Sambil mendengar lagu baru OST Drama Adam dan Hawa, Muara Hati gandingan
vokal Dato’ Siti Nurhaliza dan hafiz, fikiran mula melayang akan bicaraku
dengan seseorang di laman sesawang yang sudah lama tidak berhubung. Entah
kenapa hati ini mula gundah gulana akan keputusan yang telah dibuat tanpa
bicara dengan hati dan Allah.
Hati mula bertanya.
Adakah keputusan yang telah terungkap itu datangnya dari gerak hati yang
Allah telah rencanakan?
Apakah diri ini telah membelakangkan Allah akan keputusan yang telah dibuat
tanpa berfikir panjang?
Apabila dia menyapa..
Apabila dia menyapa di ruang chatting laman maya, mula-mula saya hanya
sekadar membalas sekadar rakan.
Namun entah bagaimana perbualan tersebut telah terungkap sesuatu dalam masa
yang singkat. Allahurabbi. Tidak perlu saya nyatakan apa bentuk perbualan kami.
Cukuplah dengan dia mengatakan “dari segi islam kita sudah sah bertunang”, diri
terus terpana, allahuakbar, baru tersedar dan berkata kepada diri “itulah lain
kali jangan pandai-pandai dalam berkata”. Terus hati beristighfar, moga Allah
ampunkan kelalaian diri ini pada malam semalam.
Alhamdulillah saya terima, tapi tidak bermaksud saya harus menyatakan pada
umum yang saya sudah berpunya. Dan kepada dia juga saya sudah terangkan yang
saya bukan hak dia lagi untuk mengaku kepada umum jua. Biarlah antara dia dan
saya. Bagi prinsip saya, selagi belum terdengar di telinga saya akan lafaz...
“aku terima nikah sipulan binti sipulan dengan mas kahwin tersebut..”
Maka saya masih belum menjadi hak sesiapa bagi mencintai dia. Kerana
sememangnya hati saya belum diberi kepada sesiapa pun kecuali bagi bakal suami
saya yang sah. insyaAllah itu janji saya pada Allah semoga saya tidak lagha
dalam cinta duniawi manusia.
Kolotkah diri ini??
Mungkin sesetengah orang berfikir saya kolot. Ia saya terima dengan ucapan
terima kasih. Tapi itulah saya yang belajar dari kesilapan cinta yang lalu.
Dulu fikiran saya kolot dengan menafsirkan cinta dan jodoh.

No comments:
Post a Comment