Assalamualaikum...
ketika cik ayu tengah menaip entry ini jam menunjukkan angka 11.18 PM..
tapi nak tahu tak apa yang anak buah cik ayu, NAJWAN tengah buat??
dia tengah layan astro chanel DISNEY JUNIOR!!!
see..inilah fenomena cuti sekolah.
mereka betul-betul guna kesempatan cuti ni dengan sebaik-baiknya.
tahu tak satu hari ini dia duduk dengan cik ayu, buka chanel nie, walau cerita dia dah berulang beberapa kali, dia tak kisah!!
dilema betul cik ayu dibuatnya bila tak dapat nak buka chanel lain kat astro ni!!
grrrr...sabar jelah.
so..ape cerita kalian yang punya anak buah ataupun adik yang masih bersekolah..
apa aktiviti yang kalian rancangkan??
haa cik ayu ada beberapa cadangan!!
apa kata adik-adik sekalian penuhkan aktiviti dengan membaca. cuba ajak ibubapa ke perpustakaan negeri ke, pinjam buku di sana, tidak pun beli buku buku cerita dan baca, atau, buat sistem barter dengan kawan2 yang ada banyak buku cerita. pun bolehkan??nak yang lagi murah!! apa kata adik-adik mulakan baca sedikit buku teks yang adik2 dah dapat untuk sekolah tahun depan. kan lagi bagus sudah dapat bayangan apa yang bakal adik tempuh..menarik kan??
cadangan seterusnya, apa kata ajak ibubapa adik2 bercuti ke tempat2 menarik di malaysia. kalau boleh biarlah tempat2 itu yang bersejarah dan menarik yang bagus untuk merangsang minda adik2 berfikir kebesaran Allah.
erm lagi satu time cuti sekolah ni lah adik2 berkesempatan nak buat baik dengan ibu bapa. apa kata adik2 tolong mereka buat kerja rumah. best kan?? jangan jadi macam pooh kat bawah ni..tido je kerja, tak produktif langsung..hehehe..
haa lagi satu pesan cik ayu jangan duk terlebih tonton tv macam anak2 buah cik ayu semua tuh..please2
do something yang berguna dan ibubapa adik2 senang hati sepanjang cuti sekolah ini yerr...
bye2 semua!!!

No comments:
Post a Comment