Wednesday, August 10, 2011

BERAMAL DI BULAN RAMADHAN..


Assalamualaikum kasehkuAyu d blog..Alhamdulillah hari ini da masuk hari ke-11 berpuasa bagi semua umat islam di seluruh dunia termasuklah kita yg berada di bumi Malaysia yang aman damai dengan slogan 1 Malaysia tu kan..sebelum tu rasanya x terlambat untuk cik ayu nak ucapkan selamat menjalani serta menghayati puasa ramadhan kali ini walaupun da masuk fasa kedua bulan kan.anggaplah bulan ramadhan ini adalah ramadhan terakhir anda dmuka bumi ini, maka perbanyakkan amal, topup dosa2 lampau yg kita sedari or tanpa disedari kan??mana tahu Allah terima taubat mahupun segala amal kita..selain itu perbanyakkan amalan selawat anda kepada rasul junjungan kita di bulan ramadhan ini..

Alhamdulillah seronok kan bercerita  tentang puasa ni..teringat zaman kecik2 dulu bila tiba time bulan pose macam2 alasan diberi dekat arwah umi nak ngelat dari puasa. Itu belum lagi time waktu nak sahur yang liat habis nak boleh bangun bila dikejut oleh abah or arwah umi..sayangkan tido lebih dari bangun sahur..lepass tu bila da tiba pagi, mula la buat muka sedih kesian habis dekat umi rayu2 nak makan sebab hampir pengsan..tapi umi x pedulikan, dia kata kalu terus puasa sampai buka, petang tuk juadah buka umi masak or belikan masakan kegemaran, masa tu terus semangat sebab nak g bazar ramadhan..hehe..semua tu kenangan yang x dapat dilupakan..

Ok x mo melalut banyak2..hari ni cik ayu nk cite aktiviti or amalan or sedekah jariah yang akan dan telah cik ayu dan rakan2 serumah laksanakan sepanjang ramadhan di sini. Alhamdulillah baru2 ini hari sabtu lepas x silap, geng2 GLS telah memasak untuk juadah buka puasa (iftar) untuk surau muslimin dan muslimat kolej allamanda. Tapi untuk surau muslimat ykni mereka2 yang terpilih yang ingin bekerjasama sahaja kami sama2 kongsi duit beli barang n masak sama2..emm lebih kurang 14 orang cam2..kumpul sorang sikit duit kan..alhamdulillah dapat juga beramal bagi saudara lain makan kan??ok kitorang start masak dalam pukul 2 camtu..siap dalam kul 6..antara juadah buka tempoh hari, tomyam campur, sambal goreng ikan bilis, pegedel, air teh, puding jagung n bubur kacang tuk manisan masa buka, n dadih tuk kitorang edar pas solat terawih. Alhamdulillah, kami sempat solat jemaah tuk maghrib, isyak n terawih terus. Tp kelakar je bila dapat feedback dari muslimin, dorang kekenyangan yang amat sebab makanan banyak sangat. X penah dorang makan sebegitu banyak nampaknya..x pela da rezeki lebih kan?? tapi waktu buka tu lagi la nak tergelak je, mana taknya nasib x terpas air teh yang tetiba rasa masin bukannya rasa manis, ni gara2 adik junior tertumpah garam dekat dalam balang gula..hahaha..kalu x wat malu je  terus fail orang nk wat bini..

Ok seterusnya aktiviti cik ayu sepanjang ramadhan ni selain berpuasa di siang hari kan..cik ayu join dak2 umah ni bertadarus selepas solat terawih kat surau. Setiap malam 1 juzuk n malam sabtu n ahad 2 juzuk..alhamdulillah insyaAllah tahun ni 2 kali khatam al-Quran. Lepas tadarus, baca surah al-mulk n sedikit tazkirah secara gilir2 setiap hari. Setiap hari jugak kami digalakkan baca al-mathurat pagi dan petang, buat seikhlas hati dengan fahami maksud kata junior mutmainnah.n lepas subuh kalu semua x tido akan ada tasmi’ juzuk 30, yasin, al-mulk n beberapa surah yang lain. Tp da hampir seminggu terhenti sebab semua ngantuk bila lepas subuh..huhuu..tp syukur sangat ada tasmi’ ni..at least ada beberapa surah dari juzuk 30 yang cik ayu lemah or masih x hafal dapat dihafal dengan baik n rite now cik ayu da amalkan dalam solat agr x lupa..

Emm macam da banyak je cite aktiviti cik ayu bulan ramadhan nie..ha anda dekat luar sana yakni pembaca2 yang sudi jengah blog cik ayu macam mana lak??andai ini ramdhan terakhir anda, hayati dan isilah bulan ini sebaiknya dengan amal ibadat sunat yang dah lama tertinggal k..seronok rasanya bulan ini..dan akhir sekali banyakkan doa di bulan penuh barakah ini..n selamat mencari malam lailatul qadar..

No comments:

Post a Comment