Wednesday, November 14, 2012

CUTI SEKOLAH sudah tiba!!!

Assalamualaikum...
ketika cik ayu tengah menaip entry ini jam menunjukkan angka 11.18 PM..
tapi nak tahu tak apa yang anak buah cik ayu, NAJWAN tengah buat??
dia tengah layan astro chanel DISNEY JUNIOR!!!
see..inilah fenomena cuti sekolah.


mereka betul-betul guna kesempatan cuti ni dengan sebaik-baiknya.
tahu tak satu hari ini dia duduk dengan cik ayu, buka chanel nie, walau cerita dia dah berulang beberapa kali, dia tak kisah!!
dilema betul cik ayu dibuatnya bila tak dapat nak buka chanel lain kat astro ni!!
grrrr...sabar jelah.


so..ape cerita kalian yang punya anak buah ataupun adik yang masih bersekolah..
apa aktiviti yang kalian rancangkan??

haa cik ayu ada beberapa cadangan!!

apa kata adik-adik sekalian penuhkan aktiviti dengan membaca. cuba ajak ibubapa ke perpustakaan negeri ke, pinjam buku di sana, tidak pun beli buku buku cerita dan baca, atau, buat sistem barter dengan kawan2 yang ada banyak buku cerita. pun bolehkan??nak yang lagi murah!! apa kata adik-adik mulakan baca sedikit buku teks yang adik2 dah dapat untuk sekolah tahun depan. kan lagi bagus sudah dapat bayangan apa yang bakal adik tempuh..menarik kan??

cadangan seterusnya, apa kata ajak ibubapa adik2 bercuti ke tempat2 menarik di malaysia. kalau boleh biarlah tempat2 itu yang bersejarah dan menarik yang bagus untuk merangsang minda adik2 berfikir kebesaran Allah.

erm lagi satu time cuti sekolah ni lah adik2 berkesempatan nak buat baik dengan ibu bapa. apa kata adik2 tolong mereka buat kerja rumah. best kan?? jangan jadi macam pooh kat bawah ni..tido je kerja, tak produktif langsung..hehehe..
haa lagi satu pesan  cik ayu jangan duk terlebih tonton tv macam anak2 buah cik ayu semua tuh..please2
do something yang berguna dan ibubapa adik2 senang hati sepanjang cuti sekolah ini yerr...
bye2 semua!!!



Salam Awal Muharam!!

assalamualaikum..
salam Awal muharam buat semua rakan-rakan blog yang dikenali dan juga tidak dikenali
Alhamdulillah tahun baru hijrah kalendar Islam kembali menjengah kita esok hari. seperti biasa pasti akan ada yang memasang niat yang baru untuk berhijrah ke satu fasa yang baru dan lebih baik. tetapi sebelum itu marilah sama-sama kita muhasabah diri, samaada niat hijrah ataupun niat perubahan yang dirangka tahun lepas, sudah tertunai, hampir tertunai ataupun masih ada yang bertangguh. 
maka renungkan sendiri.

hampir sahaja tadi terlupa untuk membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun hijrah, sekiranya tidak membuka saluran oasis ataupun tv alhijrah. maka, saya dengan rendah diri nak ucapkan terima kasih kepada stesen tv tersebut. iyalah kalau hari-hari buka siaran yang tiada bersangkutan dengan agama, maka lalai dan leka, serta ketinggalanlah kita dengan isu semasa dan perkara yang penting dalam kalendar islam.

jadi cik ayu nak kongsikan doa yang dah dibaca tadi..rasanya semua dah tahu n ada yang hafal..alhamdulillah..

alhamdulillah setelah beberapa jam menjengah tahun baru islam, tadi dah ada yang bertanya apakah azam baru cik ayu??
terfikir sejenak, apakah yang terlintas dan terdetik di hati akan azam baru??
rasanya azam yang sebelum ini pun masih belum tertunai dah goyah. dan takut apabila ia diutarakan hanyalah kata-kata semata-mata tanpa diikuti dengan perbuatan yang tetap.

baiklah pertamanya..
mestilah tentang solatku..saya bukanlah manusia yang sempurna, yang tak lari dari lagha dan malas.
semoga tahun ini tiada lagi solat yang ditinggalkan secara sengaja kerana kesibukan kerja. sesibuk mana pun harus solat diutamakan. 

kedua..
saya adalah wanita muslimah!! tetapi muslimahkah saya dari segi aurat yang ditutup??
walaupun saya menutup aurat dihadapan lelaki bukan muhrim dengan saya, kadang-kadang saya tetap terlepas pandang tentang hal kecil pemakaian saya. 

ketiga
saya harus kawal sikap amarah yang makin bermaharajalela dalam diri. sekecil2 zarah kesilapan orang pun saya mahu melenting. maka saya harus buang sikap negatif tersebut dan mulakan bersangka baik dengan sesama hamba Allah. senang bercakap, untuk melaksanakannya saya harus tetap istiqamah.

keempat
tidak perlua untuk tulis banyak azam dan niat hati, cukuplah sekiranya saya dapat tunaikan impian tiga di atas, dekati Allah, pasti Allah akan dekat denganmu wahai HIDAYU.
jangan lupa selalu tuturkan ayat-ayat cinta Allah. jangan sekadar pandang buat perhiasan kalam Allah itu.
pegang ia, baca ia, kasihi ia, cium ia, jadikan ia temanmu susah dan senang.

wallahuwa'alam.

