Sunday, November 11, 2012

Trip to CAMERON #3

eh, sekejap, rasanya dari tadi bercerita rombongan tabika ke CAMERON ni,
tentu anda tertanya siapa budak tabika yang cik ayu join kan??

actly rombongan cuti-cuti ini untuk anak buah cik ayu yang bernama, KYRA 
dia yang bersekolah di tabika KEMAS Nurul Ehsan.
kebetulan cik ayu cuti baru habis program, tu yang ikut program dia, 
sambil jadi phorographer untuk dia.
haa..dah jelas kan??
so meh nak sambung story aktiviti kami lagi..

Kali ini cerita di dewan pula..
petang tu ada aktiviti penyampaian hadiah cemerlang untuk kanak2 tabika Puchong dan juga sambutan hari jadi kanak-kanak. selain itu ada aktiviti cabutan bertuah. huh!! nasib jugak badan ni bertuah, dapat hadiah selimut. jadilah buat selimut badan malamnya yang sejuk. hehe

oraitz..cik ayu nak kongsikan gambar2 kyra sepanjang program di dewan itu..

 haa..inilah anak buah cik ayu yang bernama, KYRA..please note yang pakai baju ungu pink with her peace yang tak berapa menjadi..KYRA ni obses dengan kamera, nampak je kamera terus pose (tapi bila bad mood memang tak layan la..yes!!!)
oh terlupa kawan kat sebelah dia namanya..erm..erm..
(garu kepala jap..manja kot tak pun baby..nama timangan mak dia bagi..tapi nama sebonar eh ado tengku depannya..orang bosar kot..hihi)

 haa!! see i told u alls already..hidup je peace no war dia tu bila kamera hadir..hikhik..
ok ini waktu sesi nak potong kek..memang giler kek budak ni..suka hati mengaku itu besday dia..padahal besday bulan januari kot..see!! mereka berempat orang yang terawal sekali sampai..eh tak malu punya budak!!

 haa peace no camera dari mereka berdua!!
haha..x layan snap je..tapi..sory adik2 kat belakang cik ayu x berapa mesra alam amik gambar mereka berdua je..haha kejam!!
eh jap korang perasan tak KYRA yang berdiri betul2 depan kek, macamlah kek besday dia!!
adik..adik..memang banyak perah santan..hikhik,,apepun depa memang enjoy aktiviti petang tu, 
dan semua student dapat hadiah..itu yang syok!!1

 again!! ini buktinya adik dah kuasai kek!!
macam dia punya besday n kawan2 sekeliling tolong sambut..hahha..
eh kawan2 kyra macam ada yang dah mengantuk??
ke boikot x dapat berdiri depan kek??
hehe..
anyway..HAPPY BIRTHDAY to anyone girls or boys yang sambut besday on that day..
masa untuk tiup lilin & make a wish for them!!
cik ayu berharap mereka semua membesar dengan baik, jadi bijak dan pintar sehingga ke sekolah menengah dan menuju ke universiti sama seperti cik ayu,
tapi ape yang lebih utama, anak buah cik ayu membesar dalam dunia islam yang baik, didikan agama yang baik, dan menjadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga serta islam..
insyaAllah..
LOVE U ALWAYS KYRA!!!


CIK AYU with ALONG and KYRA,
also photographer, SAHIRA ank buah sulungku...

*****
bersambung ke entry bersiar2 sepanjang hari ke-2

Trip to CAMERON #2

Hai..hai..bersua kembali dalam update #2 trip to CAMERON!!!

