Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia (ada jugak slogan PAK JIB)
Alhamdulillah, hari ini selesai 1 lagi pameran dan jualan buku di SRA DAMANSARA. syukur atas rezeki yang Allah kurniakan ke atas bisnes yang dijalankan. Sambutan dari kanak-kanak sekolah amat menggalakkan. Terpancar di wajah mereka yang gemar membaca buku, akan dicari juga buku yang harganya paling murah sekitar RM3 untuk dibawa pulang sekaligus dibaca hendaknya. Tetapi buku yang mendapat sambutan hangat sudah tentu KOMIK-M dalam kalangan mereka. Terima kasih cik ayu ucapkan buat mereka semua sudi datang dan meriahkan booth jualan buku cik ayu. WALAUPUN penat melayan karenah mereka, tetapi kepuasa dalam bisnes ini tetap cik ayu dapat setelah melihat raut wajah kegembiraan mereka apabila dapat membeli sebiji buku untuk di baca.
Alhamdulillah 2 hari lepas juga selesai pameran dan jualan buku yang berlangsung di UPM, Serdang. Sambutan dari pelajar IPTA juga amat menggalakkan. Oleh kerana mereka ingin menghabiskan baucer buku 1 Malaysia yang telah diberi oleh kerajaan. Syukur dan terima kasih buat mereka. Ternyata pelajar IPT bukan sekadar menelaah pelajaran semata-mata, namun ilmu lain seperti pengetahuan tentang islam, sejarah islam, malah dari sudut pengetahuan agama, solat serta motivasi diri juga menjadi pilihan mereka. Tahniah pelajar IPT sekalian yang benar-benar memanfaatkan baucer buku pemberian kerajaan sebaiknya.
Dalam cik ayu bercerita tentang perkembangan pameran dan jualan buku yang terkini, terdetik di hati tentang satu persoalan. AM I BUSY WOMAN??? Persoalan yang belum mampu di jawab. rasanya tidak pernah terlintas di fikiran untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes, malah sewaktu di UNIMAS dahulu pun cik ayu ambil bidang sains. Nampak lari benar kan hala tuju selepas konvo? Namun itu semua ketentuan Allah di mana datangnya rezeki kita. Apa yang penting bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Tetapi cik ayu amat menyukai bisnes sekarang, yang memberi kelebihan untuk cik ayu bertemu dengan ramai rakan niaga, dan membantu meningkatkan tahap komunikasi cik ayu dengan lebih baik. insyaAllah..hope one day even I am a busy woman, I will not or never forget Allah, who give me REZEKI IN THIS WORLD..wallahuwa'lam.


No comments:
Post a Comment