Saturday, December 31, 2011

SAMSUNG.... i got it

Assalamualaikum..
selamat mengakhiri tahun 2011..
selamat juga untuk melangkah 2012..

so cite cik ayu nak masuk tahun 2012 ni of course aim cik ayu tercapai..
yakni nak pakai hp baru..
touch screen selembut kulitku ini..cewah melebih ko..

so tadi bersamaan dengan jam 1.30 petang..
cik ayu pun berjaya memilikinya..
SAMSUNG wave young..
ala murah2 je..RM 450
jadila yg penting guna duit sdri..yeehaaa












ok tu jela nak gtau kat sini setelah seminggu x online..hehehe..
BYe bye NOKIA...
welcome SAMSUNG

Saturday, December 17, 2011

cik ayu masih di sini

Assalamualaikum..ohoooo..berhabuknya blog kesayanganku..sampai da x nampak aim utama kat headerku nie..ish..ish..lap sikit...haaa baru nampak..aim utamaku 'KAWIN'..hahaha tetiba kemiangan menjadi selepas menganggur beberapa bulan nie..x dela gurau je..

1st of all sory kat blog kasehku ayu coz da lama x menulis even sepatah haram kata-kata..almaklum cik ayu xdapat internet kat umah gara-gara kemiskinan melanda selepas tamat belajar, nasib makan pun cukup berat pun naik gak..hahhaa..

tapi u all semua diam2 cik ayu dari dunia blog tanpa sebarang tulisan bukan bermakna cik ayu x buat pape..cik ayu tetap menulis kat laptop..emm cik ayu ada gak cuba2 menjadi penulis. yala dari x wat pape at least ada gak hasil kan? tajuk cite dia x leh nak sure ag,hehee.. selain iti cik ayu sibuk jaga anak2 buah yang 2 orang tu, alish n alma. oh sungguh manja mereka dgn cik ayu. da terasa macam mak2 plak..waa x sanggup ku kawin...

ok itu sajala cite setakat ni tuk cik ayu update skit2 tntang diri ini..oh lupa bulan 1 t cik ayu nak balik kb cuba cari keja akat sana..saja nk susahkan abah..hahaha..eh x la saja nak manja2 dengan abah sebelum kawin..kikiki..

ok chaw dulu nk pi main dengan anak2...daaa

Saturday, November 5, 2011

MASTER CHEF MALAYSIA



Assalamualaikum..ape khabar semua? Hope korang yang kat luar sana x kira kat semenanjung mahupun yg kat sabah Sarawak sana sihat walafiat n cukup makan minum segala yer..wah macam semangat je hari ni nak menaip tentang masakan (biarpun tgh dok nanti2 bila si alma nk bangun isap susu nie da 2 jam da tido) almaklum semua orang tengah kemaruk tonton rancangan masakan master chef yang bersiaran dari hari sabtu hingga rabu kat astro ria kan..lepas je berita bulletin utama cik ayu n my sis cik ngah dah tercongok depan TV..hehe..
Ok bukan tentang master chef actly yang cik ayu nk story petang nie..tapi tentang masakan ke-dua yang cik ayu telah belajar n masak sendiri sejak bergraduat..ecece nak jugak state hal bergraduat biar dok keja lagipun..wat malu jah..ha sejak akhir2 nie kan pelbagai bakat terpendam telah terkeluar dari diri ini..haha..poyo jeh..eh tp betul ape..setiap manusia yang lahir didunia nie ada bakat trpendam masing2..Cuma terpulang pada anda semua bagaimana nak manage kelebihan mahupun kekurangan bakat terpendam tersebut…hehehe
Ok berbalik kepada cite kite tadi kan pasal masakan ke-2 cik ayu..emm td bila semua anak2 da tido, maka suri rumah x seberapa penuh lagi nie (almaklum belum kawin n bertemu jodoh) telah masuk ke dapur..aish bukak2 peti tgk ada telur n ikan terubuk masin jerk!! Hahaha poyo je padahal memg da tau awal2 ag minggu ni x dak lauk x sempat nk pi beli..so bukak buku resipi, belek punya belek..haa last2 plan nk wat telur goring masak kicap n ikan terubuk masin goring berlada..waa sedapnya ada pedas2 sikit kan..
X sampai setengah jam da siap..hehehe..pergghh xpert dri master chef kot..hahaha padahal masakan simple jer..tp bukan simple yg kita nk cite tp rasa dia tu..poyo lgi..aura rasa tu da macam arwah umi masak..padahal baru 1st time..ini kalu masak tk laki cnfirm bertambah nasi..hehe..sedap tak  abang??wahahha…

