Wednesday, October 12, 2011

Bila ibubapa bekerja, anak-anak pula..



Assalamualaikum..alhamdulillah Allah masih panjangkan umur ini untuk bernafas dibumi-Nya yang indah dan insyaAllah permai..dapatlah cik ayu gerakkan jari jemari yang x seberapa ini untuk menaip ape yang terbuku di hati serta fikiran cik ayu..


ok Ibu bapa yang bekerja bukanlah satu perkara mahupun fenomena baru buat kita semua di zaman yang serba moden, canggih lagi mencabar. Tambahan pula harga barangan kini juga semakin mahal, berbaloilah dengan slogan pak Jib mentransformasikan rakyat Malaysia, 1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.(wahaha ntah kenapa pakjib lak yang termasuk dalam citeku) ok sambung balik..Oleh yang demikian dengan tuntutan kewangan, sara hidup yang meningkat di kota KL yang pesat membangun, maka kebanyakan suami isteri yakni ibubapa mengambil keputusan utk sama2 keluar mencari rezeki.
Maka kesannya di sini anak2 akan ditinggalkan kpd pengasuh berbayar.alhamdulillah sekiranya dijaga dengan elok. Tapi bukan ini yang cik ayu nak tekankan .yang cik ayu cuba bincangkan disini adalah mengenai kualiti masa yang ada antara ibubapa bersama anak2 apabila mereka keluar bekerja dengan masa yangmereka ada bersama anak2 yang dalam proses mengenali diri mereka, perkara mahupun insane disekeliling mereka. Bagi yang bekerja secara ‘ofis hour’ yang hanya ambil masa 8jam or 9 jam di tempat asuhan kanak-kanak. Alhamdulillah dan insyaAllah mereka masih mampu bersama membesarkan anak2, kualiti anak dgn parents pun baik..

Tapi cuba nada fikir dan renungkan bagaimana pula mereka yang bekerja lebih dari 10-12jam sehari? Katakana kualiti masa anak2 dgn pengasuh dari jam 10 pagi hingga 10 malam.bagaimanakah?bangun pagi parents sudah siap-siapkan anak2 untuk dihantar kepada pengasuh. Malam dtg jemput anak bila waktu mereka hampir utk tido. Jadi kualiti anak2 untuk mengenal ibubapa itu kurang selebihnya anak2 lebih mengenali, rapat serta saying kepada pengasuh mereka. Dan itulah rata-rata masalah yang berlaku dikalangan masyarakat kini. Itu belum lagi terjadi masalah antara orang gaji dan anak2 majikan yang belum cik ayu lihat lebih dekat masalah tersebut. Hanya sekadar mendengar dan lihat di dada majalah.

Jadi perkara ini sedikit sebanyak memberi iktibar, pengajaran serta ingatan buat cik ayu agar perkara ini tidak terjadi dalam keluarga yang bakal cik ayu bina suatu hari nanti, insyaAllah. Dan sekiranya terjadi, kerana takdir Allah tiada siapa yang tahu, maka haruslah cik ayu cuba selesaikan sebaiknya agar mutu kualiti keluarga terjamin, agar memperoleh sakinah mawaddah warahmah kelak.
Renung-renungkan....

No comments:

Post a Comment