Thursday, May 17, 2012

trivia MEI, along, kak nor n ayu...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ini menjengah pertengahan bulan MEI, dan baru- baru ini cik ayu berkesempatan meraikan hari jadi dua orang sis cik ayu, kak nor n kak long. seronok sangat dapat kumpul adik beradik, sanak saudara dan rakan- rakan along untuk sama-sama sambut hari jadi sekaligus sambut hari ibu...alhamdulillah syukur adik beradik bagi kerjasama untuk eratkan hubungan.
sebelum cik ayu pergi jauh lagi bercerita, cik ayu nak ucapkan...
HAPPY BELATED BESDAY TO BOTH MY SIS.. 
Nor hafizah dan Norazmizza..
moga kalian dalam rahmat allah sentiasa, di panjangkan umur murah rezeki dan bahagia dengan family masing2..amin...oh tak lupa juga SELAMAT HARI IBU!!!!! hehe...

so hari kejadian tu (wah macam insiden yang besar je kan??) along telah masak nasi kerabu kegemaran ramai, ada koktel buah2 manis dipotong oleh si manis cik ayu..upss..also ada kek batik, pengat pisang hangat dari kebun, keropok gorreng dan...kek BLACK FOREST request dari along sponsor by me..(wah rasa hebat je dapat sponsor kek time dah keja...hehe..)


trio mei..along (11 mei) kak nor (13 mei) n me (30 mei)

saudara kami kak ros pun sambut besday 12 mei sehari sebelum..
kek BLACK FOREST sponsor by me..
alma pun sibuk kena bergaya depan kamera ciksu...haha..
last but not least...hehe lagi dua minggu kot nak sambut
x pe kita menyibuk jugak mana tau semua busy masa time besday cik ayu kan??
tak pun bagi hint kat semua2 yang membaca entry ini agar bersedia dengan hadiah untuk cik ayu!!!

Wednesday, May 16, 2012

BILA dapat panggilan FREE...



Assalamualaikum , salam sejahtera buat anda yang sudi jengah blog cik ayu. Hari ini (bertarikh 11 mei ketika di taip) merupakan hari kelahiran my sis along..HAPPY BIRTHDAY to you sis yang ke 30++++....
Adat kami adik beradik sejak dah mature sedikit ni akan berlumba wish siapa yang paling awal...kelakar kan bunyi nya. Tapi bukan siapa yang paling awal dan siapa yang paling akhir wish birthday pada empunya diri, namun ingatan tulus kasih suci yang didambakan. Teringat pula kejadian pagi tadi, awal-awal lagi cik ayu dah wish selamat hari jadi di laman sosial facebook, nak kol or mesej hp ditutup coz sedang cas bateri. My sis kak nor terus komen di FB remind me to call along to wish besday to her, coz she said that along do not read your wish on fb. Hoho...baru terperasan, my sis along bukan pandai bab fb..selalu anak dia si ira sahira la yang selalu over tuk mama dia.

Lagi istimewanya bila dah birthday ni, tentulah panggilan free yang pasti ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja pengguna celcom, betul x???so malam ni saja kami dah bergayut hampir sejam disebabkan oleh kami duduk berjauhan seorang di rawang seorang lagi di USJ...hahaha..kami bergayut pun bukan ape, nak bincang tentang majlis makan2 sempena bitrhday TRIO sis bulan 5, me, sis nor n along...hmm meriahkan???jeles my sis atin kami sambut ramai2 serentak...tula siapa suruh lahir bulan 2...hahaha kejam kan???