Monday, October 24, 2011

nape x leh tido!!!!

Assalamualaikum... 
selamat pagi langsung dari Abell hotel
berrtilam kan katil yang comey
berbantalkan yang empuk2 saja
bertv kan 32 inch
bilik air x yah cakap 2 superb weh
ase cam nk copy paste letak kat umah sdri..wahahaa
tapi nape cik ayu x leh tido ag nie weh??

waa tension doh..
bukan senang nk dapat tido kat hotel
tapi mata plak yg wat hal..ces..
sia2 abang cik ayu bayar mahal..
huhu

lagi tambah jeles abg kesayanganku tido dgn nyenyak dari semalam..
ase nk pinjam je maata abe letak kat mata nie
aishh//ok la nk rehat sementara kuar lepak kat luar

Friday, October 21, 2011

esok..graduation day

now sabtu 7.00 pagi..

tomorow ahad 7.30 pagi..

yeay!! berarak masuk beramai-ramai dan juga bersama si dia..hekhek..


alhamdulillah..syukur kepada Allah esok cik ayu bakal bergraduat dengan teman2 seperjuangan di dewan tun abdul razak DEtar UNIMAS yng baru..waa seronoknya 1s batch grad di dewan baru..wuwu..bangga ase..

alhamdulillah gak semua bayaran da jelas, jubah pun da amik siap da shoot tuk pre convovation da kat tasik unimas..hehee..tgu hari kejadian nak amik shot terbaik ah..kat padang golf n fakulti dgn kawan2..

syukur sangat abang sudi dtg raikan ayu ganti family lain yg x pat dtg..sokongan dorang pun da cukup..hehe..n thanks gak kat yaya sudi terima jemputan ayu tuk masuk ke dalam dewan sama2 raikan kejayaan n kegembiraan ini..

ok semua apepun doakan semoga semuanya berjalan lancar k..nk pi rehat sat..esok or lusa ayu akan update gambar konvo k..hehee

Sunday, October 16, 2011

Suatu perubahan kehidupanku..




Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama-Mu ya Allah..Alhamdulillah satu pertemuan dengan mereka yakni adik2 yang cik ayu sayangi membawa satu perubahan kepada dari dan kehidupan cik ayu. Dulu diri ini ragu2 dalam melakukan perubahan mahupun perwatakan ini. Sedangkan perwatakan dan penampilan tersebut amatlah dituntut seperti mana yang dinyatakan dalam ayat al-quran.
Alhamdulillah kini diri ini sudah yakin berani dan keraguan itu hilang malah rasa terjamin selamat malah diri ini rasa terjaga..benarlah hikmah disebalik tuntutan islam yang di syariatkan..hmm tentu sekali anda semua tertanya-tanya perubahan apekah? Menutup aurat sudah cik ayu laksanakan sejak dahulu..tapi ianya tidak sesempurna mana jika nak dibandingkan mereka2 yang lain yg lebih terjaga dari cik ayu..ok suatu perubahan yang cik ayu lakukankan adalah dengan menutup aurat sebolehnya sempurna..yakni dihadapan bukan mahram cik ayu..siapa lagi kalau bukan di hadapan abang2 ipar cik ayu yang ramai 2..
Alhamdulillah seru tersebut datang semasa bulan ramadhan yang lepas setelah pulang menamatkan pelajaran di unimas..setelah di beri keyakinan oleh adik2..hmm berat jugak utk laksanakan..mana tidaknya sebelum ini cik ayu x penah bertudung dalam rumah serta di hadaoan abang2 ipar sedangkan hakikatnya cik ayu tau sememangnya wajib..pernah suatu ketika dahulu cik ayu bertanya pada abag kandung cik ayu..
Ayu: abe wajib ke ayu menutup aurat sempurna mungkin di hadapan abang2 ipar ayu..yakni bertudung?
Abe ije: mestilah..dia bukan mahram ayu..seharusnya ayu bertudung tutup aurat..
Ayu: ohh (hehe..sengih malu..) tapi ayu belum sedia..(perbualan ini berhenti begitu sahaja)

