Mesti ada yang tengah bergembira sakan raikan kecemerlangan mereka.straight A's .alhamdulillah tahniah cik ayu ucapkan pada mereka semua. bukan senang nak capai semua itu tanpa usaha, tawakkal dan juga doa kepada Allah kan?
dan tidak kurang juga sekiranya ada yang berduka cita akan keputusan yang diperoleh..tak mengapa itu semua percaturan yang Allah tetapkan. betul tak?
jangan berduka cita, perjalanan adik2 masih panjang lagi. SPM bakal penentu masa depan kalian kelak.
hmm masih teringat cik ayu, waktu nak ambil keputusan PMR. berdebar tuhan sahaja yang tahu. tapi dalam hati yakin dengan Allah kerana sudah buat yang terbaik. skor dalam tangan 6A pasti, yang lain hanya berserah kerana tidak yakin semasa ujian. dan nyata, 6A 3B milik cik ayu, termasuk antara yang cemerlang dalam bahasa arab. hanya 2 lelaki dan 2 pelajar perempuan sahaja yang dapat A untuk subjek tersebut. alhamdulillah dapat gembirakan hati arwah ustaz yang berharap dapat A.
dan yang paling best sempat kenakan arwah umi cik ayu sebelum pulang ke rumah tunjuk result..
guna public phone telefon rumah bagitau pada umi yang cik ayu langsung tak ada A untuk mana2 subjek. terdengar suara sedih umi menjawab..katanya.."x apela ayu, nak buat macam mana x de rezeki ayu walau dah berusaha..jangan pergi mana2 dah balik rumah tunjuk pada umi result..umi tak marah pun..."
nampak betapa mulia hati seorang ibu, mungkin kecewa tapi di sembunyikan supaya anak tenang tanpa rasa sedih..apabila pulang, cik ayu serah slip, dan betapa terkejutnya rwah umi bila lihat result cik ayu.
sempat dia cubit dan cium kerana anak kesayangannya sempat mainkan dia dan buat surprise..hehe..bila kenang kembali, nak tergelak pun ada..dan itu detik paling best buat cik ayu..
jadi adik2 yang kurang berjaya, jangan bersedih buktikan pada keluarga, mak, ayah yang kalian boleh ubah semua itu kelak dalam SPM..yang mana dah berjaya cemerlang kekalkan prestasi result anda!!
sekian...

No comments:
Post a Comment