Tapi tadi masa tengah gayut dengan anak2 buah...layan sahajalah kerenah mereka yang makin pandai dan nakal,bila telinga sudah panas menadah suara mereka yang makin lama makin tinggi pitching yang lari, cik ayu pun buat la loud speaker..hehhe...tapi tengah duk cakap2 boleh plak duk berangan pikir masa lalu..APAKAH???haha..cik ayu teringat masa zaman dolu-dolu, dalam keasyikan bercinta dengan ex pakwe doktor tu...masa time besday kami selalu gayut sampai 2 3 4 jam tau...lentok sana lentok sini, terguling sana meniarap sini, sampai panas telinga, kalu letih pegang buat loud speaker macam tadi. tapi x heran pun yang penting rindu terubat...haha bila fikir balik macam orang bodoh bercinta..tak ke naya kalu hp tu terbakaq..haiya...inilah jadahnya dan padahnya kalu dah bercinta tak hingat dunia, x ingat batas bergaul...la ni baru rasa nak taubat, bukan tahu buat. Kredit pun jimat, call pun untuk family n sahabat terdekat. Lagi lah sekarang cik ayu dah guna postpaid. Memang kena pandai kawal penggunaan telefon..hanya untuk urusan bisnes semata-mata.

So pembaca sekalian yang sudi singgah, pandai-pandailah anda menggunakan wang yakni kredit telepon anda bagi pengguna prepaid... jangan leburkan ia kepada perkara yang tidak berfaedah, jangan bermesej or calling2 hanya sesuka hati tanpa tujuan yang penting. Kerana membazir itu amalan syaitan JJJ.....

11mei 2012
11.08pm




Bulan kasih ibu



Assalam...semoga kita semua dalam barakahnya. Baru selesai menulis satu topik, niat di hati ingin terus tido, namun minda sedang ligat mencurah idea untuk di karang, andai baring pasti tidak lena sekiranya tidak dikeluarkan...
 
Hari ini hari rehat saya, sementara hendak menunggu next pameran minggu hadapan. Maka banyaklah masa untuk cik ayu luangkan bagi menonton tv, membaca novel, buku tarbiah dan sebagainya bagi mengisi kelapangan yang ada.
 
Dalam cik ayu menonton tv, diri ini terkesan jua dengan iklan yang sedang rancak diputarkan dalam bulan mei ini. Pasti anda semua sudah tahu dan sedia maklum bukan??segalanya tentang HARI IBU...setiap kali mengenangkan bulan mei, hati ini rasa sedihyang amat, kerana tidak mampu lagi untuk ucapkan selamat kepada UMI yang tersayang yang telah pergi menghadap ILAhi hampir menjengah 4 tahun lamanya. Bagaikan semalam rasanya UMI melambai tangan meninggalkan aku untuk membawa diri belajar di UNIMAS, bagaikan semalam adalah panggilan terakhir yang mampu ku dengar sebelum UMI meninggalkan diri ini, bagaikan semalam kali terakhir aku mendengarnya memanggilku adik, bagaikan semalam aku berkongsi perasaan dan cerita kisahku. Semuanya bagaikan semalam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya diri ini kepada arwah umi, betapa saratnya beban bergunung cerita ingin ku luahkan kepadanya, namun hati ini hanya mampu memendam rasa. Hanya air mata yang mampu menjadi peneman.
 
Namun aku harus kuat untuk hidup sendiri tanpa UMI yang memanjakan diri ini yang sentiasa membelai diri ini setiap masa suatu ketika dahulu. Aku tidak boleh menangis, aku harus berjaya dalam hidup untuk Umi senang di sana. Teringat sewaktu aku di sekolah menengah, ketika itu aku baru mengerti tentang HARI iBU...aku ingin membeli sesuatu untuk dijadikan sebagai hadiah, tapi aku tidak punya cukup wang. Aku pinjam duit dari UMI untuk membeli sesuatu padanya. Kelakar bukan??ibarat aku ambil,pinjam, beli dan pulang kembali kepadanya tapi dalam bentuk yang berbeza yakni bukan wang lagi. Tapi itulah aku...yang mula ingin menghargai hari sambutan tersebut. Cik ayu belikan UMI sebotol minyak wangi jenama enchanteur, yang pada diriku ketika itu, jenama itulah yang mampuku belikan. Berserta dengan kad ucapan yang berharga RM5 lebih kurang. Apabila tiba harinya, cik ayu balut dengan kemas dan cantik dalam sebuah kotak, dengan malu-malu cik ayu serahkan pada UMI. Umi terkejut, hampir menangis kerana anak bongsu dia beria-ia berikan sesuatu sempena hari ibu yang memang kami tidak pernah sambut dalam keluarga sebelum ini. Cik ayu terus keluar dari bilik tak nak UMI buka hadiah dan baca kad yang diri ini tulis dihadapanku, malu menyelubungi diri ini. Dan cik ayu tahu UMI menangis selepas membacanya tapi di selindung dengan ketawanya akan perbuatanku. Itulah UMI, wanita yang kuat tapi berjiwa lembut dan mudah menangis, seperti diriku juga, sedikit sebanyak aku mewarisinya. Miss U so much UMI...
 