Istiqamah dalam perubahan

Dan kini keselamatan dan kehormatanku rasa terjaga insyaAllah buat bakal suamiku kelak..kerana aku inginkan yang terbaik buat generasiku..cik ayu harap cik ayu akan terus menjaga penampilan ini dengan penuh istiqamah..setiap perubahan yang dilakukan pasti akan ada dugaan n ujian dari Allah..masih cik ayu ingat di awal-awal perubahan ini..hampir tergoda dan tergugat dengan pertanyaan kakak..ape benar dengan keputusan ini..jangan separuh jalan..n ada gak cakap..x panas or rimas ke duk pakai tudung hamper 24 jam..huhu..da nak wat cmne kan..bila ada abang2 ipar baru pakai..hehhee..tapi yang kelakar anak2 buah selalu tertipu ingat ciksu dia nak kuar jln2..dan ada ketika di awal melakukan perubahan boleh terlupa pakai tudung sebab kalut pi wat susu tuk khaalish yang melalak lapar lam bilik..sib masa tu gelap x pasang lampu..tp kantoi ngan sorang abang ipar yg tgh tgk tv..huhu..masa tu sedih bukan kepalang tuhan saja yang tau betapa khilaf cik ayu masa 2..tp syukur lama2 diri ini sentiasa berhati2 lam setiap tindak tanduk..adik beradik n abah terima tanpa bnyak bicara akan perubahan yg ingin dilakukan..alhamdulillah..semua ini kerana-Mu ya Allah buat bakal suami yang dikasihi kelak..
 
Khamis 12:59 am

konvo pertama..sch


alhamdulillah..konvo pertamaku..15 oktober 2011..ISTIADAT KONVOKESYEN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI..setelah bertungkus lumus berlatih tertonggek sana sini..lebam sakit ape semua..akhirnya saya lulus dengan baik even x dapat kepujian..wahahhaa..

seronok sangat dapat bertemu dengan rakan2 n teman seperjuangan, melepaskan rindu setelah lama x ketemu..huhu..dan yang paling best..dapat jumpa seseorang..siapa dia??biarlah rahsia..biar Allah saja yang tahu betapa hati gembira sangat betemu dengannya..bagaikan takdir..sebelum bertemu dengannya...malam sebelum itu aku bermimpikan dia tanpa diminta..

ok cerita n gambar tentang konvo silat nie akan ayu update kemudian coz x sempat tranfer n edit gamabr lagi..tgu yerr..kita kumpul hingga konvo unimas akan datang..
daa semua

Wednesday, October 12, 2011

Bila ibubapa bekerja, anak-anak pula..



