Monday, October 24, 2011

nape x leh tido!!!!

Assalamualaikum... 
selamat pagi langsung dari Abell hotel
berrtilam kan katil yang comey
berbantalkan yang empuk2 saja
bertv kan 32 inch
bilik air x yah cakap 2 superb weh
ase cam nk copy paste letak kat umah sdri..wahahaa
tapi nape cik ayu x leh tido ag nie weh??

waa tension doh..
bukan senang nk dapat tido kat hotel
tapi mata plak yg wat hal..ces..
sia2 abang cik ayu bayar mahal..
huhu

lagi tambah jeles abg kesayanganku tido dgn nyenyak dari semalam..
ase nk pinjam je maata abe letak kat mata nie
aishh//ok la nk rehat sementara kuar lepak kat luar

Friday, October 21, 2011

esok..graduation day

now sabtu 7.00 pagi..

tomorow ahad 7.30 pagi..

yeay!! berarak masuk beramai-ramai dan juga bersama si dia..hekhek..


alhamdulillah..syukur kepada Allah esok cik ayu bakal bergraduat dengan teman2 seperjuangan di dewan tun abdul razak DEtar UNIMAS yng baru..waa seronoknya 1s batch grad di dewan baru..wuwu..bangga ase..

alhamdulillah gak semua bayaran da jelas, jubah pun da amik siap da shoot tuk pre convovation da kat tasik unimas..hehee..tgu hari kejadian nak amik shot terbaik ah..kat padang golf n fakulti dgn kawan2..

syukur sangat abang sudi dtg raikan ayu ganti family lain yg x pat dtg..sokongan dorang pun da cukup..hehe..n thanks gak kat yaya sudi terima jemputan ayu tuk masuk ke dalam dewan sama2 raikan kejayaan n kegembiraan ini..

ok semua apepun doakan semoga semuanya berjalan lancar k..nk pi rehat sat..esok or lusa ayu akan update gambar konvo k..hehee

Sunday, October 16, 2011

Suatu perubahan kehidupanku..




Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama-Mu ya Allah..Alhamdulillah satu pertemuan dengan mereka yakni adik2 yang cik ayu sayangi membawa satu perubahan kepada dari dan kehidupan cik ayu. Dulu diri ini ragu2 dalam melakukan perubahan mahupun perwatakan ini. Sedangkan perwatakan dan penampilan tersebut amatlah dituntut seperti mana yang dinyatakan dalam ayat al-quran.
Alhamdulillah kini diri ini sudah yakin berani dan keraguan itu hilang malah rasa terjamin selamat malah diri ini rasa terjaga..benarlah hikmah disebalik tuntutan islam yang di syariatkan..hmm tentu sekali anda semua tertanya-tanya perubahan apekah? Menutup aurat sudah cik ayu laksanakan sejak dahulu..tapi ianya tidak sesempurna mana jika nak dibandingkan mereka2 yang lain yg lebih terjaga dari cik ayu..ok suatu perubahan yang cik ayu lakukankan adalah dengan menutup aurat sebolehnya sempurna..yakni dihadapan bukan mahram cik ayu..siapa lagi kalau bukan di hadapan abang2 ipar cik ayu yang ramai 2..
Alhamdulillah seru tersebut datang semasa bulan ramadhan yang lepas setelah pulang menamatkan pelajaran di unimas..setelah di beri keyakinan oleh adik2..hmm berat jugak utk laksanakan..mana tidaknya sebelum ini cik ayu x penah bertudung dalam rumah serta di hadaoan abang2 ipar sedangkan hakikatnya cik ayu tau sememangnya wajib..pernah suatu ketika dahulu cik ayu bertanya pada abag kandung cik ayu..
Ayu: abe wajib ke ayu menutup aurat sempurna mungkin di hadapan abang2 ipar ayu..yakni bertudung?
Abe ije: mestilah..dia bukan mahram ayu..seharusnya ayu bertudung tutup aurat..
Ayu: ohh (hehe..sengih malu..) tapi ayu belum sedia..(perbualan ini berhenti begitu sahaja)

Istiqamah dalam perubahan

Dan kini keselamatan dan kehormatanku rasa terjaga insyaAllah buat bakal suamiku kelak..kerana aku inginkan yang terbaik buat generasiku..cik ayu harap cik ayu akan terus menjaga penampilan ini dengan penuh istiqamah..setiap perubahan yang dilakukan pasti akan ada dugaan n ujian dari Allah..masih cik ayu ingat di awal-awal perubahan ini..hampir tergoda dan tergugat dengan pertanyaan kakak..ape benar dengan keputusan ini..jangan separuh jalan..n ada gak cakap..x panas or rimas ke duk pakai tudung hamper 24 jam..huhu..da nak wat cmne kan..bila ada abang2 ipar baru pakai..hehhee..tapi yang kelakar anak2 buah selalu tertipu ingat ciksu dia nak kuar jln2..dan ada ketika di awal melakukan perubahan boleh terlupa pakai tudung sebab kalut pi wat susu tuk khaalish yang melalak lapar lam bilik..sib masa tu gelap x pasang lampu..tp kantoi ngan sorang abang ipar yg tgh tgk tv..huhu..masa tu sedih bukan kepalang tuhan saja yang tau betapa khilaf cik ayu masa 2..tp syukur lama2 diri ini sentiasa berhati2 lam setiap tindak tanduk..adik beradik n abah terima tanpa bnyak bicara akan perubahan yg ingin dilakukan..alhamdulillah..semua ini kerana-Mu ya Allah buat bakal suami yang dikasihi kelak..
 
