Thursday, June 28, 2012

congratz!!! its a baby girl


hello..hello dunia!! aha pagi tadi lepas subuh tengah bersiap-siap untuk ke ofis abang hari ni, dapat panggilan fon dari my sis. dia dah BERSALIN!! Tahniah sis..n..its a baby girl!!!wah teruja, teruja dapat seorang lagi anak buah menjadikannya angka 7 semuanya...wah makin bertambah cucu abah n umat nabi Muhammad. ALhamduillah.

tapi yang kelakar dengar cerita sis atin ni, semalam baru je dia bertolak balik ke kelantan konon nak bersalin kat sana la kan, tup tup pagi td dah bersalin.hamik nasib sempat anda sempat sampai. kalu tidak naya anda if bersalin lam perjalanan lagi2 only anda berdua dengan hubby..huhu..

x sabar nak tengok raut wajah my new baby nih..ada iras sape2 la agaknya yer..jeng-jeng.nantikan kemunculan gambar dia fb dan akan di upload di sini..

p/s: dah lama x update terus update pasal baby baru..haha..

Thursday, June 14, 2012

muhasabah dari hati dan fikiran

Assalamualaikum, salam sejahtera.
insyaAllah tulisan malam ini pendek  dan ringkas sahaja, dari hati yang terusik dengan dugaan Allah sekali lagi.
"...Ya Allah diri ini bukan untuk bercakap besar mahupun membesar diri. diri ini mungkin tidaklah setakut mana dengan gangguan syaitan, hantu mahupun jin. kerana aku harus lebih takut pada-Mu kerana diri-Mu lagi maha besar dan berkuasa di alam ini. ape yang ingin kukatakan adalah, diri ini lagi takut malah risau andai sekali lagi Kau turunkan dugaan di hati ini apabila berhadapan dengan kaum yang berlainan jenis dariku. aku takut tidak dapat mengawal perasaan sayang, atau rindu kepada mereka yang belum halal buat diriku ya Allah. kerana dugaan itu lebih kuat dari segalanya, sekali kita boleh terjebak dengan perasaan tersebut, ia boleh melemahkan insan sepertiku yang sedia ada lemah Ya Allah. mengapa ya Allah ia hadir sekali lagi setelah 3 tahun hatiku tidak terusik sebegini..ampunkan diri ini ya Allah, peliharalah hatiku, lindungilah ia dari dugaan yang boleh mengecewakanku sekali lagi dan boleh melemahkan imanku sekali lagi..padamu ku berserah..." 

Tuesday, June 12, 2012

sesekali hati terusik..


Assalamualaikum..semoga kita semua hamba Allah dimuka bumi ini dalam rahmatnya..insyaAllah. 

bila malam mula menjelma..mulalah hati dan minda ini ingin mengarang sedikit ayat2 jiwang mengubat hati yang sedang terusik dengan cinta duniawi..

Allahuakbar...astaghfirullah...alhamdulillah..
Allah yang maha besar, syukur kepada-Mu kerana masih lagi beri peluang kepada diri ini untuk merasai seketika cuma nikmat kasih dan sayang di hati buat kaum mereka...namun, ampunkan diriku yaAllah andai hati ini terusik sekali lagi dengan cinta dunia yang sementara ini. sungguh aku takut, sungguh aku risau andai sekali lagi Allah uji tahap keimanan di hati menangani cinta manusia. andai sahaja diri boleh hanyut kembali, iman boleh rapuh dengan godaan syaitan..astaghfirullah..bukan diri ini menunjuk alim, tapi tidak ingin pisang berbuah dua kali.

rakanku sekalian, bila berbicara tentang cinta, pasti semua ingin yang indah2 sahaja..ingin petik beberapa patah kata dalam buku ISTIKHARAH CINTA, karya UMMU ANAS, 
kata-kata indah Dr. MAhmud asy-syarif dalam bukunya al-HUbb fi al-quran, "islam adalah agama cinta, dan Mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga dia merasakan hangatnya cinta.."
cinta wujud dalam hati semua insan, lalu menerbitkan rasa suka dan tertarik kepada sesiapa sahaja. cinta pada awalnya dirasakan suci dan bersih, apabila di layan, akhirnya boleh menjadi gelojak perasaan yang mendesak supaya dapat bertemu dan berada dekat dengan insan yang disayangi dan di kasihi.

Ibnu QAyyim al-Juaziyah ada menyebut, sekiranya manusia jatuh cinta, mereka memiliki rasa rindu dan sentiasa mengingati orang yang dicintai. tapi apa yang dibimbangkan apabila berlaku ketidakupayaan manusia mengawal rasa cinta di hati mereka sehingga tidak dapat berfikir dengan waras, tidak dapat membezakan yang mana buruk dan baik yang mana halal dan haram, yang mana pahala dan dosa dalam pergaulan mereka.

alhamdulillah mujur hati ini cepat sedar apabila diri dilanda dan terusik dengan cinta..terus istighfar agar hati tidak mudah lemah. sekiranya itu takdir jodoh dan cinta yang Allah kurniakan alhamdulillah..moga ia berlandaskan islam yang sebenar, tanpa dicacat cela oleh hasutan syaitan yang ingin melemahkan anak adam dan hawa.