Assalamualaikum..alhamdulillah Allah masih panjangkan umur ini untuk bernafas dibumi-Nya yang indah dan insyaAllah permai..dapatlah cik ayu gerakkan jari jemari yang x seberapa ini untuk menaip ape yang terbuku di hati serta fikiran cik ayu..


ok Ibu bapa yang bekerja bukanlah satu perkara mahupun fenomena baru buat kita semua di zaman yang serba moden, canggih lagi mencabar. Tambahan pula harga barangan kini juga semakin mahal, berbaloilah dengan slogan pak Jib mentransformasikan rakyat Malaysia, 1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.(wahaha ntah kenapa pakjib lak yang termasuk dalam citeku) ok sambung balik..Oleh yang demikian dengan tuntutan kewangan, sara hidup yang meningkat di kota KL yang pesat membangun, maka kebanyakan suami isteri yakni ibubapa mengambil keputusan utk sama2 keluar mencari rezeki.
Maka kesannya di sini anak2 akan ditinggalkan kpd pengasuh berbayar.alhamdulillah sekiranya dijaga dengan elok. Tapi bukan ini yang cik ayu nak tekankan .yang cik ayu cuba bincangkan disini adalah mengenai kualiti masa yang ada antara ibubapa bersama anak2 apabila mereka keluar bekerja dengan masa yangmereka ada bersama anak2 yang dalam proses mengenali diri mereka, perkara mahupun insane disekeliling mereka. Bagi yang bekerja secara ‘ofis hour’ yang hanya ambil masa 8jam or 9 jam di tempat asuhan kanak-kanak. Alhamdulillah dan insyaAllah mereka masih mampu bersama membesarkan anak2, kualiti anak dgn parents pun baik..

Tapi cuba nada fikir dan renungkan bagaimana pula mereka yang bekerja lebih dari 10-12jam sehari? Katakana kualiti masa anak2 dgn pengasuh dari jam 10 pagi hingga 10 malam.bagaimanakah?bangun pagi parents sudah siap-siapkan anak2 untuk dihantar kepada pengasuh. Malam dtg jemput anak bila waktu mereka hampir utk tido. Jadi kualiti anak2 untuk mengenal ibubapa itu kurang selebihnya anak2 lebih mengenali, rapat serta saying kepada pengasuh mereka. Dan itulah rata-rata masalah yang berlaku dikalangan masyarakat kini. Itu belum lagi terjadi masalah antara orang gaji dan anak2 majikan yang belum cik ayu lihat lebih dekat masalah tersebut. Hanya sekadar mendengar dan lihat di dada majalah.

Jadi perkara ini sedikit sebanyak memberi iktibar, pengajaran serta ingatan buat cik ayu agar perkara ini tidak terjadi dalam keluarga yang bakal cik ayu bina suatu hari nanti, insyaAllah. Dan sekiranya terjadi, kerana takdir Allah tiada siapa yang tahu, maka haruslah cik ayu cuba selesaikan sebaiknya agar mutu kualiti keluarga terjamin, agar memperoleh sakinah mawaddah warahmah kelak.
Renung-renungkan....

Wednesday, August 24, 2011

BALIK KAMPUNG!!!

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi terbang AIRASIA
aku bernyanyi dan turut berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti



wahaha..semangat nyanyi lagu Sudirman nie mentang2 nak balik esok kan??
sory yerk kalu da tersumbang sumbing nyanyi td..almaklum artis nasyid sekolah da lapuk..berhabuk punya ank tekak da nie..hehehe


ok ladies n gentleman kat luar sana..cik ayu nk gtau esok cik ayu nak balik semenanjung da..CUTI RAYA + HABIS STUDY da..yuuhuu..(melaung dengan penuh bangga..ekeke)
para junior cik ayu jangan jeles yerr..ha jangan wat muka nyampah ngan senior korang yang lawa nie k..chayok2 for another year you alls kat unimas ekh..berjuang tuk berjaya cam senior korang..


tomorrow insyaAllah cik ayu nyer flight jam 7.10 petang..around kul 2 cik ayu akan berangkat ke airport..haha bapak awal..x per2 lebih awal lebih selamat..x gaduh2 yer (eh bukan gaduh tumbuk k..) sambil tgu waktu leh baca quran yang bertangguh dari juzuk 24 setengah td..hehe..


ok tomorow my sis along akan jemput kat LCCT wif anak2 buah..yehuu seronoknya..giler rindu kat dorang sangat2..its time for buli my anak2 buah..hehehe..ok2 da larut malam nie..nk tido sok bangun subuh terlajak lak..da niat x nak sahur..hehehe


ok bye2 semua..jaga diri yerk..

