Wednesday, December 26, 2012

Istanbul aku yang tak berapa nak datang..


Haloo haa..
eh tiba2 jadi rajin lagi nak update story d’ mory. 
Actually cik ayu baru je habis tengok filem Istanbul aku datang di lappy kesayangan tuh..
aduh malu pulak rasanya, mana tidaknya orang lain dah berzaman tengok malah sudah pun beralih arah ke cerita lain, cik ayu baru terhegeh-hegeh nonton itupun yang di download..tutup muka buku cepat2..hehe..eh x pe asal halal bukan support cetak berompak. Ok? 
Eh, cop2 tiba2 terasa gaya penulisan terpengaruh dengan gaya gedik dian dalam cerita tu plak..eh!! sory2, jangan gedik2 nanti ada yang menyampah..hahaha

Ok..honestly cerita Istanbul aku datang, memang sangat2 best!! But…only for the view of background in istanbul..siyes cantik sangat2!! Macam nak melangkah pergi sana je duduk lama2 lagi2 dengan orang yang tersayang…boleh??? Ok stop berangan mat jenin plak!
Tapi ada certain scene yang tak berapa cik ayu berkenan, pergaulan dalam cerita tu..yes I admit cerita tu ada gaya2 omputeh memandangkan ia di lakonkan di luar Negara..tapi tak kan la scene peluk memeluk itu harus ada selalu, sampai macam nak cium2 plak..erk termalu tiba2 bila kyra syok plak tengok scene gitu..tapi masih terkawal la cara lakon tu tak over..Huh kalau kyra memang suka la bab cintan cintun lakon camtu..err..i malu tau!!hehehe
So those yang tak tengok lagi bolehla cari cite ni diinternet untuk di download..hehe..
Apepun cite ni bolehlah dapat 4 bintang coz mereka yang lakonkan watak dengan baik accept si aizat yang agak kaku sedikit..hehe..tapi tempat dan pemandangan di Istanbul memang d best!!!
dan yang paling menarik cik ayu suka watak dian, happy go lucky..cute mute dengan rambut dia gitu..dan yang paling best cara dia menaip entry dekat blog bersahaja je..erk mana nak tiru gaya blog dia tu??haha macam budak2 je cik ayu ni..
daa semua..C.A



AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS!!


Haloo haa..
aish lama betul cik ayu x update blog sejak ia bertukar wajah.
maaflah terlampau busy yang dibuat2..eh ada ke macam tu??haha
Ok hari ni cik ayu dah kembali bermalam di rumah along dekat USJ ni..huh macam dah tsunami gayanya rumah ni, bila cik ayu kembali ke sini..
mana idaknya, cik ayu dan si anak2 buah suka bergaduh..dan hari ini tercetus lagi perang cik ayu dengan anak buahku, KYRA..
Ceritanya..erk..mana pulak pucuk pangkal ye nak mula..haaa..alkisahnya cik ayu ada la jemur baju yang  masih lembap dalam bilik ni, nak elak tikar getah basah amik la bakul dia yang berisi mainan doctor-doktore dia itu sebagai alas air turun..hehe..kejam kan??
Maka basahlah bakul dia dengan air basuhan itu…ups sory memang disengajakan untuk budak itu..hahaha..menjerit marah dia pada cik ayu..
lepas tu mengamuk satu rumahlah si kyra siap cakap..
”ciksu jahat, ciksu *****..”
“dahlah adik x nak duduk bilik ni lagi..biar adik pindah bilik!!”
“x nak dah masuk bilik ini”
Erk tercengang cik ayu bila dia cakap macam tu, nasib baik tak tercakap biar adik pindah rumah!! Hehe..cuak sekejap.
lepas tu mula lah dia kemas barang dia ketung berketang bunyinya..haha
alah ape sangat, setakat amik buku conteng dia yang satu rak pindah masuk bilik mama dia..habis bersepah bilik mama dia..ayok, tak tahu ciksu x masuk campur..kiki..
tapi merajuk budak ni x lama, sekejap je, bila dengar ada cite best lam bilik terus masuk bilik dengan muka x malu..kiki..see merajuk budak2 sekejap je

haa..inilah jadinya bila pindah memindah..yeay dah kosong rak ini!!