Setelah sampai dan menjejakkan kaki di bumi CAMERON HIGHLANDS yang amat-amat sejuk setelah hujan sebelumnya..
kami pun dibahagikan apartment mengikut senarai yang sudah diberikan.
tapi..tapi berlaku sedikit kekecohan di pihak anggota rumah kami.
KENAPA??
meh nak cerita..
dah semua kelihatan dan pening2 lalat, cikgu pun beri sahajalah kunci rumah kepad ketua setiap apartment,
mula-mula kata rumah kami di blok C3, so kami bergerak ke sana siap naik tingkat 1, lepas tu tetiba kata salah, turun naik ke blok depan, katanya pihak pengurusan. dah naik ke tingkat 3 blok depannya, cari nombor rumah tak jumpa2..eh siapa yang salah??
depa ni try cucuk2 mangga pintu dengan kunci yang ada..
kompem tak jadi coz kunci tak kena dengan rumahnya!!!
last2 kami turun balik jumpa cikgu, tau dia kata apa??
maaf puan2 rumah anda semua nun di blok seberang sana!! 

ape??
(maka terjeritlah cik ayu!! bukan ape, penat angkat barang tak hilang, 
kena pi seberang jalan apartment kami di tingkat paling atas sekali!!!)
actly barang cik ayu tak banyak, tapi cik ayu anda yang bambam ni baik hati tolonglah angkat beg bagasi kawannya along yang sakit, muntah2 dalam bas tadi. 
mana tidaknya dah macam nenek si bongkok tiga dah jalannya..hikhik
eh2 tak baik gelakkan orang, kurang pahala tolong..

yeay!!dah sampai apartment untuk kami menginap!!
luas dan selesa, yang paling syok rumah melayu.
so no more ragu2 nak guna barang dalam rumah itu.
pukul 4 sharp kami jejak kaki dalam rumah, then dapat mesej dari cikgu suh siap 4.30 petang dah nak bergerak ke dewan,
so sebelum apa2, kami solat jamak dahulu, takut terlepas waktu...

*******
bersambung cerita di dewan pula yer nanti...

Trip to CAMERON with kanak-kanak TABIKA Nurul Ehsan

Assalamualaikum semua!!!!
Alhamdulillah malam ini cik ayu ada ruang masa untuk hidupkan kembali suasana suram sepi blog kasehkuayu ini. almaklum pemiliknya kan busywoman lately ni..

oraitz! oraitz!
seminggu lepas...jeng..jeng..
haha, macamlah cerita ini suspen kan??sedangkan tajuk sudah menyatakan hasrat cerita sebenarnya diriku.
Tanggal 3 November lepas cik ayu bersama 3 rombongan bas kanak-kanak tabika Nurul Ehsan dan juga tabika di area Puchong selangor berangkat ke CAMERON HIGHLANDS. (oh bagaikan ayat karangan SPM sahaja..)
sabtu pagi tu rancangnya nak bertolak jam 9 pagi, tetapi disebabkan kelewatan 2 bas lagi dari Puchong sana, maka rombongan kanak-kanak TABIKA kami tertunda ke jam 10 lebih. so lebih kurang nak dekat jam 11 barulah kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi percutian yang dinanti-nantikan..tapi sebelum itu...macam biasa, kami bergambarlah!!!

 ok itu abang kan..kan..saya tak kenal..tiba2 interframe!! 
tak ape cikayu yang bambam ini maafkan..eh!! hehe


oh..sebelum itu, kenalkan diri saya, cik ayu bagi yang belum mengenali diri ini yang kini telah semakin bambam..hehe..eh ada sorang makcik cakap saya macam..macam..
'make-up artis uuu' mementang I bawak beg kamera!!!
esoknya terus x bawak masa jalan2..haha

oraitz..oraitz..
sambung cerita..hehe

masa sejam pertama perjalanan, geng rombongan yang terdiri dari kalangan ibubapa budak2 tadika ini masih kelihatan O.K jer..
kami berhenti sekejap dekat R&R mana ntah lupa plak nak catat dalam diari (poyo je bawak buku cik ayu)
coz ada yang nak buang air kecil dan besar..
konon nak berhenti 10 minit!! tapi terlebih-lebih plak masa!!
aduyai iyer fun..driver bas kitorang siap pegi makan lagi dengan beberapa orang dewasa lelaki..
hai sabar jelah, dahlah dalam bas x leh makan kerana dilarang!!
punyalah kami ini taat setia mendengar kata..hari esoknya HARAM!!!

