insyaAllah tulisan malam ini pendek dan ringkas sahaja, dari hati yang terusik dengan dugaan Allah sekali lagi.
"...Ya Allah diri ini bukan untuk bercakap besar mahupun membesar diri. diri ini mungkin tidaklah setakut mana dengan gangguan syaitan, hantu mahupun jin. kerana aku harus lebih takut pada-Mu kerana diri-Mu lagi maha besar dan berkuasa di alam ini. ape yang ingin kukatakan adalah, diri ini lagi takut malah risau andai sekali lagi Kau turunkan dugaan di hati ini apabila berhadapan dengan kaum yang berlainan jenis dariku. aku takut tidak dapat mengawal perasaan sayang, atau rindu kepada mereka yang belum halal buat diriku ya Allah. kerana dugaan itu lebih kuat dari segalanya, sekali kita boleh terjebak dengan perasaan tersebut, ia boleh melemahkan insan sepertiku yang sedia ada lemah Ya Allah. mengapa ya Allah ia hadir sekali lagi setelah 3 tahun hatiku tidak terusik sebegini..ampunkan diri ini ya Allah, peliharalah hatiku, lindungilah ia dari dugaan yang boleh mengecewakanku sekali lagi dan boleh melemahkan imanku sekali lagi..padamu ku berserah..."

No comments:
Post a Comment