assalamualaikum..
salam Awal muharam buat semua rakan-rakan blog yang dikenali dan juga tidak dikenali
Alhamdulillah tahun baru hijrah kalendar Islam kembali menjengah kita esok hari. seperti biasa pasti akan ada yang memasang niat yang baru untuk berhijrah ke satu fasa yang baru dan lebih baik. tetapi sebelum itu marilah sama-sama kita muhasabah diri, samaada niat hijrah ataupun niat perubahan yang dirangka tahun lepas, sudah tertunai, hampir tertunai ataupun masih ada yang bertangguh.
maka renungkan sendiri.
hampir sahaja tadi terlupa untuk membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun hijrah, sekiranya tidak membuka saluran oasis ataupun tv alhijrah. maka, saya dengan rendah diri nak ucapkan terima kasih kepada stesen tv tersebut. iyalah kalau hari-hari buka siaran yang tiada bersangkutan dengan agama, maka lalai dan leka, serta ketinggalanlah kita dengan isu semasa dan perkara yang penting dalam kalendar islam.
jadi cik ayu nak kongsikan doa yang dah dibaca tadi..rasanya semua dah tahu n ada yang hafal..alhamdulillah..
alhamdulillah setelah beberapa jam menjengah tahun baru islam, tadi dah ada yang bertanya apakah azam baru cik ayu??
terfikir sejenak, apakah yang terlintas dan terdetik di hati akan azam baru??
rasanya azam yang sebelum ini pun masih belum tertunai dah goyah. dan takut apabila ia diutarakan hanyalah kata-kata semata-mata tanpa diikuti dengan perbuatan yang tetap.
baiklah pertamanya..
mestilah tentang solatku..saya bukanlah manusia yang sempurna, yang tak lari dari lagha dan malas.
semoga tahun ini tiada lagi solat yang ditinggalkan secara sengaja kerana kesibukan kerja. sesibuk mana pun harus solat diutamakan.
kedua..
saya adalah wanita muslimah!! tetapi muslimahkah saya dari segi aurat yang ditutup??
walaupun saya menutup aurat dihadapan lelaki bukan muhrim dengan saya, kadang-kadang saya tetap terlepas pandang tentang hal kecil pemakaian saya.
ketiga
saya harus kawal sikap amarah yang makin bermaharajalela dalam diri. sekecil2 zarah kesilapan orang pun saya mahu melenting. maka saya harus buang sikap negatif tersebut dan mulakan bersangka baik dengan sesama hamba Allah. senang bercakap, untuk melaksanakannya saya harus tetap istiqamah.
keempat
tidak perlua untuk tulis banyak azam dan niat hati, cukuplah sekiranya saya dapat tunaikan impian tiga di atas, dekati Allah, pasti Allah akan dekat denganmu wahai HIDAYU.
jangan lupa selalu tuturkan ayat-ayat cinta Allah. jangan sekadar pandang buat perhiasan kalam Allah itu.
pegang ia, baca ia, kasihi ia, cium ia, jadikan ia temanmu susah dan senang.
wallahuwa'alam.



No comments:
Post a Comment