Bila diri ini membuka cerita tentang UMI, segala tentang UMI berlayar di fikiran. Teringat pula waktu Umi masih ada, malam-malam selalu habiskan waktu tonton tv dengan umi di sofa, tidakcpun baring sama-sama dengan umi di lantai. Cik ayu selalu komen pada umi supaya senyap n jangan jadi pengulas cerita setiap kali tonton tv... tapi itulah UMI peneman suka dan duka...tapi yang paling cik ayu ingat, umi sangat suka tengok cerita lakonan wan maimunah, feeling umi memang melebih-lebih bila cerita berkisar tentang hari ibu, sampai cik ayu yang kow-kow cover tak nak menangis kalah dek air mata umi yang mencurah-curah. Sampai sekarang bila tengok wan maimunah berlakon, cik ayu pasti teringat pada UMI...
 
Umi..dirimulah segalanya untukku...
 
Dan hari ini, kerana umi tali silaturrahim kami semua adik beradik menjadi kuat. Kami menjaga antara satu sama lain. Cubit paha kanan paha kiri terasa sakit. Sempena HARI IBU yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi, cik ayu merangkap adik kalian yang paling bongsu ingin mengucapkan selamat hari ibu, buat kakak-kakakku sekalian...
Norazmizza mama buat 2 orang cahaya mata sahira dan kyra,
Norhafizah ibu buat sepasang cahaya mata khaalish dan najla,
Nor fathihah yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi...
 
Dan tidak lupa kakak iparku
Khalilah umi buat 2 orang hero nawan dan najmi...
Terima kasih kerana kalian sudi menjaga diri ini, memberi perhatian dan kasih buat diri ini setelah ketiadaan umi, memenuhi impian dan kemahuanku selama ini...i love u alls..semoga kalian menjadi ibu yang paling bahagia di dunia dan di akhirat...semoga kalian dalam rahmat dan berkat ILAhi selamanya...dan tidak lupa UMI,,selamat hari ibu dari kejauhan..semoga dirimu tenang di sana..dan tidak terkecuali MAK, pengganti UMI...sorry for everything yang ayu dah lakukan sebelum ini...i know its my fault, ayu belum matang waktu itu..thanks sudi jaga abah di kampung...also thanks to be apart of my family...
 
Wassalam..
 
12.51 am
10 Mei 2012

p/s: entry ini tertangguh gara2 ketiadaan internet..huhu..rasanya belum terlambat untuk wish selamat hari iBU buat semua ibu di dunia ini...semoga anda semua dalam rahmat dan barakahnya.

Tuesday, May 8, 2012

Bertemu dengan teman lama MATRIK..

Assalamualaikum..berhenti seketika dari membuat tugasan, cik ayu nak update story yang dah lama tertangguh.
Ingat tak before ni cik ayu pernah buat pameran dan jualan buku terbitan PTS publication di UPM. Alhamdulillah kebetulan rakan baik semasa di MATRIK dulu masih study di tahun akhir di UPM, maka dapatlah cik ayu bertemu dan bermalam di hostel dia. aha tiba-tiba buat diri ini perasan sementara cuma untuk menjadi pelajar UPM. nasib tiada siapa yang perasan.

