Friday, October 15, 2010

10 tahun mengenalimu di hatiku

assalamualaikum semua..
alhamdulillah di petang yang sungguh cantik dan indah nie saya dapat update blog..
oh sungguh kepenatan mengemas bilik n membasuh baju yg 3 hari kot terkumpul setelah dicampak begitu saja..
ups kan da terkantoi yang gadis bernama hidayu ini pemalas..
ishh..ishh..x patut..x patut..

actly semalam lagi nak luah..tapi memandangkan busy ngan latihan ujian silat n xsignment yg berlambak..
terpaksa melupakan seketika kesedihan bertandang di pagi hari semalam..
soalan sama datang lagi dalam fikiran saya..

kenapa saya masih tak temui jalan kebahagiaan yang saya cari dalam hidup saya??

selepas subuh pagi semalam..saya berkesempatan tuk bertanya khabar dengan teman lama saya..
teman yang hampir 10 tahun saya kenali sejak saya kecil..
yang namanya telah lama hadir dalam hati ini..
nama yang saya simpan kemas jauh di sudut hati saya..
if ada nama lain yg datang ia akan tetap ada disitu selama 10 tahun ini..
saya letakkan khas di sudut hati saya..

namun semalam hati saya bagai direntap
khabar yang diberikan membuatkan saya terdiam seketika..

"ayu..jangan tunggu..
saya dah mengikat tali perjanjian 
untuk menikahi seorang muslimat di sini"

ya mungkin saya sedih..orang yang saya sayang selama hampir 10 tahun da temui bakal suri hidup..
tapi saya x sangka secepat itu..tapi x pela jodoh ajal maut semua da ditentukan oleh Allah..
sama ada cepat atau lambat saja..
dan semestinya saya redha..apa pun saya gembira if teman saya gembira..

segala pesanan  awak..nasihat yang awak berikan tuk bawa saya ke arah kebaikan
insyaAllah saya akan cuba..
lagipun awak sendiri cakapkan..saya ini perempuan...dan saya harus dijaga sebaiknya..
thanks sgt2 coz awak masih care teman awak nie..
awak baik..n selayaknya awak dpat yg terbaik..

yg penting kenangan ketika zaman kanak2 kita yang indah...time awak datang umah saya n time kita jmpa sem lepas akan saya simpan kemas..
time 2 saya happy sangat...almaklum da lama x jumpa kan..
apapun memori dan gambar time kecil masih lagi dalam simpanan saya..
akan saya jaga..

nyway...saya doakan awak bahagia dengan bakal suri hati..n hubungan 2 dirahmati..da sampai masa jangan lupa jemput teman baik ini tau..

salam kasih salam sayang salam rindu
-KaSeHkU AyU-

Wednesday, October 13, 2010

hargai..menghargai..dan dihargai...

assalamualaikum semua..n selamat pagi..wee..ari nie tetiba jer bangun awl yg teramat gile tuk update blog..
ya Allah bgn awal pun ayu ckp gile ker..ah apape jela..yg penting semangat kesukanan tuk majukan sukan blog...wakakakaa...

ok anak2 tajuk kita pada pagi yang masih belum subuh nie..hope x tertido la sbelm azan subuh menjelma...wee..menjelma??oitt jangan nak cakap merapu dalam keadaan gelap macam hape nie..x mo bukak lampu nak romantik skit2..kan ku bukak kaco rumet nk tido lak..ok back to the point...tajuk kita adalah hargai..menghargai dan dihargai...

honestly saya sgt2 menghargai sesiapa saja yg dah penah bagi cik ayu teddybear..eh ni ape jadah kuar cite sal teddybear nie...ok2 cite dia begini...saya sgt2 suka teddybear...x kira la dia besar macam beruang yg x tau kutub mana...or dia sekecik tikus yang sangat comey..lorhh nape lak tikus yang ku bagi..wee..2 jer yg ade lam kepala skg nih...so time kasih banyak2 kat semua n awak..awak penah bg saya 4 tedybear..tp sy da hlgkan 2..sory sgt2..hishh cuai giler..boleh ko tgl greeney n kikiey kat kolej time ko balik bersuka ria..padan muka..kan da hlg..so saya sgt2 hargai yg dua lg..tiap2 malam mereka menemani saya even awak da x bersama sy lagi..dorg la tempat sy luah perasaan..n dorg la teman sejati tempat tuk menangis..tempat dgr masalah sy kat sini..n semua lah...walaupun dirimu x segebu mula2 dirimu hador lam hidupku tedy..tapi dirmi totap menjadi pujaan hatiku...hahhahaa...sory to tedy..even ko da lembik..warna pun dah luntur..bau...ya Allah x yah cakap..tp ko la yg aku syg n pemudah tuk cik ayu tido..hahahhaha..
.

