Tuesday, November 20, 2012

Big BOSS bagi BUKU!!

Assalamualaikum semua!! harap sihat semuanya.
ok, semalamkan..cik ayu masuk bilik bacaan jumpa big boss a.k.a my brother saja usha buat apa la kan..rupanya tengah baca buku pasal bisnes..ok..fine..
pastu cik ayu kacau la anak buah yang tengah duk main sambil teman abah dia, sekali big boss panggil cik ayu pi dekat dia..

big boss: ayu buat apa sekarang selain online kerja??
cik ayu: err..x buat ape..(padahal kadang2 mengusha masuk blog) **coverline**
big boss: hmm.. x buat apa2 yer..tunggu sekejap..( jalan pi dekat rak buku then amik 2 buku),,nah amik 2 buku ni baca, bagus tuk bisnes..lagipun ayu x de pengetahuan sangat kan??
cik ayu: erk..ok..bagus jugak buku ni..(dalam hati..aduai buku BI)

haa itulah antara perbualan cik ayu dengan big boss..nak tahu ape buku dia??


THE MONEY BOOK; a cap guide to managing your money and more
soryla..kecik skit gambar dia..amik dari internet..nanti cik ayu amik gambar guna kamera len kali..hehe..erm cara penyampaian grafik dia x la buat anda borim nak terus baca..nanti cik ayu dah baca cik ayu huraikan skit dekat blog ekh..haa cik ayu bagi kalian baca sinopsis buku ini dulu yang buat cik ayu tertarik nak baca..

How many of us are born moneywise? On the other hand how many of us muddle through money matters, never quite knowing how to manage?

Well, whatever your age, income or marital status, The Money Book shows you how as it guides you along the rocky path to financial security. Along the way it'll tell you about:
  • smart budgeting, saving & spending
  • hire purchase and easy-payment schemes
  • credits cards
  • the debt trap & bankruptcy
  • the real cost of buying a house or car
  • medical & legal fees
  • the truth about insurance
  • the problem with banks
  • EPF & Socso
  • income tax
  • money in marriage-and divorce
  • retirement
  • wills... AND LOTS MORE.

  • "But The Money Book is more than just a guide: It also delves into the workings of our financial system, its policies, and shortcomings, an eye-opener in the ways we consumers may have been short-changed."


    satu lagi buku yang cik ayu dapat dan tengah baca baru beberapa muka surat ialah

    RICH DAD POOR DAD: edisi bahasa melayu
    nasib buku ini dalam bahasa. seronok la sikit nak baca di tambah dengan kefahaman yang boleh jelas..hehe..so cik ayu sertakan sinopsis cerita ni sikit buat tatapan kalian semua mana tahu berminat nak bacakan??


    Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.
    Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
    • Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
    • Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
    • Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
    • Menjadikan wang bekerja untuk kita
    “Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”
    - Robert T. Kiyosaki

    so selamat membacalah kepada cik ayu ni yer..ntah bila boleh habis..hahaha





    Friday, November 16, 2012

    ombak rindu di astro...

    tengah syok duk usha blog..tetiba terdengar lagu OMBAK RINDU dekat astro citra..sah2 depa duk promo tayangan cerita tu malam esok..yang lagi best sapa yang langgan astro beyond bolehlah tengok seterang-terangnya dekat saluran 134 mustika HD...tapi kan astro ni bagus jugak minggu ni bagi tayangan percuma pakej astro mustika..memang mantap ah so dapatlah tengok maharaja lawak minggu pertama semalam.
    yang tak bestnya tayangan percuma tu habis hari ini..so x dapat la nak tengok OMBAK RINDU dekat astro citra malam esok..eii ape la depa ni kedekut sangat..alang2 free bagi jela sampai esok..haa kompem along akan kata..haa meh la duk umah sini leh tengok ombak rindu akt tv..kikii

    hekhek..so itulah motif entry ni. juz nak gtau sape yang minat abg aaron aziz..haa boleh layan OMBAK RINDU, lakonan mantap abg saya tu. dengan maya karin n lis surihani..jam 9 malam kot kalu x silap..
    jangan terlepas..coiz cik ayu memang kompem terlepas!!!

    ku sangka panas hingga ke petang...