Friday, August 19, 2011

Selamat Berangkat ke Tanah Suci..

Assalamualaikum buat semua blogger...alhamdulillah hari ni da masuk fasa ke-3 ramadhan, yakni 20 ramadhan..syukur pada-Mu masih panjangkan umur untuk diri ini menikmati ramadhan-Mu yang penuh barakah ini. mana tahu ini tahun ini mungkin saja ramadhan terakhir untuk dirasai buat kita semua..ajal maut semua itu di tangan Allah s.w.t. maka perbanyakkan amalan topup mana yg mampu lagi2 di malam 10 terakhir nie..


InsyaAllah pagi ini 20 ogos brsamaan 20 ramadhan, my lovely brother, abe ije n kak ipar akan berangkat ke tanah suci mekah untuk menunaikan umrah. untung dia dapat rasa suasana puasa serta menyambut syawal di sana. insyaAllah semoga umrah ini membawa seribu erti buat beliau agar di peemudahkan lagi laluan untuk tunaikan haji pula tahun2 hadapan..insyaAllah..will miss u abe for this coming syawal without u on that morning. walau x sempat jumpa tapi alhamdulillah berkesempatan juga berbual di telefon tadi lepas rindu before berangkat n titipkan pesanan bila sampai sana..i'm still remember some words comes out from my lips..hehehe

abe: assalamualaikum..
me: waalaikumsalam..abe sihat??da siap ke semua barang..
abe: da cuma tinggal sikit lagi..ayu buat ape?
me: duk rehat2 makan skit2 lebih yg buka puasa td..ingat nak makan moreh pas tadarus, tp malam nie x jadi tadarus la plak..hehhee

.......malas nak berbicara yg lain..go to the main point for calling me.......

me: abe jangan lupa ekh titip doa yang ayu pesan masa lam keta ari 2 ekh..hehehe(gelak manja plus gedik sorang adik bgsu)
abe: doa??oh doa tu yer..hahaha( gelak seorang abe bila adik dia manja2 plus gedik) cepat sangat mintaknye yer..
me: hehehe..bukan ape susah nak cari yg terbaik n sebaik macam abe..lagipun kat sana kan lagi berkat bila doanya...insyaAllah mana tau makbul..hehehhe..(gelak manja ag)
abe: nak ape lagi?
me: emm t sampai sana da nak balik jgn lupa beli kan buah tangan..ape2 jela..
abe: ape2 jela??kalu ape2 aje abe beli semua la yang ada kat sana..nak??
me: eh kalu semua lagi bagus..alhamdulillah..rezeki jangan ditolak..hehehe...

emm itulah cite cik ayu serta titipan pesanan tuk abe ije yg nak berangkat ke tanah suci..hahha pelik2 mintak..tapi apapun 1st sekali yg cik ayu harap utk abe ayu..semoga umrah ini umrah terbaik buat abe..semoga dia selamat berangkat dan selamat pulang kembali..pasal buah tangan x hirau sangat yang penting kesihatan abe n kak ilah (my kak ipar) disana..tapi kalu dapat jubah dari mekah seronok jugak...da lama teringin nak pakai jubah...ekekeke..


mesti korang tertanya-tanya ape pesanan doa yang cik ayu mintak??actly bulan 6 lepas cik ayu ada borak dengan abe ije pasal jodoh..memandangkan cik ayu adik bongsu n anak yang terakhir yang akan bertemu jodoh..hope cik ayu dipertemukan jodoh serta pasangan seperti beliau. yang dapat bimbing cik ayu ke jalan Allah..yang bertanggungjawab pada keluarga, n ada lagi la x tersebut...insyaAllah..


ok..need to continue my study n then qiam before sahur time..
salam kasih salam sayang salam rindu..

