setiap orang pasti satu masa akan berfikir untuk melakukan sebarang perubahan pada diri mereka. sama ada perubahan imej, personaliti, pemikiran dan juga pembawakan diri mereka bersesuaian dengan tahap umur mereka. tetapi biarlah ape yg ingin diubah itu menjurus kepada kebaikan dan janganlah sesekali berniat untuk mengubah sesuatu itu kearah keburukan kepada maruah diri agama mahupun bangsa.
why cik ayu bercerita tentang tajuk ini di waktu malam yg sepi ini??
sebenarnya tajuk ini dah lama bermain difikiran cuma tiada luang waktu untuk dicurahkan. lagipun cik ayu bukanlah mahir sangat dalam menulis mahupun berkarya, hanya sekadar mencuba.ingin cik ayu kongsikan sedikit pengalaman tentang berubah mengubah dan diubah.
hampir 2 tahun yang lalu, seperti mana yg anda sedia maklum n terbaca entry di blog ini. cik ayu penah bercouple. jadi bila seseorang itu ber'couple' mestila dia akan lakukan yg terbaik untuk pasangan mereka lagi2 bila bercinta jarak jauh, mau makan hati. nak2 pulak dapat tau pakwe mcm ada suka kat someone sama tempat dia belajar..ha masa 2 mula la pnjang akal cari idea terbaik untuk selamatkan keadaan serta hubungan. mula la nak berubah semata-mata nk dapatkan perhatian si pakwe. biar dia celik dekat kita je, x pandang perempuan lain..lihat niat berubah di situ bukanlah niat yang baik..niat disebalik niat..maka Allah tidak berkati niat itu. last2 putus jugak sebab perempuan yg diminati lebih cantik dari kita. cik ayu gak melopong..
bila da putus sedih2, terguling-guling tergolek-golek dek kerana putusnya cinta yg memg bukan halal bagi diri ini..akhirnya terjumpa dengan 1st love..ehem2 1st love..x pela itu cite lama. tapi kata-kata dia telah mengubah persepsi diri ini..kenapa kita perlu berubah dan diubah sesuatu yang sudah baik dan elok letaknya kerana seorang lelaki. semata-mata untuk mendapatkan cinta yang belum tentu sah sedangkan haram bagi kita sebelum kawin. tapi itulah realiti yang selalu terjadi kepada diri ini dan rakan2 diluar sana..bukan untuk menuduh tapi ingatan buat diri ini dan semua.
daripada bertudung sampai terbuka auratnya, ada yg dulu menjaga batasnya tapi dek kerana panahan cinta dan rindu terbabas batasnya, dulunya malu untuk bertemu muka dengan lelaki tetapi hilang segan apabila menerima cinta. itulah namanya cinta..
Ya Allah semoga diri ini jauh dari semua itu sekiranya kau hadirkan cinta dalam hidup ini selepas ini.aku tidak ingin menjadi seperti lembu yang ditarik hidung oleh nafsu, dan aku tidak ingin merindui insan yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya
sebelum akhiri kalam pada malam ini..ada 5 tips untuk anda yg ingin berubah yg cik ayu ambil dari slot al-hidayah
- hindari dari tempat2 atau perkara yang membawa anda ke arah keburukan
- hampirilah arah kebaikan, yg mampu menguatkan niat anda utk berubah, serta cari kawan2 yg mampu membimbing dan menyokong perubahan anda
- hati, sucikan hati anda, tekadkan hati anda
- hajatkan ape yang anda ingin berubah, biarlah hajat itu sesuatu yg baik agar diberkati oleh-Nya
- hijrah, lakukan penghijarahan itu sebaik mungkin, jgn lagi pandang kebelakang, buang yg keruh ambil yang jernih
salam kasih salam sayang salam rindu
Kasehku ayu

1st love?? i think i noe him.. rite?? hihi...
ReplyDeleteemmm..agak sukar mencari seseorg yg btul2 sesuai...saya pun pnh lalui pengalaman yg sama mcm cik ayu...rasa dah serik nak bercouple...semoga kita ditemukan jodoh yang baik.. =)
ReplyDeletefara!!!
ReplyDeletehahaha i know u know..becoz u know him..
but x de jodoh kan??
saiful..memg benar sukar..tapi sebenarnya ada..cuma kita harus mencari dan terus mencari tapi jgn smpai kita terbabas..betulkan niat dalam pencarian..insyaAllah akan jumpa..x perlu bercouple..bukankah ianya haram andai boleh rosakkan jiwa hati dan iman..bila da betul2 sedia terus lamar jadi isteri..kan dapat pahala..hehee
ReplyDelete