    salam tengah hari sabtu semua!!! apa aktiviti kalian hari sabtu??
    cik ayu pada mulanya plan nak ke bandar KL jumpa kawan. so keluarlah awal jam 1030 pagi dengan sis nor. tengok cuaca cerah semacam..hati pun giranglah. so sebelum nak jengah jam 2 petang sempatlah kiranya cik ayu jalan2 dengan sis nor dekat wangsa walk bagi budak2 kecik 2 orang tu rasa jejak tanah mall..
    tapi...masuk je jam 1130 pagi..alahai..cuaca dah mula mendung dan angin sepoi2 bahasa pun mula menunjukkan rupa..
    adeh lemah den nak berjalan dengan cuaca sebegini..lagi melemahkan bila teringat kain di jemuran yang tidak berangkat..kompem basah lencun..huhu..
    sebelum balik sempat singgah beli roti boy..nyum2 enak panas aduh..hikhik..
    so masuk je kereta, hujan maha lebat terus turun..sampai jalan yang kami tempuh pun hampir tak nampak..terasaan kebahayaan untuk memandu di situ..tawakkal je dengan sis nor..
    maka, cancellah temu janji dengan kawan yang datang dari kedah tu..
    sory laila..x dapat jumpa..kalau hujan2 memang ayu tak berapa gemar berjalan..lencun basah nanti..dah la x bawak payung..next time ada jodoh kita jumpa ekh..sory..sory..
    haa lagi satu nasib tak pergi..tadi bukak fb tengok balik update tempat yang laila pergi..erk jauh sikit nak terjah pi..rupanya kat bandar tun razak, cheras..hehe
    so inilah jadinya kalu x kuar n dapat laptop..berblogging lah jwapnya
    daaa................

    Wednesday, November 14, 2012

    CUTI SEKOLAH sudah tiba!!!

    Assalamualaikum...
    ketika cik ayu tengah menaip entry ini jam menunjukkan angka 11.18 PM..
    tapi nak tahu tak apa yang anak buah cik ayu, NAJWAN tengah buat??
    dia tengah layan astro chanel DISNEY JUNIOR!!!
    see..inilah fenomena cuti sekolah.


    mereka betul-betul guna kesempatan cuti ni dengan sebaik-baiknya.
    tahu tak satu hari ini dia duduk dengan cik ayu, buka chanel nie, walau cerita dia dah berulang beberapa kali, dia tak kisah!!
    dilema betul cik ayu dibuatnya bila tak dapat nak buka chanel lain kat astro ni!!
    grrrr...sabar jelah.


    so..ape cerita kalian yang punya anak buah ataupun adik yang masih bersekolah..
    apa aktiviti yang kalian rancangkan??

    haa cik ayu ada beberapa cadangan!!

    apa kata adik-adik sekalian penuhkan aktiviti dengan membaca. cuba ajak ibubapa ke perpustakaan negeri ke, pinjam buku di sana, tidak pun beli buku buku cerita dan baca, atau, buat sistem barter dengan kawan2 yang ada banyak buku cerita. pun bolehkan??nak yang lagi murah!! apa kata adik-adik mulakan baca sedikit buku teks yang adik2 dah dapat untuk sekolah tahun depan. kan lagi bagus sudah dapat bayangan apa yang bakal adik tempuh..menarik kan??

    cadangan seterusnya, apa kata ajak ibubapa adik2 bercuti ke tempat2 menarik di malaysia. kalau boleh biarlah tempat2 itu yang bersejarah dan menarik yang bagus untuk merangsang minda adik2 berfikir kebesaran Allah.

    erm lagi satu time cuti sekolah ni lah adik2 berkesempatan nak buat baik dengan ibu bapa. apa kata adik2 tolong mereka buat kerja rumah. best kan?? jangan jadi macam pooh kat bawah ni..tido je kerja, tak produktif langsung..hehehe..
    haa lagi satu pesan  cik ayu jangan duk terlebih tonton tv macam anak2 buah cik ayu semua tuh..please2
    do something yang berguna dan ibubapa adik2 senang hati sepanjang cuti sekolah ini yerr...
    bye2 semua!!!



    Salam Awal Muharam!!

    assalamualaikum..
    salam Awal muharam buat semua rakan-rakan blog yang dikenali dan juga tidak dikenali
    Alhamdulillah tahun baru hijrah kalendar Islam kembali menjengah kita esok hari. seperti biasa pasti akan ada yang memasang niat yang baru untuk berhijrah ke satu fasa yang baru dan lebih baik. tetapi sebelum itu marilah sama-sama kita muhasabah diri, samaada niat hijrah ataupun niat perubahan yang dirangka tahun lepas, sudah tertunai, hampir tertunai ataupun masih ada yang bertangguh. 
    maka renungkan sendiri.

    hampir sahaja tadi terlupa untuk membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun hijrah, sekiranya tidak membuka saluran oasis ataupun tv alhijrah. maka, saya dengan rendah diri nak ucapkan terima kasih kepada stesen tv tersebut. iyalah kalau hari-hari buka siaran yang tiada bersangkutan dengan agama, maka lalai dan leka, serta ketinggalanlah kita dengan isu semasa dan perkara yang penting dalam kalendar islam.

    jadi cik ayu nak kongsikan doa yang dah dibaca tadi..rasanya semua dah tahu n ada yang hafal..alhamdulillah..