suka cik ayu ingin tulis beberapa tanda hadirnya perasaan cinta dalam lubuk hati kita andai ia berlaku:

  1. suka mendengar nama yang dicintai dan disebut-sebut
  2. suka melihat orang yang dicintai
  3. suka duduk berdekatan dan bersama-sama orang yang dicintai
  4. suka segala perkara yang berkaitan dengan orang yang dicintai
namun jangan sampai kita tersalah langkah denga perasaan cinta tersebut, jadi di sini ada beberapa tips mengurus perasaan cinta andai ia bertandang di hati rakan-rakan sekalian, moga yang terbit itu suci dari hati berlandaskan perintah Allah.
  1. membina iman yang teguh kepada Allah, yakni amar makruf nahi mungkar. kemudian memusatkan tumpuan cinta, selaras dengan keredhaan Allah
  2. mengurus cinta berpandukan al-quran dan sunah. semakin dewasa kita, keinginan memiliki pasangan meluap-luap.oleh itu panduan dan bimbingan yang benar itu perlu
  3. sentiasa menjaga pandangan mata, serentak dengan menjauhi maksiat dan dosa. pandangan pertama sukar memberi kesan kepada ingatan, namun pandangan yang berulang-ulang meninggalkan bekas dalam hati. syaitan dan iblis sentiasa menunggu waktu menundukkan anak adam dan hawa.
  4. sentiasa berzikir, munajat dan berdoa supaya dikuatkan pendirian dan juga iman di hati. perkara ini dapat pelihara hati dari memikirkan perkara yang tidak sepatutnya.
insyaallah moga-moga kita semua dalam lindungan-Nya andai hati kita terusik dengan cinta duniawi. bercinta tidak salah, yang salah andai kita menyalahgunakan keindahan cinta yang Allah kurniakan dengan perkara menjurus maksiat. biarlah bercinta setelah ada akad yang menghalalkan cinta tersebut disisi agama. maka marilah sama-sama kita berdoa supaya dikurniakan cinta dan kasih yang mendekatkan lagi kita kepada sang pencipta.

Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum...
bila sebut kenduri kendara, pelbagai lagu tema orang kawin bermain di minda..
"...selamat penganti baru lah...kompang di palu lah...tidak pun barakallah nyanyian MAHER ZAIN ke..."
betul tak??yang tetamu mendengar pasti tangkap layanlah..tapi jangan sampai terpasang lagu "..pelamin ANGANKU musnah??haha bahay tuh, mahu dikejar dek tuan rumah pasang lagu salah ketika hari gembira keluarga mereka..

okeh tinggalkan tentang lagu..sebenarnya nak story tentang kenduri kendara masa cuti di kelantan minggu lepas. alhamdulillah banyak jemputan MAKAN FREE minggu tersebut..moga tuan rumah dilimpahi rezeki yang melimpah ruah atas jemputan tersebut..maka bila banyak kenduri maka banyak lah makan gulai, sampai naik muak dan luak nak telan nasi..hehe, tapi bagi mengambil hati tuan rumah kita layan la mana yang boleh kan??

alhamdulillah juga salah seorang dari rakan lelaki cik ayu dah pun bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinannya minggu lepas..rasa tidak percaya mereka sudah berkahwin di usia muda..muda ke??haa sekarang sudah tidak kira umur, yang dikira bersediakah mereka memikul tanggungjawab dan menggalas amanat dari Allah ke atas isterinya. TAHNIAH cik ayu ucapkan kepada khairul hasikim dan pasangan, moga kalian mendapat barakah dalam perkahwinan, kekal selamanya hingga ke syurga bersama2..amin insyaAllah...
Tidak ketinggalan tahniah buat sepupuku yang telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya pada sabtu lepas, moga tali yang terikat akan tersimpul secara sah tidak lama lagi..insyaALlah, moga ada barakah juga buat kalian.


hmm..cemburu pula rasa bila ramai teman-teman sudah bertemu jodoh..dan saya??masih lagi belum ada sesiapa..mungkin masih trauma dengan yang dulu..haishh bila nak hilang ini??kawan2 tolong doa saya cepat bertemu imam di hati yer..



back to the real home!!!

Assalamualaikum...salam sejahtera..
alhamdulillah dapat lagi cik ayu gerakkan jari jemari yang tak berapa halus ini untuk update serba sedikit tentang diri dalam diari maya yang amat2 dirindui. setelah beberapa minggu terlompat-lompat ke sana ke sini menumpang rumah orang, akhirnya cik ayu udah back to the real home!!! peluk cium teddyku yang mucuk n montok itu!!!

actly cik ayu tak suka melompat-lompat rumah orang even rumah sis sendiri, yela mereka pun mahukan privasi, and same to me..i need some space that make me feel comfortable n calm..have my own room too, juz like at UNIMAS..ahh serius cik ayu rindu suasana apartment di UNIMAS.

tapi kan tadi masa sampai terkejut tengok bilik dah berubah. susun atur perabot yang lebih kemas dan tersusun. just perlukan tenaga cik ayu untuk bersihkan bilik kembali dan kemas barang2 peribadi sendiri..tq my beloved brother sudi luangkan masa tuk bilik ayu..yang penting air-cond dapat dirasai sebaiknya..ITU YANG PENTING..hehe