setelah beberapa puluh minit tertunda, 
maka kami pun memulakan kembali perjalanan.
pada asalnya kami plan lalu simpang pulai kalu tak silap,
tetapi..itu driver tukar lalaun ikut TAPAH!!
bagi cik ayu OK jer..coz tak tahu laluan dia bagaimana..
follow jelah, tapi rupanya!!
jalan dia berbengkang bengkok, sepanjang laluan ada sahaja papan tanda,
AWAS!! TANAH RUNTUH DIHADAPAN!
hoi, berdebar lah diri ini melihat jalan nauzubillah,
mengucap dan ingat Allah jelah.
dalam hati berdoa semoga perjalanan kami selamat hendaknya.

tapi..tapi ada orang yang tak selamat!!
haha kawan along cik ayu bila bas kami dah lalu jalan bersimpang, belok sana belok sini,
gunung ganang dan gaung kat bawah sana, dia dah mula pening..
maka setengah jam di laluan TAPAH, dalam bas tu dah berbagai karenah timbul,
budak muntah, mak budak pun muntah, situ angin sini angin..
bau minyak ANGIN!! jangan katalah semerbak baunya...
CIK AYU???
eh tentulah ok (konon cakap besar)
memang ok tapi dekat nak sampai tak ok juga, tak tahan bau minyak angin yang maha kuat
PENING CIK AYU BILANG!!!

Tapi yang best laluan tapah ni, korang boleh tengok pemandangan yang cantik, dan semestinya sebelum sampai, KALIAN akan disajikan dengan tempat yang menarik, iaitu LATA ISKANDAR..
BUT SORY TO SAY
kami tak sempat singgah di situ, coz kesuntukan masa, hope next time boleh datang lagi..
gambar dekat bawah ni copy from en google je..tq en. google sayang!!!


lebih kurang jam 3.30 petang kami tiba di cameron highlands!!
seronok tak terkata, coz dapat tengok kehijauan ladang teh, kesejukan tempat, 
pemandangan dia, subhanllah cantik!!!
sempat ambil gambar rumah-rumah yang cantik dibina atas bukit dan juga berhampiran ladang teh..
macam gambar dekat bawah ni, ambil dari dalam bas tau!!

terasa macam nak ada sebuah rumah sendiri je macam ni..
tau tak kelebihan orang  yang duduk di cameron??
diorang siang or malam tak perlu pakai kipas mahupun air-cond macam kita yang kat bandar KL ni..
sejuk dia 4x ganda dari sejuknya air-cond..
haa jimat kan??
air yang kami letak dekat ruang tamu rumah apartment pun boleh sejuk..
jimat2..so ape lagi jomlah ke cameron, tinggal sana terus pun boleh..hehe..

Wednesday, October 3, 2012

Sepetang di Taman Layang-Layang

Alhamdulillah seminggu yang lepas dapat juga luangkan waktu ke taman bersama anak-anak buah yang amat2 dirindui. mana tidaknya hampir 2 minggu tidak bertemu dan bermain dengan mereka. hati dah bergunung rasa rindu kalau tak dapat peluk cium alma dan khaalish. so last week, ayu n sis nor memang rancang program terbaiklah, semangat melebih-lebih sampai sanggup pergi GIANT Batu Caves beli raket badminton untuk khaalis n alma termasuk la bulu tangkis tuk kami-kami yang dewasa ni bermain. tapi yang mainnya hanya khaalish, ayu n sis nor hanya dapat main sekejap sahaja bagi peluang tuk khaalish bermain n lari-lari sekitar taman layang-layang Kepong.


haa!! ada tak bakat macam datok Lee Chong Wei?? hehe
penuh bergaya khaalish pegang raket dan bulu tangkis, tapi mata entah kemana.
yang kelakar bila kami bermain, dia gelak2 seronok tengok bulu tangkis melayang2 kat udara..
cik ayu pukul, ibu dia pukul, dan dia duk tengok ke atas ikut bulu tangkis tu, last2 dia terduduk dekat tengah2 jadi center kitorang..
khaalish...khaalish rupanya teringin sangat dia nak jengah n bermain di kawasan alam semulajadi..