Wednesday, August 10, 2011

ramadhan kunjung tiba, TV bertukar cerita

Assalamualaikum, kon nichi wa semua..wah cakap jepun plak, mentang-mentang tengah duk study jepun sempena nak exam dalam 2 minggu lagi..ekeke..ok stop study jap nak borak2 kongsi cite skit yer..
haa korang perasan tak asal ramadhan kunjung tiba je, mesti stesyen TV, tak kiralah berbayar ke atau yang made in kerajaan pasti x lepas peluang berlumba-lumba macam ikan lumba-lumba di lautan pasifik sana tayangkan cerita baru sama ada yang bertemakan ramadhan or x..haa bagus2!! hope cerita yang dorang tayang tu at least dapat bagi kesedaran serta keinsafan kepada penonton yang menontonnya di rumah yer..cik ayu perasan ada banyak gak la program kat TV sempena ramadhan ni, tapi hanya beberapa progam je yang dapat cik ayu tonton..kalu yang program masakan tu..ehhehee sory ler lambat skit nak boleh ke tgk..kalu drama tu laju jer..bukannya ape, x mo la kurangkan pahala pose duk telan ayaq liuq, x tahan tgk masakan depa  yang ya Allah x mampu nak gambarkan kesedapan tu..aishh pelik tul, time bulan pose yg siang2 hari la depa nak pi tayang program masakan, x dak waktu lain ka???

antara beberapa program TV yang cik ayu n dak2 umah join tgk ialah:

1. ramadhan terakhir (cite ni dilayan sebaik sahaja tamat tadarus dekat bilik dengan adik2 junior umah..remote da siap kat tangan once da habis tazkirah..hahhaa niat x ikhlas betul..tp saya suka watak akhi si driver kepala botak..cute n hensem)










2. Jejak Rasul 
(kalau sempat habis masak awal dapat la join tgk dengan dik wani)









3. Tahajjud cinta (yang islamik x bape paham skit,,ish sakit je time tgk cite ni tapi tgk gak..)






4. Stanza Cinta (ada sentuhan islamik gak, sedih2 deeling2 gitu..tapi layan la gak cite nie dekat tonton sebab x sempat tgk live pi terawih 8 rakaat daa, emm tapi kan hati ni teringin nak cari novel ni, nk cepat baca n tau ape kesudahan dia n sama x dengan drama kat tv macam nora elena yang totally different..rrgghh geram je beli)






5. Singgah sahur (ini kalu sempat je tgk..kalu x memang x tertengok la jawabnya)

rasanya cukup kot..list kat atas 2..x mo tgk tv banyak2 bulan pose sebab kena banyak amal je bulan ni bukan banyak nonton..kadang pas subuh x de wat benda lain layan bukak tv3 debgar motivasi pagi. mana tau dapat tips terbaik bulan pose nie..hari 2 dapat tips macam mana nak dapatkan puasa berkualitu..t cik ayu taip share ngan korang k..ok da2 panjang lak entry nie da lari nk study nampaknya..ok semua jaga diri n selamat berbuka masa mahgrib t tau!! bukan waktu orang azan asar lak..ehhehehe

BERAMAL DI BULAN RAMADHAN..


