Friday, August 31, 2012

Anakku Merdeka!!!

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Salam Merdeka buat seluruh warga Malaysia
semoga negara kita terus aman makmur, bebas dari jajahan pemikiran asing
malah yang paling penting kita bebas merdeka dari melakukan perkara mungkar yang mengundang dosa kepada Allah, dan bebas dari azab siksa api neraka kelak

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Merdekalah diri kita untuk membawa negara kita teus maju di persada mata dunia
Medekalah negara kita bebas dari gejala rasuah dan jenayah2 yang hanya mengkucar kacirkan negara
Merdekalah negara kita dengan menegakkan syiar islam agar harmoni di bawah lindungan Allah

Salam Merdeka dan..
Selamat Ulang Tahun kelahiran buat anak buahku

Nur Alma Najla

genap sudah 1 tahun umurmu


Alhamdulillah..Anakku Merdeka 
yang meninggalkan kenangan serta sejarah dalam keluarga lahir di hari merdeka
semoga dikau kelak menjadi kebanggan ibu, keluarga dan negara serta agama
jadilah anak yang solehah kepada kedua ibubapa
insyaAllah..



Wednesday, August 1, 2012

Melaka Trip 2

Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam ramadhan al-mubarak semua. Ahaa jangan cuba nak memonteng ataupun nak melipat gandakan usaha kemalasan anda di bulan barakah ni..ehehe konon nasihat orang yer..diri sendiri harus dicermin dan dinasihatkan juga. aduai..

baiklah teman2 sekampung, cik ayu kembali untuk menyambung misi cerita cuti-cuti malaysia di MELAKA tempoh hari. aduhai lama sungguh tertangguh, sampai tak sempat nak download gambar dari teman2 dan juga  untuk update sikit2 percutian sekolah tadika yang terbaik!!!

meh nak sambung story aktiviti cik ayu bersama BFF sepanjang keberadaan kami di Melaka yer. Malam pertama kami sampai after maghrib, we all bergerak menuju JONKER STREET. seingat pesanan cik ayu dari diah n teman2 yang lain, kalu kita pi melaka mesti kena singgah jonker street, di situ kita boleh dapat berbagai jenis barangan kraf yang sangat2 unik n semestinya cantik kualitinya. yang bagusnya, barangan di situ tidaklah mahal mana, dan mampu milik untuk setiap pengunjung mahupun pelancong. memang cute miut habislah, tergoda cik ayu dengan barangan kecik2 depa jual. so terhabis duit jugak lah dalam RM20 gitu..hehe..jom cekedout gambar2 cik ayu n frenz serta suasana di JONKER STREET, Melaka.

giler dengan barang2 kecik ni..nak je beli semua letak kat atas meja lam bilik wat perhiasan..last2 beli pengepit memo..haha

me di tengah2 laluan ramai orang sempat snap bila tengok kosong..kosong..najwa latif..lallaa


ok, after berlenguh lengah berjalan sepanjang laluan kedai  JONKER STREET, kami pun meneruskan aktiviti menuju melaka cruise untuk menikmati kecantikan dan keindahan sungai melaka. masa kami tiba tu, tak ramai sangat pengunjung. so tak perlulah kami berlama-lama menunggu giliran untuk naik cruise. serius best, dari cruise kita boleh lihat kampung moten, di mana setiap rumah dihaisi dengan lampu-lampu yang cantik. memang kagum habislah dengan kecantikan reka bentuk rumah melaka yang masih terjaga. so masa dalam cruise juga kami diberi penerangan tentang sejarah kampung moten dan juga sejarah2 bangunan yang ada di sepanjang laluan sungai. bagus dan hebat sekali perancangan negeri melaka nih..kagum seminit..hehe..dari cruise jugak boleh lihat eyes of melaka, tapi trip kali ni cik ayu n BFF x berkesempatan nak merasa naik benda alah tu, coz jauh dari hotel nak melangkau pergi..agak2 kalu naik mesti best dapat tengok pemandangan luas melaka pada waktu malam kan??oh untuk pengetahuan kalian semua, melaka cruise ni x mahal pun untuk kita naik, kalu x silap cik ayu only RM10/ person. murahkan??waktu perjalanan pergi balik menyusuri sungai melaka hanya 40 minit. sangat2 berbaloi dan yang pasti kalian semua tak akan boring di tambah dengan pengalaman merasai percikan air sungai..hehe..nasib x dak buaya sungai cam dekat sarawak.


