gaya terjah nas ahmad)


hari ini bersamaan 16 mei 2011, saya


Nor Hidayu binti Mohd Samsudin 

secara rasminya telah tamat final projek yg gila2 memberi tekanan
sampai termenangis, termarah termerajuk tergila dan ter semua la..
akhirnya segala derita dan sengsara da berakhir..
syukur sgt2..tinggal nk jilid report je




ok kawan2 yg belum present ag gud luck semua ekh..jgn takut2..wat confident if korang memg x confident..erk!! cmne 2..heheheh

insyaAllah tinggal beberapa langkah or bulan lagi untuk melangkah keluar dari unimas..mgkin dugaan kat luar sana lagi kuat n mencabar 

semoga diri ini tabah n sabar dgn ujian Allah

salam kasih salam sayang salam rindi



muka happy kasehku ayu after present


Friday, May 6, 2011

SeLaMat Hari IBu

 Assalamualaikum pembuka bicara buat semua..sebut saja bulan mei..semua orang dah tersenyum..ada fikiran yang sudah terbang entah kemana..mencari-cari idea yang terbaik yang ingin dilaksanakan dengan sempurna dan sebaik mungkin kan?? tapi ape sebenarnya yang ada di bulan mei kan??

Semestinya sambutan Hari Ibu sedunia...ye..hari ibu..hari ahad minggu kedua dalam bulan mei dan pada tahun ini jatuh pada 8 Mei untuk kita meraikan kasih sayang serta ucapan terima kasih kepada Ibu-ibu diluar sana dan juga ibu-ibu di seluruh dunia...

sudah semestinya bila hari ibu menjelang..suasana dia persis seperti sambutan hari raya...di kaca TV mahupun corong radio pasti akan memutarkan lagu2 khas buat ibu, cerita drama pasti berkisar tentang kehidupan seorang ibu, menangis sedih, rindukan anak2 yg tidak hiraukan kehidupan mereka..dan saat itu pasti hati ini tersentuh hiba, teringatkan arwah UMI yg telah meninggalkan diri ini hampir 3 tahun yg lepas..andai dirimu masih ada..pasti akulah insan yg paling bahagia gembira di muka bumi Allah..betapa rindu dan gersangnya jiwa ini dengan belaian, kasih dan perhatian seorang ibu..gelak ketawa bersamamu masih segar diingatan..pujuk kasihmu mententeramkan jiwa yg gundah...setianya dirimu mendidik dan menjaga diri ini..hanya Allah yg mampu membalasnya..walau ku tahu dirimu sakit..sakit yang amat..tapi dirimu tetap tabah dan kuat melawannya..dan tetap tersenyum untuk anak2...saat dirimu berjaga malam menunggu diri ini menyiapkan tugasan sekolah sehingga lewat malam tanpa mengeluh dan jemu dirimu berkorban...
ya Allah betapa diri ini merindui detik itu..

diri ini teringat satu lirik lagu dari nyanyian jamal abdillah..

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

bait lirik itu menyentuh jiwa ini..berkorban nyawa tanda kasihnya...dan kasihmu UMI tidak pernah hilang dari hati, jiwa dan ingatan ini..dirimu setiasa segar di hati ini..seakan semalam baru kita bertemu dan mencium tanganmu..seakan semalam diri ini berpisah denganmu..namun siapa kita untuk menolak takdir dan janji Allah..diri ini redha dan pasrah...tiada lagi suara kasihmu mendamaikan jiwa..tiada lagi belaian kasih dan perhatian dari seorang ibu yg terhebat bagiku...dan paling penting TIADA LAGI INSAN YG MENUNGGU KEPULANGANKU DIHADAPAN PINTU RUMAH DENGAN PENUH SENYUMAN...pintu dan rumah itu bagaikan hambar tanpa insan yg bergelar UMI...

Ya Allah hari ini kutitipkan doa buat arwah UMI..ampunilah dosanya tika hayatnya..terimalah amal ibadat serta kebaikannya tika hayatnya..tempatkan dia dikalangan org2 yang beriman..berialah ketenangannya di alam sana..semoga kami bertemu di syurga-Mu nan indah...al-fatihah buat arwah umi..Aminah binti haji zakaria
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
 wajah ketenanganmu..senyumanmu masih segar diingatanku..

Buat MAK..selamat hari ibu..ampunkan salah silapku..ampunkan kelakuan diri ini yg mungkin menyinggung hati dan perasaan keibuanmu...diri ini sedar telah banyak melakukan kesilapan..diri ini sedang belajar menerima hakikat..UMI sudah tiada..dan dirimu pengganti UMI buat kami dan kehidupan abah..
SELAMAT HARI IBU


dan diri ini tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu teristimewa buat kakak-kakak kesayanganku..yang sudah berpeluang dan dengan izin Allah mengecapi nikmat sebagai seorang ibu..Selamat hari ibu buat kalian semua..semoga menjadi ibu yang terbaik..ibu yang solehah buat anak2 soleh dan solehah..insyaAllah..ambillah ape yg baik yg telah umi curahkan dalam mendidik kita sehingga kita sekarang..
diri ini amat menyayangi anda semua
selamat hari ibu..nor hafizah samsudin..

 selamat hari ibu..buat kakak iparku...khalilah

dan tidak lupa..selamat hari ibu..Norazmizza..

SELAMAT HARI IBU 

salam kasih salam sayang salam rindu

kasehku ayu

kembali sebentar

Assalamualaikum..alhamdulillah cik ayu dapat menjenguk sebentar blog kesayangan cik ayu..
lama sungguh ase x update..sory n sory my dear..cik ayu busy dengan final exam..terpaksa fokus kejap demi result yg baik sebgai ganjaran atas penat lelah selama ini..insyaAllah masih berbaik 1 paper hari selasa ni..so x leh nak main2 ag..

insyaAllah esok cik ayu akan update satu entry khas sempena hari ibu..insyaAllah semoga berkesempatan
just short entry today...hope korang semua dapat jaga diri ngn baik keh..yg mana masih exam..teruskan usaha study korg sampai penamat..yg da hbs exam..selamat bercuti keh...

salam kasih salam sayang salam rindu..
kasehku ayu