itu cerita si abang, cerita si adik lain pula, haa ini kisah dia..meh tengok gambar dulu..


tengok sakan adik suka, ntah ape yang dia pandang ke atas hingga mencuit hati kecil dia.
dari sampai di taman sampai balik tak habis-habis gonggong botol susu kesayang dia tu..last2 tertido pun dengan botol susu dia. tapi petang itu adik suka sangat main di taman. orang makan dia nak makan, oarang minum dia nak minum..

haa tengok, betul tak saya cakap, setahun dah pandai hisap air pakai straw..mula2 cik ayu tak tahu jugak, dulu pernah sekali sebelum dia umur setahun acah2 saja bagi dia air tin..betul2 dia hisap keluar

tengok time ciksu snap gambar dia pun masih dengan botol susu..mek susu betul budak ini


sebelum pulang sis ilah kol tanya ada dimana, n kitorang cakap ada di taman terus mereka datang join sama.
sempatlah cik ayu layan najwan main badminton sekejap..siap berkelah lagi kami di atas padang rumput.

last but not least pic terakhir cik ayu sempat rakam moment indah naak2 bersama ibu mereka di taman,
x sempat edit gambar, juz upload gambar ori je..really nice for me..betul2 candid from my dslr..
adik bagaikan ingin menggapai buih di udara tinggi..masa ni adik dah bangun, paksa dia bermain coz ciksu gian nak amik gambar..hikhik.
berbaloi juga akhirnya dapat rakam moment ini..harus frame besar2...

oraitz cukup setakat ini dulu update untuk minggu ini, rasa penat plak badan nak tido esok sambung kerja lagi..
bye semua!!!
jaga diri tau!!
mana yang masih belajar tu, study smart!!!
yang kerja jangan malas!!!
daaa

Wednesday, September 12, 2012

Jodohkah namanya dia?

Sambil mendengar lagu baru OST Drama Adam dan Hawa, Muara Hati gandingan vokal Dato’ Siti Nurhaliza dan hafiz, fikiran mula melayang akan bicaraku dengan seseorang di laman sesawang yang sudah lama tidak berhubung. Entah kenapa hati ini mula gundah gulana akan keputusan yang telah dibuat tanpa bicara dengan hati dan Allah.

Hati mula bertanya.Adakah keputusan yang telah terungkap itu datangnya dari gerak hati yang Allah telah rencanakan?Apakah diri ini telah membelakangkan Allah akan keputusan yang telah dibuat tanpa berfikir panjang?


Apabila dia menyapa..
Apabila dia menyapa di ruang chatting laman maya, mula-mula saya hanya sekadar membalas sekadar rakan.Namun entah bagaimana perbualan tersebut telah terungkap sesuatu dalam masa yang singkat. Allahurabbi. Tidak perlu saya nyatakan apa bentuk perbualan kami. Cukuplah dengan dia mengatakan “dari segi islam kita sudah sah bertunang”, diri terus terpana, allahuakbar, baru tersedar dan berkata kepada diri “itulah lain kali jangan pandai-pandai dalam berkata”. Terus hati beristighfar, moga Allah ampunkan kelalaian diri ini pada malam semalam.Alhamdulillah saya terima, tapi tidak bermaksud saya harus menyatakan pada umum yang saya sudah berpunya. Dan kepada dia juga saya sudah terangkan yang saya bukan hak dia lagi untuk mengaku kepada umum jua. Biarlah antara dia dan saya. Bagi prinsip saya, selagi belum terdengar di telinga saya akan lafaz...

“aku terima nikahnya sipulan binti sipulan dengan mas kahwinnya yang tersebut..”

Maka saya masih belum menjadi hak sesiapa bagi mencintai dia. Kerana sememangnya hati saya belum diberi kepada sesiapa pun kecuali bagi bakal suami saya yang sah. insyaAllah itu janji saya pada Allah semoga saya tidak lagha dalam cinta duniawi manusia.