Assalamualaikum kasehkuAyu d blog..Alhamdulillah hari ini da masuk hari ke-11 berpuasa bagi semua umat islam di seluruh dunia termasuklah kita yg berada di bumi Malaysia yang aman damai dengan slogan 1 Malaysia tu kan..sebelum tu rasanya x terlambat untuk cik ayu nak ucapkan selamat menjalani serta menghayati puasa ramadhan kali ini walaupun da masuk fasa kedua bulan kan.anggaplah bulan ramadhan ini adalah ramadhan terakhir anda dmuka bumi ini, maka perbanyakkan amal, topup dosa2 lampau yg kita sedari or tanpa disedari kan??mana tahu Allah terima taubat mahupun segala amal kita..selain itu perbanyakkan amalan selawat anda kepada rasul junjungan kita di bulan ramadhan ini..

Alhamdulillah seronok kan bercerita  tentang puasa ni..teringat zaman kecik2 dulu bila tiba time bulan pose macam2 alasan diberi dekat arwah umi nak ngelat dari puasa. Itu belum lagi time waktu nak sahur yang liat habis nak boleh bangun bila dikejut oleh abah or arwah umi..sayangkan tido lebih dari bangun sahur..lepass tu bila da tiba pagi, mula la buat muka sedih kesian habis dekat umi rayu2 nak makan sebab hampir pengsan..tapi umi x pedulikan, dia kata kalu terus puasa sampai buka, petang tuk juadah buka umi masak or belikan masakan kegemaran, masa tu terus semangat sebab nak g bazar ramadhan..hehe..semua tu kenangan yang x dapat dilupakan..

Ok x mo melalut banyak2..hari ni cik ayu nk cite aktiviti or amalan or sedekah jariah yang akan dan telah cik ayu dan rakan2 serumah laksanakan sepanjang ramadhan di sini. Alhamdulillah baru2 ini hari sabtu lepas x silap, geng2 GLS telah memasak untuk juadah buka puasa (iftar) untuk surau muslimin dan muslimat kolej allamanda. Tapi untuk surau muslimat ykni mereka2 yang terpilih yang ingin bekerjasama sahaja kami sama2 kongsi duit beli barang n masak sama2..emm lebih kurang 14 orang cam2..kumpul sorang sikit duit kan..alhamdulillah dapat juga beramal bagi saudara lain makan kan??ok kitorang start masak dalam pukul 2 camtu..siap dalam kul 6..antara juadah buka tempoh hari, tomyam campur, sambal goreng ikan bilis, pegedel, air teh, puding jagung n bubur kacang tuk manisan masa buka, n dadih tuk kitorang edar pas solat terawih. Alhamdulillah, kami sempat solat jemaah tuk maghrib, isyak n terawih terus. Tp kelakar je bila dapat feedback dari muslimin, dorang kekenyangan yang amat sebab makanan banyak sangat. X penah dorang makan sebegitu banyak nampaknya..x pela da rezeki lebih kan?? tapi waktu buka tu lagi la nak tergelak je, mana taknya nasib x terpas air teh yang tetiba rasa masin bukannya rasa manis, ni gara2 adik junior tertumpah garam dekat dalam balang gula..hahaha..kalu x wat malu je  terus fail orang nk wat bini..

Ok seterusnya aktiviti cik ayu sepanjang ramadhan ni selain berpuasa di siang hari kan..cik ayu join dak2 umah ni bertadarus selepas solat terawih kat surau. Setiap malam 1 juzuk n malam sabtu n ahad 2 juzuk..alhamdulillah insyaAllah tahun ni 2 kali khatam al-Quran. Lepas tadarus, baca surah al-mulk n sedikit tazkirah secara gilir2 setiap hari. Setiap hari jugak kami digalakkan baca al-mathurat pagi dan petang, buat seikhlas hati dengan fahami maksud kata junior mutmainnah.n lepas subuh kalu semua x tido akan ada tasmi’ juzuk 30, yasin, al-mulk n beberapa surah yang lain. Tp da hampir seminggu terhenti sebab semua ngantuk bila lepas subuh..huhuu..tp syukur sangat ada tasmi’ ni..at least ada beberapa surah dari juzuk 30 yang cik ayu lemah or masih x hafal dapat dihafal dengan baik n rite now cik ayu da amalkan dalam solat agr x lupa..

