Sunday, April 22, 2012

Apakah PEKERJAAN saya??

Perlukah dalam setiap PERKENALAN baru, bertanyakan pekerjaan seseorang??
Terutama bagi mereka yang bergelar lepasan UNIVERSITI...oh tidak!!!
kadang-kadang ia boleh mendatangkan trauma bagi mereka yang masih menganggur mencari pekerjaan. Sampai satu tahap mereka tidak sanggup bersua muka dengan orang luar kerana tiada jawapan yang mampu diberikan (itu luahan yang cik ayu dapat dari rakan-rakan yang masih belum punya sebarang pekerjaan since bulan 6 tahun lepas setelah tamat pengajian)

So PLEASE!!!!
Anda dan anda yang diluar sana,sekiranya mengetahui ada di antara rakan anda masih belum punya pekerjaan elakkan daripada bertanyakan soalan CEPUMAS ini, kerana ia boleh merubah mood rakan anda...(wah bunyi seakan ugutan gitu...hehehe)

Baiklah kembali kepada tajuk entry blog kali ini..sebenarnya tadi tengah online FB, adalah seorang mamat ni tanya...DUK MANA??KERJA APA??
Bagi tidak mengulangi jawapan banyak kali, maka dengan ini wahai rakyat jelata yang sudi singgah di blog cik ayu, beta ingin mengisytiharkan bahawa, cik ayu sekarang telah bekerja di sekitar KUALA LUMPUR dan SELANGOR, tempat tinggalnya pula di RAWANG, SELANGOR, dan pekerjaannya pula adalah seorang BUSSINESSWOMAN...wah gitu..hebat-hebat, insyaAllah. Cik ayu sekarang ada bisnes jualan dan pameran buku, di sekolah-sekolah, IPTA dan juga sebarang karnival anjuran kerajaan mahupun swasta. Alhamdulillah, walau bukan bekerja dalam ofis, pakai baju cantik-cantik kasut tinggi, namun rezeki gaji Allah tetap ada tuk tampung diri.

Rasanya cukuplah sekadar itu sahaja info yang dapat diberikan bagi mereka yang ingin mengenali dan mengetahui update terbaru cik ayu..jadi siapa-siapa yang berminat untuk membeli buku keluaran PTS..sila hubungi cik ayu yer..daaa

No comments:

Post a Comment