Tuesday, May 8, 2012

Bertemu dengan teman lama MATRIK..

Assalamualaikum..berhenti seketika dari membuat tugasan, cik ayu nak update story yang dah lama tertangguh.
Ingat tak before ni cik ayu pernah buat pameran dan jualan buku terbitan PTS publication di UPM. Alhamdulillah kebetulan rakan baik semasa di MATRIK dulu masih study di tahun akhir di UPM, maka dapatlah cik ayu bertemu dan bermalam di hostel dia. aha tiba-tiba buat diri ini perasan sementara cuma untuk menjadi pelajar UPM. nasib tiada siapa yang perasan.

If u all semua nak tahu ada kejadian kelakar yang berlaku pada diri cik ayu tau sepanjang 3 hari berada di sana..apakah ia?? mari sama-sama kita previu cerita sepanjang keberadaan cik ayu di sana...hehe
  • 1st day sampai di UPM memang jakun habis tengok pemandangan Universiti yang cantik dengan ladang dan bangunan lama di sana. mana tidak UPM tidak lokek dengan pokok-pokok yang tinggi dan tua, so rasa la keteduhan sedikit sebanyakkan?ups mana best UNIMAS or UPM??haha tepuk dada tanya pengalaman...
  • bila petang menjengah...taraa..my frenz, DIAH yang ditunggu dari pagi sampai..rasa lepas rindu yang selama ini bersarang di FB kan...selalu tanya bila leh jumpa..last2 jumpa kat UPM..hehe..tentu my frenz yang 2 orang lagi tu jeles sory ok..
  • malamnya kami keluar makan dengan boyfrenz DIAH,si abang syafik, fasilitator kitorang masa program matrikulasi dulu..dulu kami budak2 hingusan sahaja...selalu kacau diorang di telefon..last2 alhamdulillah dapat jumpa jugak...ahh malu bila kenang kembali.
  • keesokannya..taraa inilah episod yang paling mengharukan pagiku..bangun pagi awal, mandi awal tak nak berebut dengan orang ramai, konon aku ni macam budak baru kat UPM tu..haha..lepas breakfast kitorang terus ke bus stop. dalam hati da cuak sebab diah akan turun awal dari cik ayu di bus stop pertama..so cik ayu kena pandai2 tengok tempat untuk turun. sebelum diah turun dia ada pesan pada cik ayu supaya turun di busstop no 5 n jangan duduk kalu duduk nanti terlepas pandang. 
  • so bermula dari bus stop no 1 yang diah turun cik ayu dah kena kira satu. so dalam hati..satu..satu..satu..sampai la bus berhenti untuk next stop yang seterusnya...tiba2 kaki pergi gatal duduk..lepas tu mula terfikir balik..eh tadi stop yang ke berapa??coz dah rasa perjalanan jauh semacam kan??ahhhh!!! tidak...lepas tu kalut tanya amoi kat tepi..
"miss perpustakaan **** sudah lepas kah??"
"perpustakaan ape??" 
 haiya amoi ni x paham ke ape yang cik ayu tanya? ke tempat yang aku sebut salah?masa tu dah tak sempat tengok tempat dalam jadual dah..terus bangun pegi kat pakcik driver mintak dia berhenti n tanya nama perpustakaan tu..bila pakcik driver sebut, oh PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD baru je lepas kat bus stop tadi...kamu turun di sinilah dah terlepas..uhuu..malu dan redha sahajalah redah hujan gerimis pagi  itu..dalam minda duk pikir, mesti aku dah salah tanya nama perpustakaan dekat amoi tu..patut la dia blurr je time aku tanya..haha..
  • after a few minute, tiba2 hp bunyi..rupanya diah..siap mintak maaf dekat cik ayu sebab salah bagi maklumat, sepatutnya cik ayu turun di bus stop no 4...haiya diah...pagi2 lagi dah bagi cik ayu bersenam dalam hujan yerr...tapi apepun, seronok sangat ada kejadian manis yang boleh diingati di UPM..