 aduh sentap sungguh budak ni gurau dengan cik ayu, tapi bila usik kyra, teringat pula cerita zaman kecik2 cik ayu dulu. Bagai anjing dengan kucing dengan sis atin cik ayu. Pantang duk dekat ada je nak gaduh. Siap gaduh bagai halau keluar dari bilik. Semua baju, barang2 peribadi, buku and whatsoever semua tercampak keluar dari bilik..gedegang!!! pintu berbunyi kalau kami gaduh. Yang kelakar, bakul sampah yang cik ayu beli, boleh plak dia claim yang dia punya x bagi keluar dari bilik..hadoi!! tolongla..tong sampah aku kau nak rembat acik..hehe..memang lawak ah..
haa itu pasal  gaduh hak bilik, kalau bab sekolah yang paling sakit hati!
Dia dapat izin bawak motor, tapi punya jahat sis atin dulu2, pergi sekolah ok lagi bonceng adik dia yang cute ni, greng..greng..buyni enjin motor..tapi bila tang balik dari sekolah sanggup dia bonceng kawan dia dari bawak adik dia,,haa itu paling menyayat hati duk sadis hari2 dengan arwah umi..huhu..terpaksa la balik sekolah jalan kaki hari2..kedekut!!

Tapi..hari ini..hehe..alhamdulillah hubungan kitorang kaw2 baik punya..siap rindu rinduan bila x jumpa..hehe lebih2 plak..bila jumpa adalah salah seorang yang jadi mangsa tuk belanja..bab duit tak berkira sangat..kalu dulu harem!! Maka kesimpulan di sini, air dicincang tak akan putus!! Cewah..
daa..C.A


Wednesday, December 19, 2012

result PMR dah keluar!!

Eh bukankah hari ini result PMR buat adik2 yang mendudukinya tahun ini sudah keluar??
Mesti ada yang tengah bergembira sakan raikan kecemerlangan mereka.straight A's .alhamdulillah tahniah cik ayu ucapkan pada mereka semua. bukan senang nak capai semua itu tanpa usaha, tawakkal dan juga doa kepada Allah kan?
dan tidak kurang juga sekiranya ada yang berduka cita akan keputusan yang diperoleh..tak mengapa itu semua percaturan yang Allah tetapkan. betul tak?
jangan berduka cita, perjalanan adik2 masih panjang lagi. SPM bakal penentu masa depan kalian kelak.

hmm masih teringat cik ayu, waktu nak ambil keputusan PMR. berdebar tuhan sahaja yang tahu. tapi dalam hati yakin dengan Allah kerana sudah buat yang terbaik. skor dalam tangan 6A pasti, yang lain hanya berserah kerana tidak yakin semasa ujian. dan nyata, 6A 3B milik cik ayu, termasuk antara yang cemerlang dalam bahasa arab. hanya 2 lelaki dan 2 pelajar perempuan sahaja yang dapat A untuk subjek tersebut. alhamdulillah dapat gembirakan hati arwah ustaz yang berharap dapat A.

dan yang paling best sempat kenakan arwah umi cik ayu sebelum pulang ke rumah tunjuk result..
guna public phone telefon rumah bagitau pada umi yang cik ayu langsung tak ada A untuk mana2 subjek. terdengar suara sedih umi menjawab..katanya.."x apela ayu, nak buat macam mana x de rezeki ayu walau dah berusaha..jangan pergi mana2 dah balik rumah tunjuk pada umi result..umi tak marah pun..."
nampak betapa mulia hati seorang ibu, mungkin kecewa tapi di sembunyikan supaya anak tenang tanpa rasa sedih..apabila pulang, cik ayu serah slip, dan betapa terkejutnya rwah umi bila lihat result cik ayu.
sempat dia cubit dan cium kerana anak kesayangannya sempat mainkan dia dan buat surprise..hehe..bila kenang kembali, nak tergelak pun ada..dan itu detik paling best buat cik ayu..

jadi adik2 yang kurang berjaya, jangan bersedih buktikan pada keluarga, mak, ayah yang kalian boleh ubah semua itu kelak dalam SPM..yang mana dah berjaya cemerlang kekalkan prestasi result anda!!

sekian...


muka buku baru dah...

haloo2..
selamat malam semua..alhamdulillah, malam ni secara rasminya blog kasehkuayu bertukar wajah.
mungkin ambil mood tahun baru yang bakal tiba..hehe..
terima kasihlah buat anak buahku yang terchenta..haha time ni la nak cinta sangat, kalu tidak mau kaki tangan semua naik..hehe..berkat si budak remaja itu belajar tutorial di blognya,
haa sape yang nak kenal dia bolehlah jengah blog ira sahira si anak buahku..
nah hambik RM1 pi main jauh2 jangan duk sibuk skodeng hape orang taip!!
bwuekkkk...shuh2..shuh2..dush2 penumbuk 40 biji esok ko lebam kat muka!!