Tuesday, November 13, 2012

Anak buah saya punya kerenah!!

Assalamualaikum semua!!
Happy deepavali !!!

Alhamdulillah planning kami untuk sambut besday anak buah, SAHIRA yang dah tertunda akhirnya menjadi.
so kami semua bertemu di restoran ANTAN BATURA, dekat tasik Shah Alam.
tapi buat pengetahuan semua, restoran ni dah tukar nama kalu x silaplah. terlupa plak nak take note nama ape..hehe

oraitz..kembali ke cerita asal tentang anak buah cik ayu yang comel2 belaka tuh..
masa kitorang tengah syok makan2 lauk yang sodap2 seperti. ikan siakap 3 rasa, nasi ayam penyet n also chicken chop, tanpa mempedulikan mereka yang tengah ralit duk tengok bot sewa kat tasik serta burung2 terbang melayang atas sana..
rupa-rupanya si najmi terbuat something tanpa sedar..hikhik..
tapi sebelum cik ayu bagitau ape benda..hope anda yang tengah baca x dak duk makan2 lah sekarang ekh..kang ada yang tak lalu makan..hehe..

ok..sambung balik cerita..so after cik ayu kenyang nak bangun pergi basuh tangan, tiba2 si najmi panggil ciksu!! ok itu sayalah yer..

"ciksu..tengok tu.."

cik ayu pun tengoklah ape yang dia tunjuk..erk!! apekah itu??
seperti..seperti...eh tak kanlah burung yang membuangnya??
sebesar alam plak bendanya..
dan tak kan jugak kek besday yang kitorang makan td coz dah masuk dalam kotak..
terus terdetik dalam hati, eh tak kan adik berak kot!!!
cik ayu terus berpaling tanya kakak ipar..samada si najmi dah tak pakai pampers..apelagi semua yang tengah makan terkejutlah sambil tergelak..

sah2 najmi belum lepas pampers..rupanya dia terlebih aktif kat restoran, so pampers dia dah x duduk betul..itu yang terkeluar..habis pelanggan yang berdekatan tengok kitorang semua..paelagi kami2 cover buat bodoh ajelah.. nasib abe ije ayah yang bertanggungjawab, terus cari plastik bersihkan tempat n najmi..
haha kalu cik ayu yang kena dekat situasi tu..confirm tak tau nak buat ape..ape yang mampu pi cari tisu je untuk abe settle 'benda' itu..haha

see..memang kau tak layak lagi la nak kawin wahai cik ayu..perkara macam tu pun kau dah blurr
dah la sekarang ni emo dah terlebih2, garangnya masyaAllah, tuhan ajelah yang tahu, dengan kepantasan cubit dia..kesian si kyra n sahira menerima cubitan pantas setiap malam sampai berbekas seluruh badan!!
sory yer anak2 buahku sekalian!!!





Sunday, November 11, 2012

Trip to CAMERON #3

eh, sekejap, rasanya dari tadi bercerita rombongan tabika ke CAMERON ni,
tentu anda tertanya siapa budak tabika yang cik ayu join kan??

actly rombongan cuti-cuti ini untuk anak buah cik ayu yang bernama, KYRA 
dia yang bersekolah di tabika KEMAS Nurul Ehsan.
kebetulan cik ayu cuti baru habis program, tu yang ikut program dia, 
sambil jadi phorographer untuk dia.
haa..dah jelas kan??
so meh nak sambung story aktiviti kami lagi..

