cinta ibu adalah yang paling baik daripada segalanya @
jalan yang terbaik bagi membuat anak-anak menjadi baik adalah dengan membuat diri mereka bahagia..
Dalam dunia ini, cinta ibu adalah segalanya bagi semua anak-anak untuk mengecapi nikmat kebahagiaan. andai ibu pergi dari dunia ini buat selamanya, maka putuslah kasih sayang atau iringan doa mujarab bagi setiap kejayaan anak-anak. Itu kisah bagi situasi anak yang terpisah dengan ibunya dari dunia ini buat selamanya kerana ajal maut. Bagaimana pula dengan situasi anak yang terpisah dari ibunya kerana faktor manusia yang mengakibatkan si anak mengalami tekanan emosi yang merosakkan masa depannya yang masih jauh lagi untuk melangkah.
Itulah yang terjadi kepada seseorang yang tak mampu cik ayu sebutkan nama di sini, cukup sekadar untuk meluahkan pendapat dan rasa simpati kepada mereka. Agar apa yang dicatatkan di sini mampu memberi pembaca di luar sana renungi dan fikirkan.
Kisah ini ada kaitan dengan perhubungan keluarga TIRI. Bukan cik ayu nak memburukkan mana pihak kerana cik ayu sendiri dalam keluarga ada perhubungan itu sendiri. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau pada awalnya berlaku juga ketidakselesaan, namun pantas masa mengajarkan erti dewasa dan memahami situasi malah menerima keadaan sebaiknya kerana menjaga abah bagai MENATANG MINYAK YANG PENUH, yang lebih terharu menerima kaum keluarga luar yang lain sebaiknya. thanks mak..itu yang mampu dikatakan.
Baiklah kembali kepada cerita dilema anak dan ibu.
situasi berlaku sekitar dua tahun kebelakangan ini, ketika itu si anak bakal menduduki peperiksaan penting dalam hidupnya. dia seorang anak yatim, bapanya meninggal semasa dia di darjah tiga sekiranya tidak silap. so selepas kematian ayah dia membesar dan menerima kasih sayang totally dari ibu dan arwah neneknya. selepas nenek meninggal, kasih semua dari ibu. memang langsung tidak pernah berpisah jauh. boleh dikatakan anak manja. so bila ibu dia decide untuk berkahwin lagi ketika dia bakal menduduki peperiksaan, itu menjadi tamparan bagi dirinya, kerana kasih ibu bakal terbahagi dua antara ayah tiri n ibunya sendiri.
dipendekkan kisah, selepas beberapa lama tidak mendengar khabar, baru-baru ini dapat berita yang si anak di tahan wad kerana tekanan emosi, sebab ape..wallahuwa'alam.
jadi doktor nasihat agar dia dibawa ketempat yang tenang dan dijauhkan dari tempat yang boleh mendatangkan tekanan padanya. maybe dia ada masalah dengan family ayah tirinya, cik ayu sendiri tidak pasti, sekiranya bercerita lanjut boleh jadi fitnah atau umpatan. apepun ibunya mungkin dalam dilema, buat anak bahagia dan terpaksa berpisah dari keluarga baru or sebaliknya. semoga itu semua jauh dari terjadi ke atas keluarga cik ayu
but for my opinion, cik ayu rasa dia mengalami tekanan emosi mungkin dari perubahan gaya kehidupan kini, dulu dia bebas gembira dengan rakan-rakan kampung, tinggal di rumah sendiri, ada saudara mara dekat dengan rumah. but after dia berpindah ke rumah baru ayah tirinya mungkin itu semua berubah, ada perkara yang terkongkong x mampu dia lakukan. mungkin ape-ape kita boleh kata kerana bukan kita yang mengalaminya. bayangkan jiwa anak remaja yang baru nak kenal erti dunia luar tapi disekat kemahuannya lagi-lagi dia seorang lelaki. apepun cik ayu doakan dia cepat sembuh dari tekanan emosi, dia masih muda jauh lagi perjalanan dia di bumi ini. I LOVE both of u..hope ada jalan penyelesaian yang terbaik.
p/s: alhamdulillah syukur kepada Allah coz ambil Umi tika diri ini sudah cukup kuat hadapi saat perpisahan dengannya buat selamanya, walau sedih, dia mengajar diri ini tidak terlalu manja dan pandai berdikari sampai sekarang. done with kerja rumah, cuma yang tak sempat belajar, MEMASAK..x pe akan belajar dengan along..

No comments:
Post a Comment