baiklah teman2 sekampung, cik ayu kembali untuk menyambung misi cerita cuti-cuti malaysia di MELAKA tempoh hari. aduhai lama sungguh tertangguh, sampai tak sempat nak download gambar dari teman2 dan juga untuk update sikit2 percutian sekolah tadika yang terbaik!!!
meh nak sambung story aktiviti cik ayu bersama BFF sepanjang keberadaan kami di Melaka yer. Malam pertama kami sampai after maghrib, we all bergerak menuju JONKER STREET. seingat pesanan cik ayu dari diah n teman2 yang lain, kalu kita pi melaka mesti kena singgah jonker street, di situ kita boleh dapat berbagai jenis barangan kraf yang sangat2 unik n semestinya cantik kualitinya. yang bagusnya, barangan di situ tidaklah mahal mana, dan mampu milik untuk setiap pengunjung mahupun pelancong. memang cute miut habislah, tergoda cik ayu dengan barangan kecik2 depa jual. so terhabis duit jugak lah dalam RM20 gitu..hehe..jom cekedout gambar2 cik ayu n frenz serta suasana di JONKER STREET, Melaka.
giler dengan barang2 kecik ni..nak je beli semua letak kat atas meja lam bilik wat perhiasan..last2 beli pengepit memo..haha
ok, after berlenguh lengah berjalan sepanjang laluan kedai JONKER STREET, kami pun meneruskan aktiviti menuju melaka cruise untuk menikmati kecantikan dan keindahan sungai melaka. masa kami tiba tu, tak ramai sangat pengunjung. so tak perlulah kami berlama-lama menunggu giliran untuk naik cruise. serius best, dari cruise kita boleh lihat kampung moten, di mana setiap rumah dihaisi dengan lampu-lampu yang cantik. memang kagum habislah dengan kecantikan reka bentuk rumah melaka yang masih terjaga. so masa dalam cruise juga kami diberi penerangan tentang sejarah kampung moten dan juga sejarah2 bangunan yang ada di sepanjang laluan sungai. bagus dan hebat sekali perancangan negeri melaka nih..kagum seminit..hehe..dari cruise jugak boleh lihat eyes of melaka, tapi trip kali ni cik ayu n BFF x berkesempatan nak merasa naik benda alah tu, coz jauh dari hotel nak melangkau pergi..agak2 kalu naik mesti best dapat tengok pemandangan luas melaka pada waktu malam kan??oh untuk pengetahuan kalian semua, melaka cruise ni x mahal pun untuk kita naik, kalu x silap cik ayu only RM10/ person. murahkan??waktu perjalanan pergi balik menyusuri sungai melaka hanya 40 minit. sangat2 berbaloi dan yang pasti kalian semua tak akan boring di tambah dengan pengalaman merasai percikan air sungai..hehe..nasib x dak buaya sungai cam dekat sarawak.
we allz atas cruise menikmati pemandangan indah..snap dulu gambar before gerak..
taraa....ups..sory..tetiba gambar pizza hilang update next time k..hehe
p/s:sory gambar sedikit limited..haha..online guna fon..so kena jimat..hehe..
bye2

No comments:
Post a Comment