we allz atas cruise menikmati pemandangan indah..snap dulu gambar before gerak..

lastly, aktiviti berjalan kami malam itu tamat jam 12 malam, tapi tamat tu masih belum sampai di hotel, kami sekali lagi meredah pasar malam berdekatan hotel kami duduk. haha ape lagi menghabiskan duit la, cuci mata apa yang best dan..dan..terkeluar lagi duit beli pocket perfume..huhu..tapi murah je RM10..kiki. n last but not least beli pizza buatan rakyat melaka for our supper. giler sedappp!!!
taraa....ups..sory..tetiba gambar pizza hilang update next time k..hehe


p/s:sory gambar sedikit limited..haha..online guna fon..so kena jimat..hehe..
bye2

Tuesday, July 10, 2012

Melaka Trip 1

hello...
now cik ayu kembali lagi untuk update 
ROMBONGAN SEKOLAH RENDAH kami di MELAKA


tadaa..kami selamat sampai di terminal bersepadu selatan, TBS untuk menghala ke MELAKA.
1st time cik ayu jejak kaki ke sini, mana idoknya dah selalu balik timur
 kompem dok jejok kaki kek sini eh teman2 oiiii!!!
yang mengagumkan terminal baru nih cik ayu boleh puji setaraf dan setanding ala2 duk kat airport LCCT tau..so nak tarik beg gedabak besar pun x malu eh..cuma..cuma pekeja dia dok bape mesra skit..nape??
meh sambung baca story cik ayu kek bowoh ni ape ke hei jadi dop bape mesra..hihi..


tadaa...LAGI BEST LAGI POWER..
hehe..sekadar iklan kereta sahaja k...
actly gambar ni pun boleh kot tuk bagi kat Rahmat yang telah kelewatan sampai di TBS, hoho
rahmat len kali amik myvi kecik ni pecut laju2 kat KL biar dop lambat sampai time percutian next time yer..
disebabkan oleh kelewatan murid sekolah rendah kami, maka bas pun gerak lewat 10 minit skit.
yang x boleh nak di blahkan, driver bas cool jerk penumpang dia lambat, tapi cik akak yang jaga pintu terminal tu plak lebih2 marahkan kami, siap suh tinggalkan je kawan kami yg sorang tu, suh amik bas next plak. apekehal??dop ramah tul la akak yg comang sorang ni..hoho..nasib ada kawan2 yg cool gop pujuk pakcik bas, so dia park kat tepi tunggu rahmat datang..hehe..kelakar sungguh ingat detik tersebut. berlari2 rahmat yang telah kesesatan dalam terminal, yang si syafiq cam kompem je kenal si rahmat yang berlari2 sambil pegang enset..hehe..adoi 1st hour trip pun dah wat story mory yanga kan dikenang sampai bila2..maka rahmat pun telah dicop murid tak berdisiplin.lewat datang sekolah..hahaha
yang penting, nama rahmat mengingatkan lagi kami moment dengan BAS RAHMAT ALAM, hehe

okeh setelah selesai semua krisis di terminal, maka bas pun bertolak tepat jam 4.40 petang dan sampai di Melaka Sentral jam 6.40 petang. sampai sahaja kami terus mencari surau tuk solat asar, coz waktu bertolak tadi asar belum masuk..hehe..

**********



sebelum berangkat ke hotel kita bergambar dulu!!!
dan inilah teman2 sekepala saya semasa di metrik dulu, serendah sepesen sahaja..kiki

Oh!!rasa macam lupa nak kenalkan kawan2 cik ayu yg join this trip. dari hujung kiri tak perlu kot nak kenalkan lebih panjang lebar, owner of this blog, cik ayu yang still single n available, asal kelantan.kiki. seterusnya nurul nadiah, organiser this trip, baru pas tamat belajar di UPM, not available doh.haha, ke-3 dari kiri, Dr. halieza student medic di UKM, tahun empat. n last hujung sana adalah adik kecik kami Nurul Wahida, kerja di kemaman, hoho jauh tu datang naik bas tuk jayakan trip kami ini. 
tq dear semua. dan tak lupa 2 orang lagi bodyguard dan photographer kami yang x ada gambar cun la plak lam kamera cik ayu. haha nampak sangat pic sendiri yang banyak. tq syafiq and rahmat!!!