Thursday, May 3, 2012

saya di smk putra perdana

Assalamualaikum..lama sudah rasanya tidak update sebarang cerita tentang perkembangan diri ini. maaf andai diri ini sibuk dengan urusan dunia. alhamdulillah minggu ini cik ayu berada di SMK PUTRA PERDANA untuk pameran dan jualan buku PTS. alhamdulillah sambutan dari pelajar sekolah  seperti biasa amatlah menggalakkan. terima kasih.

apa yang menarik di sekolah ini,pelajar2 amat berminat untuk membaca buku tentang pengetahuan islam, bencana akhir zaman, malah pemimpin2 hebat islam. tahniah diucapkan.
so esok hari terakhir  di sekolah ini,hope jualan dan sambutan dari adik2 tidak berkurang..so jom bercinta dengan buku

Sunday, April 22, 2012

Apakah PEKERJAAN saya??

Perlukah dalam setiap PERKENALAN baru, bertanyakan pekerjaan seseorang??
Terutama bagi mereka yang bergelar lepasan UNIVERSITI...oh tidak!!!
kadang-kadang ia boleh mendatangkan trauma bagi mereka yang masih menganggur mencari pekerjaan. Sampai satu tahap mereka tidak sanggup bersua muka dengan orang luar kerana tiada jawapan yang mampu diberikan (itu luahan yang cik ayu dapat dari rakan-rakan yang masih belum punya sebarang pekerjaan since bulan 6 tahun lepas setelah tamat pengajian)

So PLEASE!!!!
Anda dan anda yang diluar sana,sekiranya mengetahui ada di antara rakan anda masih belum punya pekerjaan elakkan daripada bertanyakan soalan CEPUMAS ini, kerana ia boleh merubah mood rakan anda...(wah bunyi seakan ugutan gitu...hehehe)

Baiklah kembali kepada tajuk entry blog kali ini..sebenarnya tadi tengah online FB, adalah seorang mamat ni tanya...DUK MANA??KERJA APA??
Bagi tidak mengulangi jawapan banyak kali, maka dengan ini wahai rakyat jelata yang sudi singgah di blog cik ayu, beta ingin mengisytiharkan bahawa, cik ayu sekarang telah bekerja di sekitar KUALA LUMPUR dan SELANGOR, tempat tinggalnya pula di RAWANG, SELANGOR, dan pekerjaannya pula adalah seorang BUSSINESSWOMAN...wah gitu..hebat-hebat, insyaAllah. Cik ayu sekarang ada bisnes jualan dan pameran buku, di sekolah-sekolah, IPTA dan juga sebarang karnival anjuran kerajaan mahupun swasta. Alhamdulillah, walau bukan bekerja dalam ofis, pakai baju cantik-cantik kasut tinggi, namun rezeki gaji Allah tetap ada tuk tampung diri.

Rasanya cukuplah sekadar itu sahaja info yang dapat diberikan bagi mereka yang ingin mengenali dan mengetahui update terbaru cik ayu..jadi siapa-siapa yang berminat untuk membeli buku keluaran PTS..sila hubungi cik ayu yer..daaa

Am I busy WOMAN???

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia (ada jugak slogan PAK JIB)
Alhamdulillah, hari ini selesai 1 lagi pameran dan jualan buku di SRA DAMANSARA. syukur atas rezeki yang Allah kurniakan ke atas bisnes yang dijalankan. Sambutan dari kanak-kanak sekolah amat menggalakkan. Terpancar di wajah mereka yang gemar membaca buku, akan dicari juga buku yang harganya paling murah sekitar RM3 untuk dibawa pulang sekaligus dibaca hendaknya. Tetapi buku yang mendapat sambutan hangat sudah tentu KOMIK-M dalam kalangan mereka. Terima kasih cik ayu ucapkan buat mereka semua sudi datang dan meriahkan booth jualan buku cik ayu. WALAUPUN penat melayan karenah mereka, tetapi kepuasa dalam bisnes ini tetap cik ayu dapat setelah melihat raut wajah kegembiraan mereka apabila dapat membeli sebiji buku untuk di baca.

Alhamdulillah 2 hari lepas juga selesai pameran dan jualan buku yang berlangsung di UPM, Serdang. Sambutan  dari pelajar IPTA juga amat menggalakkan. Oleh kerana mereka ingin menghabiskan baucer buku 1 Malaysia yang telah diberi oleh kerajaan. Syukur dan terima kasih buat mereka. Ternyata pelajar IPT bukan sekadar menelaah pelajaran semata-mata, namun ilmu lain seperti pengetahuan tentang islam, sejarah islam, malah dari sudut pengetahuan agama, solat serta motivasi diri juga menjadi pilihan mereka. Tahniah pelajar IPT sekalian yang benar-benar memanfaatkan baucer buku pemberian kerajaan sebaiknya.