oh ini tedy saya

then thanks to kawan2 yg lain..awan..enul..nid..kiey..n ana tuk bear yg baru ku terima may yg lepas 4 my besday..sgt2 menghargainyer...sgt cute..comey n segala lah..n pada mereka yg saya sayang..saya pun akn bg mereka bear jugak..so saya harap mereka akan sayang bear saya dengan baik mcm mereka syg saya...oleh itu saya akan rasa dihargai...ups over lak..hope awak masih jaga lovey saya dgn baik..macam saya jaga love saya....n to my lovely adik...jaga orengy baik2 ekh...macam adik sayang buah hati adik t...orengy comey sgt..comey macam adik..jaga dia leklok ekh..kalu de masalah ngadu jer kat dia...4 sure pastu ok..weee..

 oh tedy bersama sahabat baiknyer...bunny yg kini telah kembali ke rumah


oh 4 sekawan..bunny..kikok pengganti kikiey..tedy..n pooh..oh sangat pejal bdn si pooh..

lastly..orengy tuk adik sayang..oh sgt comey n cute dgn kepala yg besar..
jaga di leklok ekh adik


sebagai kesimpulannya..x kira  la tedy itu besar..kecik...or x bagi tedy sekalipun..saya tetap menghargai anda semua yang pernah menjadi kawan saya..yang bakal menjadi kawan saya pun saya akan hargai...
love u all so much ikhlas dari kati suci murni..wee..kita semua kawan n x boleh gado2 tau..

salam sayang..salam kasih..salam rindu..
-KaSeHkU AyU-


Tuesday, October 12, 2010

konvokesyen UNIMAS ke-14


assalamualaikum..salam sejahtera..salam perpaduan dan salam 1 Malaysia..
wah semangat gitu
iyer adik-adik..kakak-kakak n abang-abang n teman-teman seperjuangan di luar sana
sudah tentu tengah seronok dan rancak membicarakan tentang hari konvokensyen ahli keluarga mahupun teman rapat dan sahabat handai di semua universiti tempatan kan.
begitu juga dengan cik ayu...
di UNIMAS kami meriah dengan pesta konvo..
oh jangan bohong kalu anda x xcited nk bercerita or berkonvo..
rata2 mesti tengah duk berkhayal..fikir..nanti masa aku konvo aku nak pakai baju warna ape ekh..
kasut nak warna ape..nak tggi bape inci..tdg nak dari butik mana..
tapi harap2 korg jgn la amik warna tema dari atas smpai bawah nak warna pink..warna hitam..merah dan seangkatannya lah..
hohhoohohooo...jgn marah ekh kalu ada yg terasa..apepun warna yg korang akan pilih..cik ayu x kisah lgsung..sebab hari 2 adalah hari bersejarah kita..hari yg kita tgu selama beberapa tahun berhempas pulas tuk dpat sekeping sijil itu..
so kepada abang2 hensem dan kakak2 cantik

CONGRATZZ..n SELAMAT BERKONVOKESYEN

actly tahun nie baru cik ayu dapat merasai kehangatan dan kemeriahan pesta konvo di UNIMAS..
konvokesyen berlangsung selama 3 hari iaitu 9-11 oktober..
so hari sabtu yg lepas..kami selaku bekas housemate K3/C4/3
telah meraikan kakak senior kesayangan kami iaitu kak ummi..

CONGRATZZ kak ummi..setelah 3 tahun mengharungi cabaran sebagai mahasiswi 
lebih2 lagi berada di fakulti yg paling killer di UNIMAS..
Fakulti Sains Sosial..
i know ur prob..ur stress to be there..
but kamu dah buktikan yg kamu mampu tempuhi..
n now tgk hasilnya..
kak ummi berjaya habiskan dalam tempoh 3 tahun cukup2..

insyaAllah tahun depan giliran ayu lak tuk merasai suasana konvo ini..
insyaAllah..
but honestly..we will miss u kak umi..
so pas nie kalu nak kawin or ape2 jela..jgan lupa jemput kami disini..