Kali ini cerita di dewan pula..
petang tu ada aktiviti penyampaian hadiah cemerlang untuk kanak2 tabika Puchong dan juga sambutan hari jadi kanak-kanak. selain itu ada aktiviti cabutan bertuah. huh!! nasib jugak badan ni bertuah, dapat hadiah selimut. jadilah buat selimut badan malamnya yang sejuk. hehe

oraitz..cik ayu nak kongsikan gambar2 kyra sepanjang program di dewan itu..

 haa..inilah anak buah cik ayu yang bernama, KYRA..please note yang pakai baju ungu pink with her peace yang tak berapa menjadi..KYRA ni obses dengan kamera, nampak je kamera terus pose (tapi bila bad mood memang tak layan la..yes!!!)
oh terlupa kawan kat sebelah dia namanya..erm..erm..
(garu kepala jap..manja kot tak pun baby..nama timangan mak dia bagi..tapi nama sebonar eh ado tengku depannya..orang bosar kot..hihi)

 haa!! see i told u alls already..hidup je peace no war dia tu bila kamera hadir..hikhik..
ok ini waktu sesi nak potong kek..memang giler kek budak ni..suka hati mengaku itu besday dia..padahal besday bulan januari kot..see!! mereka berempat orang yang terawal sekali sampai..eh tak malu punya budak!!

 haa peace no camera dari mereka berdua!!
haha..x layan snap je..tapi..sory adik2 kat belakang cik ayu x berapa mesra alam amik gambar mereka berdua je..haha kejam!!
eh jap korang perasan tak KYRA yang berdiri betul2 depan kek, macamlah kek besday dia!!
adik..adik..memang banyak perah santan..hikhik,,apepun depa memang enjoy aktiviti petang tu, 
dan semua student dapat hadiah..itu yang syok!!1

 again!! ini buktinya adik dah kuasai kek!!
macam dia punya besday n kawan2 sekeliling tolong sambut..hahha..
eh kawan2 kyra macam ada yang dah mengantuk??
ke boikot x dapat berdiri depan kek??
hehe..
anyway..HAPPY BIRTHDAY to anyone girls or boys yang sambut besday on that day..
masa untuk tiup lilin & make a wish for them!!
cik ayu berharap mereka semua membesar dengan baik, jadi bijak dan pintar sehingga ke sekolah menengah dan menuju ke universiti sama seperti cik ayu,
tapi ape yang lebih utama, anak buah cik ayu membesar dalam dunia islam yang baik, didikan agama yang baik, dan menjadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga serta islam..
insyaAllah..
LOVE U ALWAYS KYRA!!!


CIK AYU with ALONG and KYRA,
also photographer, SAHIRA ank buah sulungku...

*****
bersambung ke entry bersiar2 sepanjang hari ke-2

Trip to CAMERON #2

Hai..hai..bersua kembali dalam update #2 trip to CAMERON!!!

Setelah sampai dan menjejakkan kaki di bumi CAMERON HIGHLANDS yang amat-amat sejuk setelah hujan sebelumnya..
kami pun dibahagikan apartment mengikut senarai yang sudah diberikan.
tapi..tapi berlaku sedikit kekecohan di pihak anggota rumah kami.
KENAPA??
meh nak cerita..
dah semua kelihatan dan pening2 lalat, cikgu pun beri sahajalah kunci rumah kepad ketua setiap apartment,
mula-mula kata rumah kami di blok C3, so kami bergerak ke sana siap naik tingkat 1, lepas tu tetiba kata salah, turun naik ke blok depan, katanya pihak pengurusan. dah naik ke tingkat 3 blok depannya, cari nombor rumah tak jumpa2..eh siapa yang salah??
depa ni try cucuk2 mangga pintu dengan kunci yang ada..
kompem tak jadi coz kunci tak kena dengan rumahnya!!!
last2 kami turun balik jumpa cikgu, tau dia kata apa??
maaf puan2 rumah anda semua nun di blok seberang sana!! 

ape??
(maka terjeritlah cik ayu!! bukan ape, penat angkat barang tak hilang, 
kena pi seberang jalan apartment kami di tingkat paling atas sekali!!!)
actly barang cik ayu tak banyak, tapi cik ayu anda yang bambam ni baik hati tolonglah angkat beg bagasi kawannya along yang sakit, muntah2 dalam bas tadi. 
mana tidaknya dah macam nenek si bongkok tiga dah jalannya..hikhik
eh2 tak baik gelakkan orang, kurang pahala tolong..

yeay!!dah sampai apartment untuk kami menginap!!
luas dan selesa, yang paling syok rumah melayu.
so no more ragu2 nak guna barang dalam rumah itu.
pukul 4 sharp kami jejak kaki dalam rumah, then dapat mesej dari cikgu suh siap 4.30 petang dah nak bergerak ke dewan,
so sebelum apa2, kami solat jamak dahulu, takut terlepas waktu...