    alhamdulillah setelah beberapa jam menjengah tahun baru islam, tadi dah ada yang bertanya apakah azam baru cik ayu??
    terfikir sejenak, apakah yang terlintas dan terdetik di hati akan azam baru??
    rasanya azam yang sebelum ini pun masih belum tertunai dah goyah. dan takut apabila ia diutarakan hanyalah kata-kata semata-mata tanpa diikuti dengan perbuatan yang tetap.

    baiklah pertamanya..
    mestilah tentang solatku..saya bukanlah manusia yang sempurna, yang tak lari dari lagha dan malas.
    semoga tahun ini tiada lagi solat yang ditinggalkan secara sengaja kerana kesibukan kerja. sesibuk mana pun harus solat diutamakan. 

    kedua..
    saya adalah wanita muslimah!! tetapi muslimahkah saya dari segi aurat yang ditutup??
    walaupun saya menutup aurat dihadapan lelaki bukan muhrim dengan saya, kadang-kadang saya tetap terlepas pandang tentang hal kecil pemakaian saya. 

    ketiga
    saya harus kawal sikap amarah yang makin bermaharajalela dalam diri. sekecil2 zarah kesilapan orang pun saya mahu melenting. maka saya harus buang sikap negatif tersebut dan mulakan bersangka baik dengan sesama hamba Allah. senang bercakap, untuk melaksanakannya saya harus tetap istiqamah.

    keempat
    tidak perlua untuk tulis banyak azam dan niat hati, cukuplah sekiranya saya dapat tunaikan impian tiga di atas, dekati Allah, pasti Allah akan dekat denganmu wahai HIDAYU.
    jangan lupa selalu tuturkan ayat-ayat cinta Allah. jangan sekadar pandang buat perhiasan kalam Allah itu.
    pegang ia, baca ia, kasihi ia, cium ia, jadikan ia temanmu susah dan senang.

    wallahuwa'alam.

    Tuesday, November 13, 2012

    Anak buah saya punya kerenah!!

    Assalamualaikum semua!!
    Happy deepavali !!!

    Alhamdulillah planning kami untuk sambut besday anak buah, SAHIRA yang dah tertunda akhirnya menjadi.
    so kami semua bertemu di restoran ANTAN BATURA, dekat tasik Shah Alam.
    tapi buat pengetahuan semua, restoran ni dah tukar nama kalu x silaplah. terlupa plak nak take note nama ape..hehe

    oraitz..kembali ke cerita asal tentang anak buah cik ayu yang comel2 belaka tuh..
    masa kitorang tengah syok makan2 lauk yang sodap2 seperti. ikan siakap 3 rasa, nasi ayam penyet n also chicken chop, tanpa mempedulikan mereka yang tengah ralit duk tengok bot sewa kat tasik serta burung2 terbang melayang atas sana..
    rupa-rupanya si najmi terbuat something tanpa sedar..hikhik..
    tapi sebelum cik ayu bagitau ape benda..hope anda yang tengah baca x dak duk makan2 lah sekarang ekh..kang ada yang tak lalu makan..hehe..

    ok..sambung balik cerita..so after cik ayu kenyang nak bangun pergi basuh tangan, tiba2 si najmi panggil ciksu!! ok itu sayalah yer..

    "ciksu..tengok tu.."

    cik ayu pun tengoklah ape yang dia tunjuk..erk!! apekah itu??
    seperti..seperti...eh tak kanlah burung yang membuangnya??
    sebesar alam plak bendanya..
    dan tak kan jugak kek besday yang kitorang makan td coz dah masuk dalam kotak..
    terus terdetik dalam hati, eh tak kan adik berak kot!!!
    cik ayu terus berpaling tanya kakak ipar..samada si najmi dah tak pakai pampers..apelagi semua yang tengah makan terkejutlah sambil tergelak..

    sah2 najmi belum lepas pampers..rupanya dia terlebih aktif kat restoran, so pampers dia dah x duduk betul..itu yang terkeluar..habis pelanggan yang berdekatan tengok kitorang semua..paelagi kami2 cover buat bodoh ajelah.. nasib abe ije ayah yang bertanggungjawab, terus cari plastik bersihkan tempat n najmi..
    haha kalu cik ayu yang kena dekat situasi tu..confirm tak tau nak buat ape..ape yang mampu pi cari tisu je untuk abe settle 'benda' itu..haha

    see..memang kau tak layak lagi la nak kawin wahai cik ayu..perkara macam tu pun kau dah blurr
    dah la sekarang ni emo dah terlebih2, garangnya masyaAllah, tuhan ajelah yang tahu, dengan kepantasan cubit dia..kesian si kyra n sahira menerima cubitan pantas setiap malam sampai berbekas seluruh badan!!
    sory yer anak2 buahku sekalian!!!