Khamis 12:59 am

konvo pertama..sch


alhamdulillah..konvo pertamaku..15 oktober 2011..ISTIADAT KONVOKESYEN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI..setelah bertungkus lumus berlatih tertonggek sana sini..lebam sakit ape semua..akhirnya saya lulus dengan baik even x dapat kepujian..wahahhaa..

seronok sangat dapat bertemu dengan rakan2 n teman seperjuangan, melepaskan rindu setelah lama x ketemu..huhu..dan yang paling best..dapat jumpa seseorang..siapa dia??biarlah rahsia..biar Allah saja yang tahu betapa hati gembira sangat betemu dengannya..bagaikan takdir..sebelum bertemu dengannya...malam sebelum itu aku bermimpikan dia tanpa diminta..

ok cerita n gambar tentang konvo silat nie akan ayu update kemudian coz x sempat tranfer n edit gamabr lagi..tgu yerr..kita kumpul hingga konvo unimas akan datang..
daa semua

Wednesday, October 12, 2011

Bila ibubapa bekerja, anak-anak pula..



Assalamualaikum..alhamdulillah Allah masih panjangkan umur ini untuk bernafas dibumi-Nya yang indah dan insyaAllah permai..dapatlah cik ayu gerakkan jari jemari yang x seberapa ini untuk menaip ape yang terbuku di hati serta fikiran cik ayu..


ok Ibu bapa yang bekerja bukanlah satu perkara mahupun fenomena baru buat kita semua di zaman yang serba moden, canggih lagi mencabar. Tambahan pula harga barangan kini juga semakin mahal, berbaloilah dengan slogan pak Jib mentransformasikan rakyat Malaysia, 1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.(wahaha ntah kenapa pakjib lak yang termasuk dalam citeku) ok sambung balik..Oleh yang demikian dengan tuntutan kewangan, sara hidup yang meningkat di kota KL yang pesat membangun, maka kebanyakan suami isteri yakni ibubapa mengambil keputusan utk sama2 keluar mencari rezeki.
Maka kesannya di sini anak2 akan ditinggalkan kpd pengasuh berbayar.alhamdulillah sekiranya dijaga dengan elok. Tapi bukan ini yang cik ayu nak tekankan .yang cik ayu cuba bincangkan disini adalah mengenai kualiti masa yang ada antara ibubapa bersama anak2 apabila mereka keluar bekerja dengan masa yangmereka ada bersama anak2 yang dalam proses mengenali diri mereka, perkara mahupun insane disekeliling mereka. Bagi yang bekerja secara ‘ofis hour’ yang hanya ambil masa 8jam or 9 jam di tempat asuhan kanak-kanak. Alhamdulillah dan insyaAllah mereka masih mampu bersama membesarkan anak2, kualiti anak dgn parents pun baik..

Tapi cuba nada fikir dan renungkan bagaimana pula mereka yang bekerja lebih dari 10-12jam sehari? Katakana kualiti masa anak2 dgn pengasuh dari jam 10 pagi hingga 10 malam.bagaimanakah?bangun pagi parents sudah siap-siapkan anak2 untuk dihantar kepada pengasuh. Malam dtg jemput anak bila waktu mereka hampir utk tido. Jadi kualiti anak2 untuk mengenal ibubapa itu kurang selebihnya anak2 lebih mengenali, rapat serta saying kepada pengasuh mereka. Dan itulah rata-rata masalah yang berlaku dikalangan masyarakat kini. Itu belum lagi terjadi masalah antara orang gaji dan anak2 majikan yang belum cik ayu lihat lebih dekat masalah tersebut. Hanya sekadar mendengar dan lihat di dada majalah.

Jadi perkara ini sedikit sebanyak memberi iktibar, pengajaran serta ingatan buat cik ayu agar perkara ini tidak terjadi dalam keluarga yang bakal cik ayu bina suatu hari nanti, insyaAllah. Dan sekiranya terjadi, kerana takdir Allah tiada siapa yang tahu, maka haruslah cik ayu cuba selesaikan sebaiknya agar mutu kualiti keluarga terjamin, agar memperoleh sakinah mawaddah warahmah kelak.
Renung-renungkan....