*******
bersambung cerita di dewan pula yer nanti...

Trip to CAMERON with kanak-kanak TABIKA Nurul Ehsan

Assalamualaikum semua!!!!
Alhamdulillah malam ini cik ayu ada ruang masa untuk hidupkan kembali suasana suram sepi blog kasehkuayu ini. almaklum pemiliknya kan busywoman lately ni..

oraitz! oraitz!
seminggu lepas...jeng..jeng..
haha, macamlah cerita ini suspen kan??sedangkan tajuk sudah menyatakan hasrat cerita sebenarnya diriku.
Tanggal 3 November lepas cik ayu bersama 3 rombongan bas kanak-kanak tabika Nurul Ehsan dan juga tabika di area Puchong selangor berangkat ke CAMERON HIGHLANDS. (oh bagaikan ayat karangan SPM sahaja..)
sabtu pagi tu rancangnya nak bertolak jam 9 pagi, tetapi disebabkan kelewatan 2 bas lagi dari Puchong sana, maka rombongan kanak-kanak TABIKA kami tertunda ke jam 10 lebih. so lebih kurang nak dekat jam 11 barulah kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi percutian yang dinanti-nantikan..tapi sebelum itu...macam biasa, kami bergambarlah!!!

 ok itu abang kan..kan..saya tak kenal..tiba2 interframe!! 
tak ape cikayu yang bambam ini maafkan..eh!! hehe


oh..sebelum itu, kenalkan diri saya, cik ayu bagi yang belum mengenali diri ini yang kini telah semakin bambam..hehe..eh ada sorang makcik cakap saya macam..macam..
'make-up artis uuu' mementang I bawak beg kamera!!!
esoknya terus x bawak masa jalan2..haha

oraitz..oraitz..
sambung cerita..hehe

masa sejam pertama perjalanan, geng rombongan yang terdiri dari kalangan ibubapa budak2 tadika ini masih kelihatan O.K jer..
kami berhenti sekejap dekat R&R mana ntah lupa plak nak catat dalam diari (poyo je bawak buku cik ayu)
coz ada yang nak buang air kecil dan besar..
konon nak berhenti 10 minit!! tapi terlebih-lebih plak masa!!
aduyai iyer fun..driver bas kitorang siap pegi makan lagi dengan beberapa orang dewasa lelaki..
hai sabar jelah, dahlah dalam bas x leh makan kerana dilarang!!
punyalah kami ini taat setia mendengar kata..hari esoknya HARAM!!!

setelah beberapa puluh minit tertunda, 
maka kami pun memulakan kembali perjalanan.
pada asalnya kami plan lalu simpang pulai kalu tak silap,
tetapi..itu driver tukar lalaun ikut TAPAH!!
bagi cik ayu OK jer..coz tak tahu laluan dia bagaimana..
follow jelah, tapi rupanya!!
jalan dia berbengkang bengkok, sepanjang laluan ada sahaja papan tanda,
AWAS!! TANAH RUNTUH DIHADAPAN!
hoi, berdebar lah diri ini melihat jalan nauzubillah,
mengucap dan ingat Allah jelah.
dalam hati berdoa semoga perjalanan kami selamat hendaknya.

tapi..tapi ada orang yang tak selamat!!
haha kawan along cik ayu bila bas kami dah lalu jalan bersimpang, belok sana belok sini,
gunung ganang dan gaung kat bawah sana, dia dah mula pening..
maka setengah jam di laluan TAPAH, dalam bas tu dah berbagai karenah timbul,
budak muntah, mak budak pun muntah, situ angin sini angin..
bau minyak ANGIN!! jangan katalah semerbak baunya...
CIK AYU???
eh tentulah ok (konon cakap besar)
memang ok tapi dekat nak sampai tak ok juga, tak tahan bau minyak angin yang maha kuat
PENING CIK AYU BILANG!!!

Tapi yang best laluan tapah ni, korang boleh tengok pemandangan yang cantik, dan semestinya sebelum sampai, KALIAN akan disajikan dengan tempat yang menarik, iaitu LATA ISKANDAR..
BUT SORY TO SAY
kami tak sempat singgah di situ, coz kesuntukan masa, hope next time boleh datang lagi..
gambar dekat bawah ni copy from en google je..tq en. google sayang!!!


lebih kurang jam 3.30 petang kami tiba di cameron highlands!!
seronok tak terkata, coz dapat tengok kehijauan ladang teh, kesejukan tempat, 
pemandangan dia, subhanllah cantik!!!
sempat ambil gambar rumah-rumah yang cantik dibina atas bukit dan juga berhampiran ladang teh..
macam gambar dekat bawah ni, ambil dari dalam bas tau!!

terasa macam nak ada sebuah rumah sendiri je macam ni..
tau tak kelebihan orang  yang duduk di cameron??
diorang siang or malam tak perlu pakai kipas mahupun air-cond macam kita yang kat bandar KL ni..
sejuk dia 4x ganda dari sejuknya air-cond..
haa jimat kan??
air yang kami letak dekat ruang tamu rumah apartment pun boleh sejuk..
jimat2..so ape lagi jomlah ke cameron, tinggal sana terus pun boleh..hehe..