Tanggal 30 Mei 1989 pada jam 7.12 malam, di saat semua orang sibuk untuk menunaikan solat maghrib, seorang fetus dalam kandungan telah sibuk menyakitkan ibunya kerana tidak sabar lagi untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah. Maka telah bergegaslah semua jururawat dan Dr datang untuk menyambut kelahiran seorang bayi perempuan yg sungguh cantik dan comey seperti sekarang..hehehheee..(nak jugak ayat terakhir tu) Waa..waa..waa..oh sungguh merdu dan sadis sekali jeritan batinku tatkala melihat cahaya dunia..(eh adakah itu cahaya matahari Allah ataupun kerlipan lampu putih hospital..erk!!
Namun Alhamdulillah syukur di panjat oleh arwah umiku, setelah penat bertarung nyawa, maka lahirlah anak perempuan yang terakhir dalam keluarga yang cukup sempurna dan bahagia..dan bayi perempuan YANG COMEY itu diberi nama NOR HIDAYU. Kata arwah umi nama ini diberi kerana diriku kelihatan sangat manja waktu kecil dan sampai la ke besar panjang..MANJA X HABIS sampai semua naik meluat!!!oh mintak maaf yer semua di atas kegelian anda. Eh tapi bukan ke kalu ikut nahu arab nama ni ada kaitan dengan hidayah..ntah bape banyak jamak dia terus lahir nama hidayu…hahhaha..suka hati..tapi semoga diri ini akan sentiasa diberi hidayah oleh-Nya.
Hari ini, 30 Mei 2011, genaplah umurku 22 tahun. Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di bumi-Nya, mensedekahkan segala amal dan kebajikan untuk dihulurkan buat arwah Umi tercinta di syurga nan indah, insyaAllah sebagai balasan dan terima kasih kerana telah melahirkan diri ini dan juga buat bekalan duniaku di akhirat kelak.
Ucapan ribuan hingga infiniti terima kasih buat keluarga tercinta terutama abah tercinta, kerana telah mendidik dan menjagaku dengan penuh sabar, cukup bekalan ilmu agamanya sehingga menjadikan diriku pada hari ini. Ayu akui diri ayu cukup manja, nakal yang amat hingga menguji kesabaran keteguhan iman dirimu, maafkan diri ini. Buat adik beradik yang tersayang, terima kasih atas layanan, perhatian, sokongan kewangan dan kasih sayang anda semua buat adik bongsu kalian selepas pemergian arwah umi tercinta. Tanpa kalian pasti diri ini terkapar-kapar mencari arah hidup dan kasih sayang yang telah diragut pergi sekelip mata. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. ANDA SEMUA YANG TERBAIK DALAM DUNIAKU. Buat buah hati yang sentiasa mekar sayangnya buat kalian, Sahira, Kyra, Najwan, Najmi dan Khaalish, kalian permata dan kebahagiaan hati ini. insyaAlllah semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah. Ciksu akan jaga kalian, itu janji ciksu, tiada belah bagi antara kalian.
Tak lupa buat rakan-rakan seperjuangan, AINUL MAWADDAH, MIZANI IZNI, SHAFIAH MAHIRAH yang sentiasa ada waktu diri ini susah dan senang, tangis dan tawa. Andalah sahabat dan anda juga sebahagian dari hidup ini. Terima kasih dan semoga Allah akan sentiasa memberkati serta melindungi kehidupan kalian, amin.
Here my wish list for this year:
1. Impian untuk khatam al-quran di negeri Sarawak tertunai juga sebelum umur 22 tahun. Setiap kali bacaan akan diniatkan untuk ketenangan UMI di sana dan kesejahteraan kesihatan abah di rumah..insyaAllah semoga niatku sampai buat mereka.
2. Dah khatam al-quran biasa, selepas ini teringin sangat nak punya tafsir al-quran sendiri, tapi x mampu nak beli..hope there’s someone can give a birthday present for me..tq..(hope so much J)
3. Untuk berubah menjadi wanita muslimah yang anggun dan bergaya tapi penuh adat ketimuran yang menjaga kesopanan, kerukunan serta auratnya. Namun masih mencari kekuatan untuk berubah, semoga allah memudahkan niatku itu.
4. insyaAllah akan tamat pengajian di UNIMAS ini sebaiknya, kerja dan dapat membantu ekonomi keluarga
5. x nak wish banyak2 nanti x tertunai..cukuplah ape yg ada kat atas tu dulu..tapi wish yang terkahir semalam da dapat awal2 dah..cakap manja2 sikit dengan abe ije..terus dapat..tq abe..love u so much..antivirus KASPERSKY tuk laptop and external hard disk..hoyehhh!!! x sabar tgu balik cuti..
sebelum tutup tirai ucapan cik ayu da hampir terlupa gara-gara melalut banyak sangat..
HAPPY BESDAY TO MY TWINS merangkap BFF gak, Farahin Azwa, yang jauh nun kat utara sana, semoga persahabatan yang terjalin antara kita kekal selamanya..x lupa buat kakak tiriku..kita bukan sahaja bersaudara malah kita juga berkongsi tarikh lahir yang sama..KUASA ALLAH siapa yang duga. Semoga persaudaaran ini lebih erat terjalin dalam rahmat dan barakahnya.
syukran atas kesudian kalian membaca luahan isi hatiku sempena hari istimewa ini..semoga kalian diberi kesihatan yang baik dan lalui hari2 yang dirahmati oleh-Nya. Wassalam..ma’assalamah..
salam kasih salam sayang salam rindu
KasehkuAyu

No comments:
Post a Comment