Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum...
bila sebut kenduri kendara, pelbagai lagu tema orang kawin bermain di minda..
"...selamat penganti baru lah...kompang di palu lah...tidak pun barakallah nyanyian MAHER ZAIN ke..."
betul tak??yang tetamu mendengar pasti tangkap layanlah..tapi jangan sampai terpasang lagu "..pelamin ANGANKU musnah??haha bahay tuh, mahu dikejar dek tuan rumah pasang lagu salah ketika hari gembira keluarga mereka..

okeh tinggalkan tentang lagu..sebenarnya nak story tentang kenduri kendara masa cuti di kelantan minggu lepas. alhamdulillah banyak jemputan MAKAN FREE minggu tersebut..moga tuan rumah dilimpahi rezeki yang melimpah ruah atas jemputan tersebut..maka bila banyak kenduri maka banyak lah makan gulai, sampai naik muak dan luak nak telan nasi..hehe, tapi bagi mengambil hati tuan rumah kita layan la mana yang boleh kan??

alhamdulillah juga salah seorang dari rakan lelaki cik ayu dah pun bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinannya minggu lepas..rasa tidak percaya mereka sudah berkahwin di usia muda..muda ke??haa sekarang sudah tidak kira umur, yang dikira bersediakah mereka memikul tanggungjawab dan menggalas amanat dari Allah ke atas isterinya. TAHNIAH cik ayu ucapkan kepada khairul hasikim dan pasangan, moga kalian mendapat barakah dalam perkahwinan, kekal selamanya hingga ke syurga bersama2..amin insyaAllah...
Tidak ketinggalan tahniah buat sepupuku yang telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya pada sabtu lepas, moga tali yang terikat akan tersimpul secara sah tidak lama lagi..insyaALlah, moga ada barakah juga buat kalian.


hmm..cemburu pula rasa bila ramai teman-teman sudah bertemu jodoh..dan saya??masih lagi belum ada sesiapa..mungkin masih trauma dengan yang dulu..haishh bila nak hilang ini??kawan2 tolong doa saya cepat bertemu imam di hati yer..



No comments:

Post a Comment