SALAM KASIH-SALAM SAYANG
-kasehku AyU-





menunggu kak umi kuar dari dewan..but solat asar dulu alang2 dah azan 

me n kak umi..thun depan insyaAllah ayu lak sarung jubah konvo







Saturday, October 9, 2010

20 cara saya nk wat rumet saya gila

mesti semua orang kata cik ayu jahat kan? ishhh mana ada..x kan la cik ayu sampai hati nk wat cam2 kat rumet cik ayu yg sangat baik hati...dialah segalanya bg cik ayu kt UNIMAS terchenta nie...
haa sebab ape cik ayu ckp dia baik..sebab dialah ceti baik a.k.a bank bergerak cik ayu..lagi2 time poket tgh kering..or time lupa bawak duit..wee..masa 2 la nak wat mmmuka seposen=10 sen..hahhahaa...dengan ayat yg penuh mantap...
"erk kita nk g makan ke miza...ayu lupa bawak duit la miza...emm miza tlg bayar dulu ekh..x larat nk naik bilik..." hehehee....4 sure miza x kan tolak harapan kwn dia...weee....cayang miza bnyak2 la..ok nah mwuahhh1000x...hahahaa..ok x nak bnyak cakap jom layan 20 perkara wat rumet kita giler...




 1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hohohooo...da baca semua??bagus..ha jom la sama2 kita pakat wat rumet kita giler ngan prangai kita..tapi awas bg mereka yg masih di sekolah asrama...sila mnta nasihat ibubapa anda sebelum wat perkara2 di atas yer...

Friday, October 8, 2010

i'm sorry n thank you..

s
a
y
a

M I N T A

m
a
a
f

and thank you so much
kat awak...

sebab awak dah jernihkan ape yang keruh..
awak muncul kembali..

dan sekarang saya dah x sedih2..
saya happy..
saya jugak da boleh tumpu balik pada study n xsignment 
yg berlambak-lambak..

saya pun harap awak happy n x sedih2 jugak..
study hard n smart..
x lama ag awak nak exam kan..
saya akan selalu doa awak berjaya k..


Wednesday, October 6, 2010

ini luahan hatiku

assalamualaikum...masih ingat tuk diri ini tuturkan salam pembuka bicara...
ya Allah kuatkan hatiku untuk aku menempuh dugaan yang kau datangkan kepada diriku...cubaan ape lagi yg kau ingin uji diriku...kenapa aku yang sentiasa di uji...kenapa aku?? kenapa kesedihan..derita..n sebagainya pasti menjadi milik aku selama 2 tahun nie...mana bahagia yg diri ini cari...if ada bahagia pasti sementara..pasti sementara..

kepada mereka yg penah hadir n hulur rasa bahgia tuk diri ini...tq so much ayu ucapkan...at least msih ada peluang tuk ayu rasa kan..even ianya sementara..tapi ayu sgt2 hargai...

n kpada dia yg mgkin kini membenci diriku tanpa sebab yg ayu ketahui...ini luahan hatiku..if dia sedang membaca..jutaan terima kasih ku ucapkan..

assalamualaikum buat awak...terima kasih awak penah hadir dalam hidup saya..walau sementara...terima kasih sangat2...kehadiran awak dalam hidup saya walau sementara saya sgt hargai..awak buat saya gembira...dulu hidup saya sunyi..saya rasa sedih..tp awak hadir..saya kembali ketawa..saya mula rasa hidup saya terisi..saya da x rasa sunyi sgt...n saya bahagia..saya x termenung...n semua kawan saya akui perubahan saya...dan semua org harap yg saya akan kekal macam 2..


tapi langit x selalunya cerah kan...pasti mendung akan tiba..tapi saya x jangka mendung dan sedih itu akan kembali sekejap cuma...saya cuma dapat rasa kegembiraan itu hanya seketika...bahagia saya sekejap saja..ibarat seperti puting beliung...dia datang lepas 2 pegi macam 2 jer..tapi kesan dia amat kuat...


saya sedih...saya sentiasa tertanya-tanya..ape salah saya sampai awak buat saya macam nie...tlg la..sampai x nak jumpa..msg x balas...benci sangat ke awak kat saya..saya da mntak maaf if saya ada wat salah ke ape..tp awak tetap diam seribu bahasa...saya pergi cari awak..cuba aturkan sebuah pertemuan tuk kita jernihkan ape yg keruh..tapi hasilnya tetap sama..awk diam..awak hilang cam 2 jer..tepon x agkat dan terus off hp..