hish kacau budak ni..baiklah meh sambung sikit lagi..ehem2
sebelum itu, wahai pengujung yang tak berapa nak hadir sangat singgah di sini, 
jangan tersenyum sinis pula dengan wajah tak berapa nak comel blog cik ayu ni..
alsebabnya, blog ini ada la rupa cam budak2 sikit..
haa tengok x berapa angguk geleng..uhuk..
mana tidaknya, dah budak remaja itu yang modified sikit lebih kurang dengan blog dia
haiyoo..memang pengaruh budak2..yang tak bebudak, warna yang cik ayu nak..
sedikit soft..hehe..yok oo je..
tapi yang header blog tu, cik ayu try buat sendiri cara bodoh2 dengan photoscape..haha..
jadi jugak akhirnya walaupun biasa2..hehe..
(cet konon nak guna adobephotoshop..padahal tak reti hape pun)
taraa..inilah rupa seperti yang anda lihat di paparan skrin..

hope after this cik ayu ni akan menjadi lebih semangat untuk update entry yang baik2..
hoyeh!!

moh ler kita berjoging!!

selamat petang semua..
sekadar entry pendek..
moh ler kita smeua berjoging untuk dapat kesihatan yang baik!!
haha tetiba je rajin??mesti korang pelik kan??
bukan ape, lately ni ramai duk kata cik ayu makin bambam  cikibam..huhu..
sedih weh tercabar rasanya..maka, jomlah berjoging bersama anak buah yang tak berapa disayangi...kakakaka

bye semua!!!

Monday, December 17, 2012

manis..oh..manis


Hai2 assalamualaikum..
Yeay malam ni ada idea lagi nak mencoret sesuatu di muka blog kasehkuayu..hehe..
Hmm..masihkah anda semua ingat, bilakah kali pertama anda mula buat minuman?? Air apakah permulaannya?? milo? teh? Atau yang paling senang, susu?? Eh air 3 in 1 nescafe ka, atau yang seangkatan tak termasuk k...hehe
Cik ayu??hmm kompem tak ingat yang mana satu dulu..sebabnya tak pernah menjadi masa kecik2 dulu..sat rasa terlebih manis sat terkurang manis, sat lagi hancur semua rasa..last2 pi mintak dengan umi wat muka kesian. Bodet cakap ape tau..’umi..umi tak nak minum air panas ke?? Sedapnya kalau dapat minum air teh umi la..”
Haha..see, begitu melampau cik ayu time sekolah dulu dengan umi..semua umi buat..tapi alhamdulillah sebelum umi meninggal sempat la belajar wat air teh tarik terbaik cara umi..hikhik..
Sekarang ni cakap ja air ape nak semua boleh..(eh cover je lebih, padahal 4 jenis je tau, teh, milo, nescafe and 3 in 1 paket) kiki..

Ok sebenarnya bukanlah nak cite pasal pro ke tidak buat air. Tapi lebih kepada gaya hidup minuman kita menjurus kepada kesihatan kita kemudian. Betul tak?? Kalau semua air minuman nak manis je, bukankah ia mengundang kepada gejala kencing manis yang sukar diubati..so baru-baru ini kan cik ayu pulang ke kampung, so setiap kali mahu buat air minuman panas untuk sarapan dan minum petang, pasti cik ayu terfikir nak letak lebih gula ataupun tidak. Kalau dah buat, erm air minuman tersebut manis ke tidak. Kalau kurang gula dan dan tawar, apa pula reaksi abah..
Uhuu..manis oh manis. Mana tidaknya, abah cik ayu seorang penghidap kencing manis, tapi tidaklah yang kronik. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, dan anak yang prihatin, maka kesihatan abah harus diutamakan dan dititikberatkan..(betul x bagi anda yang sedang membaca??)

Jadi, moral di sini, walau anda seorang penggemar air manis yang tegar, ingatlah orang yang tersayang..hehe..biar orang kata air kita ni tawar atau hangpa semua ni penjimat gula tegar, atau dalam kata mudah. “KEDEKUT!!” hihi, pedulikan. Jaga kesihatan demi umur panjang..yeay!!!