Assalamualaikum, selamat pagi. bangun dari tidur, bsuh muka, sarapan terus online..aish teruk betul. ntah dah mandi ke belum nie...ce teka?? hehhee..
okeh pagi ni nk buka story tentang rambut. baru-baru ni masa online, terlihat gambar seseorang. Dalam hati terdetik, cantiknya rambut dia, ada perang-perangan sikit warnanya, rasa nak join sekali pergi warnakan rambut. dengan cara dia 'style'kan rambut, memang menampakkan yang dia ni pandai bergaya..cemburu cik ayu dibuatnya. mulalah diri ini duduk depan cermin solek, belek2 rambut yang tak seberapa ni, pastu mulala nak berkhayal dengan perkataan...
"kalau la rambut aku cantik bergelombang di hujung macam rambut ayu raudhah dalam cite GEMERSIK KALBU..."
"tak pun rambut pendek ala-ala ADIRA..." (not hafiz yg kat tepi tu)
tapi dalam duk berkhayal pasal rambut, namun suara hati berbisik..
"bukankah rambut itu mahkota wanita, mengapakah kau idamkan untuk menayangkan rambutmu yang termasuk dalam penjagaan auratmu??mengapa kau tidak idamkan gaya pemakaian muslimah yang sejati, yang menutupi seluruh auratnya dari pandangan MUSLIM yang bukan mahrammu. bukankah itu yang sebaiknya??
astaghfirullahala'zim..
dan niat itu terus bertukar..kenapa aku harus lalai dalam menitikberatkan tentang aurat dalam gaya pemakaian atau berfesyen..masyaAllah..ampunkan dosaku ya Allah..akan ku jaga mahkota rambutku ini hanya untuk tatapan bakal suamiku sahaja satu hari nanti yang telah kau tetapkan.
nak share something jumpa dari blog islam itu indah dan mudahSurat An-Nuur 31"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; Dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang), Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan"
tapi sebenarnya, tentang kecantikan rambut ini bukanlah cik ayu inginkan sangat, ape yang cik ayu idamkan selama ini adalah, ingin berjilbab yang sempurna yang beri keselesaan pada diri. alangkah cantik kalu berjubah, dengan selendang atau bertudung dengan cara yang baik. sekarang ni pun dekat pasaran banyak sudah penjualan jubah yang bermacam fesyen, cuma mampu atau tidak untuk kita beli..betul x??
hope one day mampu beli satu jubah dengan duit sendiri...teringin sangat nak pakai..
tapi kan yang ayu perasan ada jenis jubah yang dijual tetap nampak bentuk tubuh,,kenapa yer??bila sesuatu yang sempurna tradisi dimodenkan mengikut trend semasa..hmm fikir-fikirkan...
p/s: bila semakin dewasa ni, pakai baju yg kecik sikit ke, baju x longgar or labuh dari punggung mula rasa x selesa dan serba tak kena..macam pakai baju adik2..tapi bila berbaju kurung..selesanya nak berjalan..hmm perlu cari baju lain agaknya or asingkan baju yang mana da x sesuai untuk dipakai..wallahuwa'lam..


No comments:
Post a Comment