Saturday, May 10, 2014

Rumahku syurgaku

Sesetengah orang gemar berada di rumah tatkala cuti. Tidak perlu membawa diri berjalan ke mana-mana untuk tenangkan diri. Cukup sekadar rumahku ia syurga bagiku..
Mengapa??
Pertama sekali lihat suasana persekitaran dan juga dalaman rumah. Bagaimakah keadaanya? Bersih, wangi, Atau tersusunkah perabotnya dengan elok. Bagaimana pula dengan pencahayaan dan juga peredaran udara dalam rumah kita. Menyenangkan dan ceria warna kombinasi cat dan juga pemilihan langsir.
Untuk dapatkan semua yang Cik ayu sebut di atas tidak perlu belanja lebih untuk mencantikkan rumah kita. Untuk menjadikannya bagaikan rumahku syurgaku. Cukup dengan kerajinan kita dalam menghias rumah walau belanjanya sedikit. Cukup dengan kasih Sayang sesama ahli keluarga untuk menjadikan rumah tersebut rumahku syurgaku. Cukup dengan komunikasi harmoni penuh cinta antara suami isteri, ibubapa dan anak2. Pastinya apabila terhasilnya perasaan rumahku syurgaku, kita akan rasa masa 24 jam itu tidak cukup untuk bersama2 meluangkan masa dengan keluarga.
Sebagai contoh yang dapat Cik ayu beri gambaran suasana rumahku syurgaku..
Apabila Cik ayu berada di rumah abang Cik ayu,sungguh tenang, damai dan menyenangkan. Terasa ingin berlama2 di rumah ini.
Mengapa??
Kerana di sini, apabila masak, kami masak bersama yakni Cik ayu dan Kak ipar Cik ayu.
Apabila makan, kami makan bersama dengan dimulai dengan doa dari anak2. Dan pasti diselit dengan pujian masakan itu, walau lauk yang ringkas hatta daging goreng kicap sahaja, pastI abang Cik ayu memuji sedap..nampak keindahan penghargaan  Islam itu diterapkan.
Apabila masuk waktu solat, sekiranya abang tidak ke surau, pastI kami sekeluarga berjemaah, berdoa bersama2, dan usai doa, bersalam. Maka tautan kasih terjalin..kasih Sayang diresapi..

Oleh itu, mengapa dikatakan berada di rumah tidak aman. Lihat kembali suasana rumah kita, komunikasi dalam keluarga kita. In syaa Allah kita juga dapat merasa rumahku syurgaku andai kita ubah sedikit apa yang kurang, kita tambah sedikit perisa kemanisan keluarga.
Meluangkan masa di luar, bersiar2 boleh dijadikan aktivitu Santai bersama keluarga pada hujung minggu. Namun pastikan ada komunikasi dua atau 3 hala bersama anak2, suami atau isteri, maka diluar juga kita dapat merasai kebahagian rumahku syurgaku dengan melakukan aktiviti bersama.
In syaa Allah..marilah wujudkan keluarga Islam, keluarga Sakinah mawaddah warahmah..
Amiinn

No comments:

Post a Comment