Assalamualaikum..semoga kita semua hamba Allah dimuka bumi ini dalam rahmatnya..insyaAllah.
bila malam mula menjelma..mulalah hati dan minda ini ingin mengarang sedikit ayat2 jiwang mengubat hati yang sedang terusik dengan cinta duniawi..
Allahuakbar...astaghfirullah...alhamdulillah..
Allah yang maha besar, syukur kepada-Mu kerana masih lagi beri peluang kepada diri ini untuk merasai seketika cuma nikmat kasih dan sayang di hati buat kaum mereka...namun, ampunkan diriku yaAllah andai hati ini terusik sekali lagi dengan cinta dunia yang sementara ini. sungguh aku takut, sungguh aku risau andai sekali lagi Allah uji tahap keimanan di hati menangani cinta manusia. andai sahaja diri boleh hanyut kembali, iman boleh rapuh dengan godaan syaitan..astaghfirullah..bukan diri ini menunjuk alim, tapi tidak ingin pisang berbuah dua kali.
rakanku sekalian, bila berbicara tentang cinta, pasti semua ingin yang indah2 sahaja..ingin petik beberapa patah kata dalam buku ISTIKHARAH CINTA, karya UMMU ANAS,
kata-kata indah Dr. MAhmud asy-syarif dalam bukunya al-HUbb fi al-quran, "islam adalah agama cinta, dan Mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga dia merasakan hangatnya cinta.."
cinta wujud dalam hati semua insan, lalu menerbitkan rasa suka dan tertarik kepada sesiapa sahaja. cinta pada awalnya dirasakan suci dan bersih, apabila di layan, akhirnya boleh menjadi gelojak perasaan yang mendesak supaya dapat bertemu dan berada dekat dengan insan yang disayangi dan di kasihi.
Ibnu QAyyim al-Juaziyah ada menyebut, sekiranya manusia jatuh cinta, mereka memiliki rasa rindu dan sentiasa mengingati orang yang dicintai. tapi apa yang dibimbangkan apabila berlaku ketidakupayaan manusia mengawal rasa cinta di hati mereka sehingga tidak dapat berfikir dengan waras, tidak dapat membezakan yang mana buruk dan baik yang mana halal dan haram, yang mana pahala dan dosa dalam pergaulan mereka.
alhamdulillah mujur hati ini cepat sedar apabila diri dilanda dan terusik dengan cinta..terus istighfar agar hati tidak mudah lemah. sekiranya itu takdir jodoh dan cinta yang Allah kurniakan alhamdulillah..moga ia berlandaskan islam yang sebenar, tanpa dicacat cela oleh hasutan syaitan yang ingin melemahkan anak adam dan hawa.
suka cik ayu ingin tulis beberapa tanda hadirnya perasaan cinta dalam lubuk hati kita andai ia berlaku:
- suka mendengar nama yang dicintai dan disebut-sebut
- suka melihat orang yang dicintai
- suka duduk berdekatan dan bersama-sama orang yang dicintai
- suka segala perkara yang berkaitan dengan orang yang dicintai
namun jangan sampai kita tersalah langkah denga perasaan cinta tersebut, jadi di sini ada beberapa tips mengurus perasaan cinta andai ia bertandang di hati rakan-rakan sekalian, moga yang terbit itu suci dari hati berlandaskan perintah Allah.
- membina iman yang teguh kepada Allah, yakni amar makruf nahi mungkar. kemudian memusatkan tumpuan cinta, selaras dengan keredhaan Allah
- mengurus cinta berpandukan al-quran dan sunah. semakin dewasa kita, keinginan memiliki pasangan meluap-luap.oleh itu panduan dan bimbingan yang benar itu perlu
- sentiasa menjaga pandangan mata, serentak dengan menjauhi maksiat dan dosa. pandangan pertama sukar memberi kesan kepada ingatan, namun pandangan yang berulang-ulang meninggalkan bekas dalam hati. syaitan dan iblis sentiasa menunggu waktu menundukkan anak adam dan hawa.
- sentiasa berzikir, munajat dan berdoa supaya dikuatkan pendirian dan juga iman di hati. perkara ini dapat pelihara hati dari memikirkan perkara yang tidak sepatutnya.
insyaallah moga-moga kita semua dalam lindungan-Nya andai hati kita terusik dengan cinta duniawi. bercinta tidak salah, yang salah andai kita menyalahgunakan keindahan cinta yang Allah kurniakan dengan perkara menjurus maksiat. biarlah bercinta setelah ada akad yang menghalalkan cinta tersebut disisi agama. maka marilah sama-sama kita berdoa supaya dikurniakan cinta dan kasih yang mendekatkan lagi kita kepada sang pencipta.