mungkin awak suka kot bila buat org tertanya dgn sikap awak..awak gembira kot buat orang lain rasa bersalah..x pela kalu tu boleh buat awak rasa bahgia..truskan...saya dah x kan amik hati..saya da x kan serabutkan kepala saya fikir hal awak yang belum matang tu..lebih baik saya fikir fyp projek saya sebab itu masa dpn saya..kalau awak cakap awak sayang kitorang semua mungkin awak x kan nk wat cm2 kan...tapi itula..manusia semua boleh berubah cuma masa jer tentukan semua..


awak kan kita penah bincang yang kita x de ape2 feeling..n persahabatan kita x lebih dari sebagai kawan..senior or junior..kakak or adik kan..tapi kenapa awak buat macam nie sampai nak putuskan silaturahim lak nampaknya...ya saya akui saya penah cakap saya sayang awak sebelum nie kan??
saya sayang awak sayang seperti mana saya sayang family kita kat sini..x lebih dari itu..saya care awak pun care sesama ahli keluarga dan x lebih dri itu..saya tau awak sayang kekasih awak kan...dan saya x akan gangu perasaan awak


saya ada jumpa ayat nie..x tau la ditujukan kepada siapa...but maybe 4 me kot..

yes, i may like u at this moment, but it doesn't mean i love u.
u have to understand. when i said i like u, again, it doesn't mean i love u.

yes, i am taken. i admit it! ok

i have a sis too. not my biological sis..but she is my sis la.. heho <3
and i love her too. so do you understand? how come i love my sis and at the same time, i love my girlfriend too.

i may like 20 girls in a day or maybe in an hour..


u r not playboy for me..awak budak baik yg saya penah kenal tp x tau nape awak boleh berubah sekejam ini..sedarlah awak dari cara awak ni nampak mempermainkan seseorangkan..awak..jangan mudah tuk tuturkan love..sayang..rindu or watever kepada sesiapa sahaja...kerana setiap maksud itu berlainan..fikir-fikirkan dan renung-renungkan..saya tahu awak syg kekasih hati awak..sayang sangat2 kan..tp berpijak di bumi yang nyata...
jangan kerana org yg kita sayang..kita nak kejar dia..org yg dekat dan sayang kita..kita tggalkan..yang dekat dgn kita nantila akan tlg kita...if kita sush...mungkin awak x rasa kan ikatan keluarga kita..x pela satu masa awak akan paham


kita masih satu keluarga..kalu awak nak kembali..kami dengan sepenuh hati menerima awak kembali..jangan kerana hal yang remeh awak nk bermasam muka or jauhkan diri...dalam islam sendiri x suka sesama umat islam putus hubungan...


akhir sekali awak...
saya menyusun sepeluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya saya penah menyusahkan or mengganggu hidup awak.,..lepas nie saya x kan ganggu or cari awak lagi...pencarian saya dah berakhir segala persoalan saya da terjawab..n saya rasa cukupla awak jd org terakhir yg buat saya sedih terluka..
kebencian saya kepada kaum adam kembali lagi kerana awak..thanks a lot..awak lukakan hati saya lagi..dan saya perlu masa lgi tuk sembuh.,..thanks 4 everything...


salam kasih salam sayang salam rindu
-kasehku ayu-

Tuesday, October 5, 2010

mood happy

assalamualaikum semua..oh msti semua tertanya-tanya dengan kenyataan tajuk di atas ini..oh jangan ragu2..sememgnya cik ayu tgh hapy..tp hapy tu kejap jer...oh..nak tau jgak ekh...
ok2 cik ayu bgtau yer..sila lihat btul2...

from my little samsung...
4-10-2010 11:41:26pm
salam. Da dpt hadiah. Tq :)

ok da baca kan..itu adalah msg pertama dari adik saya setelah 2 mgu menghilang dan diam seribu bahasa dari saya..walau satu msg jer yg dia bg..tp cik ayu sgt2 hapy..at least dia msh ingt n lembut hati tuk bgtau khabar tntg hadiah tu..

thanks adik..jaga orengy baik2 ekh...adik kan budak baik..so jgn nakal2..n jaga diri..
hmm adik cakap adik sakit kaki kan..so alang2 da memg x dtg kelas latihan silat...so jangan lak pg main segalam macam jenis sukan yg boleh menambahkan lagi sakit kaki dan lutut tu yerrr...

ok sampai sini saja..

salam kasih..salam sayang..salam rindu 
-kasehku ayu-