Emm macam da banyak je cite aktiviti cik ayu bulan ramadhan nie..ha anda dekat luar sana yakni pembaca2 yang sudi jengah blog cik ayu macam mana lak??andai ini ramdhan terakhir anda, hayati dan isilah bulan ini sebaiknya dengan amal ibadat sunat yang dah lama tertinggal k..seronok rasanya bulan ini..dan akhir sekali banyakkan doa di bulan penuh barakah ini..n selamat mencari malam lailatul qadar..

Tuesday, August 9, 2011

DIARI vs BLOG

minggu lepas cik ayu n adik2 dekat umah kuar jalan2 before tiba bulan ramadhan then teringat lah beberapa patah ayat dari adik junior masa dalam kedai buku MPH

“Cik ayu ada dunia blog, biarlah saya berjinak-jinak dengan dunia diari dulu”
Siyes cik ayu nak tergelak saja bila dengar adik junior dengan yakin bagi ayat di atas. Anyway tidak kiralah samaada you alls di luar sana nak mula berjinak dengan dunia diari dahulu or blog, asalkan ianya sentiasa terisi dan update yang baik-baik je..lagi satu janganla duk berkira sangat follower, kalu ada yang follow alhamdulillah maksudnya ada jugak yang sudi nak tahu tentang diri anda, tapi sekiranya tiada jangan sedih-sedih kata diri tak popular macam abang ben ke, fatin liyana ka, yuyu zulaikha ka..yang penting hati mahu ikhlas dear.

Berbalik kepada cerita adik junior tadi, dua tiga tahun sebelum ini pun sebenarnya cik ayu sudah mula meluah cerita tentang diri serta aktiviti berkaitan dalam diari jugak. My first diary entitle “dear yayah the diari”, my lovely sis NORHAFIZAH bagi sempena tahun baru 2007 if cik ayu tak silap. But i change the name “kasehkuayu the diari”, because i dont want to copy cap orang lain. Sampai sekarang cik ayu simpan diari tersebut..haa gambar yang kat bawah ni lah diari cik ayu before berjinak dengan blog. Maka tak perlu la nak bawak berat2 kan..

Tapi siyes nak cite kat korang, nak tulis diari or update blog nie kadang2 mati kutu dibuatnya. Mana taknya before on laptop or capai diari berpusu-pusu ayat kuar dari kepala otak nak tulis segala bagai, tapi bila dah menghadap skrin, tiba-tiba langkah tangan terhenti nak tangkap ayat yang berterbangan tadi. Last2 skrin kosong je tanpa sepatah ayat yang tertaip..huhu..tapi bila dicalculate balik, actly update story dekat blog lagi banyak dari diari sebab kat blog boleh edit padam juz tekan delete or backspace, tapi sekiranya dalam diari sibuk duk cari liquid paper nak delete tulisan yang x jadi, x ke buruk nampak diari tersebut..kekekekekee

Selain itu kelebihan cik ayu ada blog ni, boleh kongsi latest story n upload gambar comey sesuka hati dengan pantas dan tuntas tanpa membazir masa dan wang ringgit. Jika zaman teknologi tidak berapa canggih dahulu kala harus ke bandar untuk cuci gambar then kena tunggu beberapa jam untuk siap, tidak ke membazir masa dan tenaga (oh tetiba jeritan batinku bersuara kepenatan..ngehngeh..). Tapi sekarang bila semua da canggih segalanya di hujung jari anda with only one click. Hehehehe...

Rasanya sudah cukup cik ayu bercerita tentang kelebihan ada blog kan. so teman-teman di luar sana tunggu apa lagi, mulakan langkah peratama anda untuk mempunyai satu blog peribadi dan ‘update’lah seberapa banyak entry yang anda mampu. Mana tahu suatu hari nanti anda lagi famous amors dari cik ayu a.k.a KasehkuAyu..