Sunday, November 11, 2012

Trip to CAMERON with kanak-kanak TABIKA Nurul Ehsan

Assalamualaikum semua!!!!
Alhamdulillah malam ini cik ayu ada ruang masa untuk hidupkan kembali suasana suram sepi blog kasehkuayu ini. almaklum pemiliknya kan busywoman lately ni..

oraitz! oraitz!
seminggu lepas...jeng..jeng..
haha, macamlah cerita ini suspen kan??sedangkan tajuk sudah menyatakan hasrat cerita sebenarnya diriku.
Tanggal 3 November lepas cik ayu bersama 3 rombongan bas kanak-kanak tabika Nurul Ehsan dan juga tabika di area Puchong selangor berangkat ke CAMERON HIGHLANDS. (oh bagaikan ayat karangan SPM sahaja..)
sabtu pagi tu rancangnya nak bertolak jam 9 pagi, tetapi disebabkan kelewatan 2 bas lagi dari Puchong sana, maka rombongan kanak-kanak TABIKA kami tertunda ke jam 10 lebih. so lebih kurang nak dekat jam 11 barulah kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi percutian yang dinanti-nantikan..tapi sebelum itu...macam biasa, kami bergambarlah!!!

 ok itu abang kan..kan..saya tak kenal..tiba2 interframe!! 
tak ape cikayu yang bambam ini maafkan..eh!! hehe


oh..sebelum itu, kenalkan diri saya, cik ayu bagi yang belum mengenali diri ini yang kini telah semakin bambam..hehe..eh ada sorang makcik cakap saya macam..macam..
'make-up artis uuu' mementang I bawak beg kamera!!!
esoknya terus x bawak masa jalan2..haha

oraitz..oraitz..
sambung cerita..hehe

masa sejam pertama perjalanan, geng rombongan yang terdiri dari kalangan ibubapa budak2 tadika ini masih kelihatan O.K jer..
kami berhenti sekejap dekat R&R mana ntah lupa plak nak catat dalam diari (poyo je bawak buku cik ayu)
coz ada yang nak buang air kecil dan besar..
konon nak berhenti 10 minit!! tapi terlebih-lebih plak masa!!
aduyai iyer fun..driver bas kitorang siap pegi makan lagi dengan beberapa orang dewasa lelaki..
hai sabar jelah, dahlah dalam bas x leh makan kerana dilarang!!
punyalah kami ini taat setia mendengar kata..hari esoknya HARAM!!!

setelah beberapa puluh minit tertunda, 
maka kami pun memulakan kembali perjalanan.
pada asalnya kami plan lalu simpang pulai kalu tak silap,
tetapi..itu driver tukar lalaun ikut TAPAH!!
bagi cik ayu OK jer..coz tak tahu laluan dia bagaimana..
follow jelah, tapi rupanya!!
jalan dia berbengkang bengkok, sepanjang laluan ada sahaja papan tanda,
AWAS!! TANAH RUNTUH DIHADAPAN!
hoi, berdebar lah diri ini melihat jalan nauzubillah,
mengucap dan ingat Allah jelah.
dalam hati berdoa semoga perjalanan kami selamat hendaknya.

tapi..tapi ada orang yang tak selamat!!
haha kawan along cik ayu bila bas kami dah lalu jalan bersimpang, belok sana belok sini,
gunung ganang dan gaung kat bawah sana, dia dah mula pening..
maka setengah jam di laluan TAPAH, dalam bas tu dah berbagai karenah timbul,
budak muntah, mak budak pun muntah, situ angin sini angin..
bau minyak ANGIN!! jangan katalah semerbak baunya...
CIK AYU???
eh tentulah ok (konon cakap besar)
memang ok tapi dekat nak sampai tak ok juga, tak tahan bau minyak angin yang maha kuat
PENING CIK AYU BILANG!!!

Tapi yang best laluan tapah ni, korang boleh tengok pemandangan yang cantik, dan semestinya sebelum sampai, KALIAN akan disajikan dengan tempat yang menarik, iaitu LATA ISKANDAR..
BUT SORY TO SAY
kami tak sempat singgah di situ, coz kesuntukan masa, hope next time boleh datang lagi..
gambar dekat bawah ni copy from en google je..tq en. google sayang!!!


lebih kurang jam 3.30 petang kami tiba di cameron highlands!!
seronok tak terkata, coz dapat tengok kehijauan ladang teh, kesejukan tempat, 
pemandangan dia, subhanllah cantik!!!
sempat ambil gambar rumah-rumah yang cantik dibina atas bukit dan juga berhampiran ladang teh..
macam gambar dekat bawah ni, ambil dari dalam bas tau!!

terasa macam nak ada sebuah rumah sendiri je macam ni..
tau tak kelebihan orang  yang duduk di cameron??
diorang siang or malam tak perlu pakai kipas mahupun air-cond macam kita yang kat bandar KL ni..
sejuk dia 4x ganda dari sejuknya air-cond..
haa jimat kan??
air yang kami letak dekat ruang tamu rumah apartment pun boleh sejuk..
jimat2..so ape lagi jomlah ke cameron, tinggal sana terus pun boleh..hehe..

No comments:

Post a Comment