If u all semua nak tahu ada kejadian kelakar yang berlaku pada diri cik ayu tau sepanjang 3 hari berada di sana..apakah ia?? mari sama-sama kita previu cerita sepanjang keberadaan cik ayu di sana...hehe
  • 1st day sampai di UPM memang jakun habis tengok pemandangan Universiti yang cantik dengan ladang dan bangunan lama di sana. mana tidak UPM tidak lokek dengan pokok-pokok yang tinggi dan tua, so rasa la keteduhan sedikit sebanyakkan?ups mana best UNIMAS or UPM??haha tepuk dada tanya pengalaman...
  • bila petang menjengah...taraa..my frenz, DIAH yang ditunggu dari pagi sampai..rasa lepas rindu yang selama ini bersarang di FB kan...selalu tanya bila leh jumpa..last2 jumpa kat UPM..hehe..tentu my frenz yang 2 orang lagi tu jeles sory ok..
  • malamnya kami keluar makan dengan boyfrenz DIAH,si abang syafik, fasilitator kitorang masa program matrikulasi dulu..dulu kami budak2 hingusan sahaja...selalu kacau diorang di telefon..last2 alhamdulillah dapat jumpa jugak...ahh malu bila kenang kembali.
  • keesokannya..taraa inilah episod yang paling mengharukan pagiku..bangun pagi awal, mandi awal tak nak berebut dengan orang ramai, konon aku ni macam budak baru kat UPM tu..haha..lepas breakfast kitorang terus ke bus stop. dalam hati da cuak sebab diah akan turun awal dari cik ayu di bus stop pertama..so cik ayu kena pandai2 tengok tempat untuk turun. sebelum diah turun dia ada pesan pada cik ayu supaya turun di busstop no 5 n jangan duduk kalu duduk nanti terlepas pandang. 
  • so bermula dari bus stop no 1 yang diah turun cik ayu dah kena kira satu. so dalam hati..satu..satu..satu..sampai la bus berhenti untuk next stop yang seterusnya...tiba2 kaki pergi gatal duduk..lepas tu mula terfikir balik..eh tadi stop yang ke berapa??coz dah rasa perjalanan jauh semacam kan??ahhhh!!! tidak...lepas tu kalut tanya amoi kat tepi..
"miss perpustakaan **** sudah lepas kah??"
"perpustakaan ape??" 
 haiya amoi ni x paham ke ape yang cik ayu tanya? ke tempat yang aku sebut salah?masa tu dah tak sempat tengok tempat dalam jadual dah..terus bangun pegi kat pakcik driver mintak dia berhenti n tanya nama perpustakaan tu..bila pakcik driver sebut, oh PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD baru je lepas kat bus stop tadi...kamu turun di sinilah dah terlepas..uhuu..malu dan redha sahajalah redah hujan gerimis pagi  itu..dalam minda duk pikir, mesti aku dah salah tanya nama perpustakaan dekat amoi tu..patut la dia blurr je time aku tanya..haha..
  • after a few minute, tiba2 hp bunyi..rupanya diah..siap mintak maaf dekat cik ayu sebab salah bagi maklumat, sepatutnya cik ayu turun di bus stop no 4...haiya diah...pagi2 lagi dah bagi cik ayu bersenam dalam hujan yerr...tapi apepun, seronok sangat ada kejadian manis yang boleh diingati di UPM..

Thursday, May 3, 2012

saya di smk putra perdana

Assalamualaikum..lama sudah rasanya tidak update sebarang cerita tentang perkembangan diri ini. maaf andai diri ini sibuk dengan urusan dunia. alhamdulillah minggu ini cik ayu berada di SMK PUTRA PERDANA untuk pameran dan jualan buku PTS. alhamdulillah sambutan dari pelajar sekolah  seperti biasa amatlah menggalakkan. terima kasih.

apa yang menarik di sekolah ini,pelajar2 amat berminat untuk membaca buku tentang pengetahuan islam, bencana akhir zaman, malah pemimpin2 hebat islam. tahniah diucapkan.
so esok hari terakhir  di sekolah ini,hope jualan dan sambutan dari adik2 tidak berkurang..so jom bercinta dengan buku