Kolotkah diri ini??
Mungkin sesetengah orang berfikir saya kolot. Ia saya terima dengan ucapan terima kasih. Tapi itulah saya yang belajar dari kesilapan cinta yang lalu. Dulu fikiran saya kolot dengan menafsirkan cinta dan jodoh seperti...

Apabila ia menyapa dengan lafaz cinta, jodohkah dia bagi diri ini?Apabila dia menyatakan rindu di laman maya buat tatapan rakan, jodohkah dia ini bagi diriku?Apabila dia sentiasa hadir bersms dengan kita siang malam, jodohkah dia bagi diriku ini?Apabila dia tunjukkan kemesraan kepada kita, jodohkah dia bagi diriku?Dan apabila kita semakin hari lagha dan alpa dengan Allah, jodohkah dia buat kita?


Apabila dia bukan buat diriku..
Suatu hari apabila saya kehilangan dan ditinggalkannya tanpa alasan setelah melalaikan saya dari Allah maka, terjawablah pertanyaan saya sebelum ini bahawa dia bukan jodoh buatku.mengapa saya katakan dia bukan jodoh saya?seandainya dia benar2 mencintai dan menyayangi saya, dia pasti akan menjaga adab dan batas pergaulan dengan saya. seandainya dia mencintai saya dia pasti tidak melalaikan saya dari Allah bahkan mengingatkan dan mendekatkan saya dengan ALlah. dan yang pasti apabila saya terlalu cintakan hamba duniawi, ketenangan saya diragut pergi.
jadi buat dirimu, maafkan saya sekiranya saya jarang menghubungi anda, kerana saya takut alpa, hanyut dalam perhubungan. buat masa ini biarlah urusanmu, urusanmu, urusanku, urusanku.
x

Sambil mendengar lagu baru OST Drama Adam dan Hawa, Muara Hati gandingan vokal Dato’ Siti Nurhaliza dan hafiz, fikiran mula melayang akan bicaraku dengan seseorang di laman sesawang yang sudah lama tidak berhubung. Entah kenapa hati ini mula gundah gulana akan keputusan yang telah dibuat tanpa bicara dengan hati dan Allah.

Hati mula bertanya.
Adakah keputusan yang telah terungkap itu datangnya dari gerak hati yang Allah telah rencanakan?
Apakah diri ini telah membelakangkan Allah akan keputusan yang telah dibuat tanpa berfikir panjang?

Apabila dia menyapa..
Apabila dia menyapa di ruang chatting laman maya, mula-mula saya hanya sekadar membalas sekadar rakan.
Namun entah bagaimana perbualan tersebut telah terungkap sesuatu dalam masa yang singkat. Allahurabbi. Tidak perlu saya nyatakan apa bentuk perbualan kami. Cukuplah dengan dia mengatakan “dari segi islam kita sudah sah bertunang”, diri terus terpana, allahuakbar, baru tersedar dan berkata kepada diri “itulah lain kali jangan pandai-pandai dalam berkata”. Terus hati beristighfar, moga Allah ampunkan kelalaian diri ini pada malam semalam.

Alhamdulillah saya terima, tapi tidak bermaksud saya harus menyatakan pada umum yang saya sudah berpunya. Dan kepada dia juga saya sudah terangkan yang saya bukan hak dia lagi untuk mengaku kepada umum jua. Biarlah antara dia dan saya. Bagi prinsip saya, selagi belum terdengar di telinga saya akan lafaz...
“aku terima nikah sipulan binti sipulan dengan mas kahwin tersebut..”
Maka saya masih belum menjadi hak sesiapa bagi mencintai dia. Kerana sememangnya hati saya belum diberi kepada sesiapa pun kecuali bagi bakal suami saya yang sah. insyaAllah itu janji saya pada Allah semoga saya tidak lagha dalam cinta duniawi manusia.

Kolotkah diri ini??
Mungkin sesetengah orang berfikir saya kolot. Ia saya terima dengan ucapan terima kasih. Tapi itulah saya yang belajar dari kesilapan cinta yang lalu. Dulu fikiran saya kolot dengan menafsirkan cinta dan jodoh.