 Dalam cik ayu bercerita tentang perkembangan pameran dan jualan buku yang terkini, terdetik di hati tentang satu persoalan. AM I BUSY WOMAN??? Persoalan yang belum mampu di jawab. rasanya tidak pernah terlintas di fikiran untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes, malah sewaktu di UNIMAS dahulu pun cik ayu ambil bidang sains. Nampak lari benar kan hala tuju selepas konvo? Namun itu semua ketentuan Allah di mana datangnya rezeki kita. Apa yang penting bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Tetapi cik ayu amat menyukai bisnes sekarang, yang memberi kelebihan untuk cik ayu bertemu dengan ramai rakan niaga, dan membantu meningkatkan tahap komunikasi cik ayu dengan lebih baik. insyaAllah..hope one day even I am a busy woman, I will not or never forget Allah, who give me REZEKI IN THIS WORLD..wallahuwa'lam.

Thursday, April 12, 2012

HaPPy BirthDay Abe Ije...

Assalamualaikum semua..alhamdulillah hari ni Allah masih memberi nyawa untuk cik ayu bernafas di muka bumi Allah dengan sihat walafiatnya. Rasanya masih belum terlambat untuk cik ayu wish HAPPY BIRTHDAY to my beloved brother, the only one brother yang cik ayu ada di dunia ini..

HAPPY BIRTHDAY...SANNAH HELWAH YA AKHI...

Terima kasih sudi jadi abang yang memang terbaik boleh ku katakan, yang menjaga kebajikan diri ini dari kecil sampai masuk Universiti, keluar universiti..apepun ayu doakan abe bahagia, murah rezeki n panjang umur.

So, rabu lepas, kebetulan pula cuti sempena majlis agung, kami adik beradik memang da sepakat plan awal2 lagi  tuk keluar lepak sama-sama di rawang rumah abe..cik ayu dengan sis kak nor sponsor kek hari jadi, n abe belanja kami makan pizza di pizza hut aeon rawang..yang kelakar, kami semua makan dengan keadaan yang tak selesa. mana tidaknya asyik duk berkejar sana sini dengan anak2 kecik masing2..mana nak layan najla n khaalish, dan juga si najmi n najwan..lagi menyakitkan hati servis makanan di situ sangat2 la lambat..tapi x pela kami maafkan coz kami bolehla borak lama2 dengan all my sis di situ..tq2 abe sudi belanja..





maka ini sahaja cerita pada minggu ini, hari bersama keluarga sempena hari jadi abang cik ayu..
eh ada pun gambar abe ije wif najla..tengok si kecik najla pun sibuk nak order pizza gak..agak2 dia order ape??hehe..

Friday, April 6, 2012

akhirnya, tiba juga masa yang di nanti..hatiku, dupdap

Assalamualaikum..seminggu setelah kepulanganku dari Kota Bharu, petang tadi aku mendapat satu panggilan.
panggilan yang membuatkan hatiku berdebar-debar, hati gundah gulana, fikiran mula terganggu..
setelah lamaku menanti akhirnya.... ia tiba jua...APAKAH???

alahai, bermadah-madah pula pengenalan cik ayu hari ini kan?? sebenarnya petang tadi cik ayu terima satu panggilan dari cikgu yang mengajar cik ayu belajar kereta tempoh hari. katanya test JPJ cik ayu akan diadakan pada hari isnin depan ini. maka dengan itu, telah membuatkan cik ayu takut dan berdebar-debar. mana tidaknya hampir 2 bulan meninggalkan stereng kereta tanpa dipulas sendiri, tiba-tiba sahaja harus dilaksanakan dan ditunjukkan di hadapan cikgu dan juga si pemeriksa abang-abang or pokcik-pokcik JPJ..uhuu menyeramkan sahaja rasanya..

maka dengan itu, cik ayu terpaksan sekali lagi pulang ke kampung kota bharu minggu ini..alahai... belum hilang penat, yang kelakar cik ayu boleh ragu-ragu nak amik bas pagi or malam...ades ni gara2 sayang nak tgk tv la ni..ish2..apepun, kawan2 doa cik ayu selamat sampai di kb k..n berjaya lepas test JPJ itu yer