Monday, December 17, 2012

manis..oh..manis


Hai2 assalamualaikum..
Yeay malam ni ada idea lagi nak mencoret sesuatu di muka blog kasehkuayu..hehe..
Hmm..masihkah anda semua ingat, bilakah kali pertama anda mula buat minuman?? Air apakah permulaannya?? milo? teh? Atau yang paling senang, susu?? Eh air 3 in 1 nescafe ka, atau yang seangkatan tak termasuk k...hehe
Cik ayu??hmm kompem tak ingat yang mana satu dulu..sebabnya tak pernah menjadi masa kecik2 dulu..sat rasa terlebih manis sat terkurang manis, sat lagi hancur semua rasa..last2 pi mintak dengan umi wat muka kesian. Bodet cakap ape tau..’umi..umi tak nak minum air panas ke?? Sedapnya kalau dapat minum air teh umi la..”
Haha..see, begitu melampau cik ayu time sekolah dulu dengan umi..semua umi buat..tapi alhamdulillah sebelum umi meninggal sempat la belajar wat air teh tarik terbaik cara umi..hikhik..
Sekarang ni cakap ja air ape nak semua boleh..(eh cover je lebih, padahal 4 jenis je tau, teh, milo, nescafe and 3 in 1 paket) kiki..

Ok sebenarnya bukanlah nak cite pasal pro ke tidak buat air. Tapi lebih kepada gaya hidup minuman kita menjurus kepada kesihatan kita kemudian. Betul tak?? Kalau semua air minuman nak manis je, bukankah ia mengundang kepada gejala kencing manis yang sukar diubati..so baru-baru ini kan cik ayu pulang ke kampung, so setiap kali mahu buat air minuman panas untuk sarapan dan minum petang, pasti cik ayu terfikir nak letak lebih gula ataupun tidak. Kalau dah buat, erm air minuman tersebut manis ke tidak. Kalau kurang gula dan dan tawar, apa pula reaksi abah..
Uhuu..manis oh manis. Mana tidaknya, abah cik ayu seorang penghidap kencing manis, tapi tidaklah yang kronik. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, dan anak yang prihatin, maka kesihatan abah harus diutamakan dan dititikberatkan..(betul x bagi anda yang sedang membaca??)

Jadi, moral di sini, walau anda seorang penggemar air manis yang tegar, ingatlah orang yang tersayang..hehe..biar orang kata air kita ni tawar atau hangpa semua ni penjimat gula tegar, atau dalam kata mudah. “KEDEKUT!!” hihi, pedulikan. Jaga kesihatan demi umur panjang..yeay!!!

No comments:

Post a Comment