Hati mula bertanya.Adakah keputusan yang telah terungkap itu datangnya dari gerak hati yang Allah telah rencanakan?Apakah diri ini telah membelakangkan Allah akan keputusan yang telah dibuat tanpa berfikir panjang?
Apabila dia menyapa..
Apabila dia menyapa di ruang chatting laman maya, mula-mula saya hanya sekadar membalas sekadar rakan.Namun entah bagaimana perbualan tersebut telah terungkap sesuatu dalam masa yang singkat. Allahurabbi. Tidak perlu saya nyatakan apa bentuk perbualan kami. Cukuplah dengan dia mengatakan “dari segi islam kita sudah sah bertunang”, diri terus terpana, allahuakbar, baru tersedar dan berkata kepada diri “itulah lain kali jangan pandai-pandai dalam berkata”. Terus hati beristighfar, moga Allah ampunkan kelalaian diri ini pada malam semalam.Alhamdulillah saya terima, tapi tidak bermaksud saya harus menyatakan pada umum yang saya sudah berpunya. Dan kepada dia juga saya sudah terangkan yang saya bukan hak dia lagi untuk mengaku kepada umum jua. Biarlah antara dia dan saya. Bagi prinsip saya, selagi belum terdengar di telinga saya akan lafaz...
“aku terima nikahnya sipulan binti sipulan dengan mas kahwinnya yang tersebut..”
Maka saya masih belum menjadi hak sesiapa bagi mencintai dia. Kerana sememangnya hati saya belum diberi kepada sesiapa pun kecuali bagi bakal suami saya yang sah. insyaAllah itu janji saya pada Allah semoga saya tidak lagha dalam cinta duniawi manusia.Kolotkah diri ini??
Mungkin sesetengah orang berfikir saya kolot. Ia saya terima dengan ucapan terima kasih. Tapi itulah saya yang belajar dari kesilapan cinta yang lalu. Dulu fikiran saya kolot dengan menafsirkan cinta dan jodoh seperti...
Apabila ia menyapa dengan lafaz cinta, jodohkah dia bagi diri ini?Apabila dia menyatakan rindu di laman maya buat tatapan rakan, jodohkah dia ini bagi diriku?Apabila dia sentiasa hadir bersms dengan kita siang malam, jodohkah dia bagi diriku ini?Apabila dia tunjukkan kemesraan kepada kita, jodohkah dia bagi diriku?Dan apabila kita semakin hari lagha dan alpa dengan Allah, jodohkah dia buat kita?
Apabila dia bukan buat diriku..
Suatu hari apabila saya kehilangan dan ditinggalkannya tanpa alasan setelah melalaikan saya dari Allah maka, terjawablah pertanyaan saya sebelum ini bahawa dia bukan jodoh buatku.mengapa saya katakan dia bukan jodoh saya?seandainya dia benar2 mencintai dan menyayangi saya, dia pasti akan menjaga adab dan batas pergaulan dengan saya. seandainya dia mencintai saya dia pasti tidak melalaikan saya dari Allah bahkan mengingatkan dan mendekatkan saya dengan ALlah. dan yang pasti apabila saya terlalu cintakan hamba duniawi, ketenangan saya diragut pergi.
jadi buat dirimu, maafkan saya sekiranya saya jarang menghubungi anda, kerana saya takut alpa, hanyut dalam perhubungan. buat masa ini biarlah urusanmu, urusanmu, urusanku, urusanku.

x

