Tuesday, August 9, 2011

DIARI vs BLOG

minggu lepas cik ayu n adik2 dekat umah kuar jalan2 before tiba bulan ramadhan then teringat lah beberapa patah ayat dari adik junior masa dalam kedai buku MPH

“Cik ayu ada dunia blog, biarlah saya berjinak-jinak dengan dunia diari dulu”
Siyes cik ayu nak tergelak saja bila dengar adik junior dengan yakin bagi ayat di atas. Anyway tidak kiralah samaada you alls di luar sana nak mula berjinak dengan dunia diari dahulu or blog, asalkan ianya sentiasa terisi dan update yang baik-baik je..lagi satu janganla duk berkira sangat follower, kalu ada yang follow alhamdulillah maksudnya ada jugak yang sudi nak tahu tentang diri anda, tapi sekiranya tiada jangan sedih-sedih kata diri tak popular macam abang ben ke, fatin liyana ka, yuyu zulaikha ka..yang penting hati mahu ikhlas dear.

Berbalik kepada cerita adik junior tadi, dua tiga tahun sebelum ini pun sebenarnya cik ayu sudah mula meluah cerita tentang diri serta aktiviti berkaitan dalam diari jugak. My first diary entitle “dear yayah the diari”, my lovely sis NORHAFIZAH bagi sempena tahun baru 2007 if cik ayu tak silap. But i change the name “kasehkuayu the diari”, because i dont want to copy cap orang lain. Sampai sekarang cik ayu simpan diari tersebut..haa gambar yang kat bawah ni lah diari cik ayu before berjinak dengan blog. Maka tak perlu la nak bawak berat2 kan..

Tapi siyes nak cite kat korang, nak tulis diari or update blog nie kadang2 mati kutu dibuatnya. Mana taknya before on laptop or capai diari berpusu-pusu ayat kuar dari kepala otak nak tulis segala bagai, tapi bila dah menghadap skrin, tiba-tiba langkah tangan terhenti nak tangkap ayat yang berterbangan tadi. Last2 skrin kosong je tanpa sepatah ayat yang tertaip..huhu..tapi bila dicalculate balik, actly update story dekat blog lagi banyak dari diari sebab kat blog boleh edit padam juz tekan delete or backspace, tapi sekiranya dalam diari sibuk duk cari liquid paper nak delete tulisan yang x jadi, x ke buruk nampak diari tersebut..kekekekekee

Selain itu kelebihan cik ayu ada blog ni, boleh kongsi latest story n upload gambar comey sesuka hati dengan pantas dan tuntas tanpa membazir masa dan wang ringgit. Jika zaman teknologi tidak berapa canggih dahulu kala harus ke bandar untuk cuci gambar then kena tunggu beberapa jam untuk siap, tidak ke membazir masa dan tenaga (oh tetiba jeritan batinku bersuara kepenatan..ngehngeh..). Tapi sekarang bila semua da canggih segalanya di hujung jari anda with only one click. Hehehehe...

Rasanya sudah cukup cik ayu bercerita tentang kelebihan ada blog kan. so teman-teman di luar sana tunggu apa lagi, mulakan langkah peratama anda untuk mempunyai satu blog peribadi dan ‘update’lah seberapa banyak entry yang anda mampu. Mana tahu suatu hari nanti anda lagi famous amors dari cik ayu a.k.a KasehkuAyu.. 

No comments:

Post a Comment