p/s: 2 hari bersama mereka cakap ganung je saya, dop kuor pun loghat kelate n Ke el..hehe

MELAKA TIME!! rombongan sekolah rendah intro


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, sudah 3 hari berlalu percutian cik ayu bersama rakan-rakan KMPh, Dr. Halieza, wahida, diah n another 2 guys jadi bodyguard n photographer kami sepanjang di MELAKA. serius sangat-sangat penat, 2 hari  tido je cover balik keletihan berjalan 2 hari lepas.

Tapi..tapi...moment kegembiraan bersama mereka masih segar di ingatan tau..masih terbayang waktu2 kecemasan menanti rahmat yang lambat tiba di terminal, gabra cari hotel yang tak jumpa, menyelusuri sungai dengan cruise di malam hari, jalan2 di jonker walk n alsa aktiviti photoshoot di muzium n sekeliling  A FAMOSA, last but not least naik menara taming sari melihat keindahan MELAKA  dari view 360 degree.

oh no..really miss dhat moment, rasa x nak balik n berpisah dengan mereka semua..huhu..tapi apakan daya masing2 ada tugas sendiri. hope next time akan ada rombongan sekolah menengah plak..hehe..organize by me. 


p/s: sekadar intro dulu cuti nie..muka-muka keletihan setelah beberapa minit sampai di Melaka..

Thursday, June 28, 2012

congratz!!! its a baby girl


hello..hello dunia!! aha pagi tadi lepas subuh tengah bersiap-siap untuk ke ofis abang hari ni, dapat panggilan fon dari my sis. dia dah BERSALIN!! Tahniah sis..n..its a baby girl!!!wah teruja, teruja dapat seorang lagi anak buah menjadikannya angka 7 semuanya...wah makin bertambah cucu abah n umat nabi Muhammad. ALhamduillah.

tapi yang kelakar dengar cerita sis atin ni, semalam baru je dia bertolak balik ke kelantan konon nak bersalin kat sana la kan, tup tup pagi td dah bersalin.hamik nasib sempat anda sempat sampai. kalu tidak naya anda if bersalin lam perjalanan lagi2 only anda berdua dengan hubby..huhu..

x sabar nak tengok raut wajah my new baby nih..ada iras sape2 la agaknya yer..jeng-jeng.nantikan kemunculan gambar dia fb dan akan di upload di sini..

p/s: dah lama x update terus update pasal baby baru..haha..

Thursday, June 14, 2012

muhasabah dari hati dan fikiran

Assalamualaikum, salam sejahtera.
insyaAllah tulisan malam ini pendek  dan ringkas sahaja, dari hati yang terusik dengan dugaan Allah sekali lagi.
"...Ya Allah diri ini bukan untuk bercakap besar mahupun membesar diri. diri ini mungkin tidaklah setakut mana dengan gangguan syaitan, hantu mahupun jin. kerana aku harus lebih takut pada-Mu kerana diri-Mu lagi maha besar dan berkuasa di alam ini. ape yang ingin kukatakan adalah, diri ini lagi takut malah risau andai sekali lagi Kau turunkan dugaan di hati ini apabila berhadapan dengan kaum yang berlainan jenis dariku. aku takut tidak dapat mengawal perasaan sayang, atau rindu kepada mereka yang belum halal buat diriku ya Allah. kerana dugaan itu lebih kuat dari segalanya, sekali kita boleh terjebak dengan perasaan tersebut, ia boleh melemahkan insan sepertiku yang sedia ada lemah Ya Allah. mengapa ya Allah ia hadir sekali lagi setelah 3 tahun hatiku tidak terusik sebegini..ampunkan diri ini ya Allah, peliharalah hatiku, lindungilah ia dari dugaan yang boleh mengecewakanku sekali lagi dan boleh melemahkan imanku sekali lagi..padamu ku berserah..."