Sunday, April 22, 2012

Am I busy WOMAN???

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia (ada jugak slogan PAK JIB)
Alhamdulillah, hari ini selesai 1 lagi pameran dan jualan buku di SRA DAMANSARA. syukur atas rezeki yang Allah kurniakan ke atas bisnes yang dijalankan. Sambutan dari kanak-kanak sekolah amat menggalakkan. Terpancar di wajah mereka yang gemar membaca buku, akan dicari juga buku yang harganya paling murah sekitar RM3 untuk dibawa pulang sekaligus dibaca hendaknya. Tetapi buku yang mendapat sambutan hangat sudah tentu KOMIK-M dalam kalangan mereka. Terima kasih cik ayu ucapkan buat mereka semua sudi datang dan meriahkan booth jualan buku cik ayu. WALAUPUN penat melayan karenah mereka, tetapi kepuasa dalam bisnes ini tetap cik ayu dapat setelah melihat raut wajah kegembiraan mereka apabila dapat membeli sebiji buku untuk di baca.

Alhamdulillah 2 hari lepas juga selesai pameran dan jualan buku yang berlangsung di UPM, Serdang. Sambutan  dari pelajar IPTA juga amat menggalakkan. Oleh kerana mereka ingin menghabiskan baucer buku 1 Malaysia yang telah diberi oleh kerajaan. Syukur dan terima kasih buat mereka. Ternyata pelajar IPT bukan sekadar menelaah pelajaran semata-mata, namun ilmu lain seperti pengetahuan tentang islam, sejarah islam, malah dari sudut pengetahuan agama, solat serta motivasi diri juga menjadi pilihan mereka. Tahniah pelajar IPT sekalian yang benar-benar memanfaatkan baucer buku pemberian kerajaan sebaiknya.

 Dalam cik ayu bercerita tentang perkembangan pameran dan jualan buku yang terkini, terdetik di hati tentang satu persoalan. AM I BUSY WOMAN??? Persoalan yang belum mampu di jawab. rasanya tidak pernah terlintas di fikiran untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes, malah sewaktu di UNIMAS dahulu pun cik ayu ambil bidang sains. Nampak lari benar kan hala tuju selepas konvo? Namun itu semua ketentuan Allah di mana datangnya rezeki kita. Apa yang penting bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Tetapi cik ayu amat menyukai bisnes sekarang, yang memberi kelebihan untuk cik ayu bertemu dengan ramai rakan niaga, dan membantu meningkatkan tahap komunikasi cik ayu dengan lebih baik. insyaAllah..hope one day even I am a busy woman, I will not or never forget Allah, who give me REZEKI IN THIS WORLD..wallahuwa'lam.

Thursday, April 12, 2012

HaPPy BirthDay Abe Ije...

Assalamualaikum semua..alhamdulillah hari ni Allah masih memberi nyawa untuk cik ayu bernafas di muka bumi Allah dengan sihat walafiatnya. Rasanya masih belum terlambat untuk cik ayu wish HAPPY BIRTHDAY to my beloved brother, the only one brother yang cik ayu ada di dunia ini..

HAPPY BIRTHDAY...SANNAH HELWAH YA AKHI...

Terima kasih sudi jadi abang yang memang terbaik boleh ku katakan, yang menjaga kebajikan diri ini dari kecil sampai masuk Universiti, keluar universiti..apepun ayu doakan abe bahagia, murah rezeki n panjang umur.

So, rabu lepas, kebetulan pula cuti sempena majlis agung, kami adik beradik memang da sepakat plan awal2 lagi  tuk keluar lepak sama-sama di rawang rumah abe..cik ayu dengan sis kak nor sponsor kek hari jadi, n abe belanja kami makan pizza di pizza hut aeon rawang..yang kelakar, kami semua makan dengan keadaan yang tak selesa. mana tidaknya asyik duk berkejar sana sini dengan anak2 kecik masing2..mana nak layan najla n khaalish, dan juga si najmi n najwan..lagi menyakitkan hati servis makanan di situ sangat2 la lambat..tapi x pela kami maafkan coz kami bolehla borak lama2 dengan all my sis di situ..tq2 abe sudi belanja..





maka ini sahaja cerita pada minggu ini, hari bersama keluarga sempena hari jadi abang cik ayu..
eh ada pun gambar abe ije wif najla..tengok si kecik najla pun sibuk nak order pizza gak..agak2 dia order ape??hehe..

Friday, April 6, 2012

akhirnya, tiba juga masa yang di nanti..hatiku, dupdap

Assalamualaikum..seminggu setelah kepulanganku dari Kota Bharu, petang tadi aku mendapat satu panggilan.
panggilan yang membuatkan hatiku berdebar-debar, hati gundah gulana, fikiran mula terganggu..
setelah lamaku menanti akhirnya.... ia tiba jua...APAKAH???

alahai, bermadah-madah pula pengenalan cik ayu hari ini kan?? sebenarnya petang tadi cik ayu terima satu panggilan dari cikgu yang mengajar cik ayu belajar kereta tempoh hari. katanya test JPJ cik ayu akan diadakan pada hari isnin depan ini. maka dengan itu, telah membuatkan cik ayu takut dan berdebar-debar. mana tidaknya hampir 2 bulan meninggalkan stereng kereta tanpa dipulas sendiri, tiba-tiba sahaja harus dilaksanakan dan ditunjukkan di hadapan cikgu dan juga si pemeriksa abang-abang or pokcik-pokcik JPJ..uhuu menyeramkan sahaja rasanya..

maka dengan itu, cik ayu terpaksan sekali lagi pulang ke kampung kota bharu minggu ini..alahai... belum hilang penat, yang kelakar cik ayu boleh ragu-ragu nak amik bas pagi or malam...ades ni gara2 sayang nak tgk tv la ni..ish2..apepun, kawan2 doa cik ayu selamat sampai di kb k..n berjaya lepas test JPJ itu yer

Monday, March 26, 2012

blog baru 6+1

Assalamualaikum, salam di tengah malam..alhamdulillah tadi cik ayu selamat bukak blog baru..wahh hebat2 sampai dua sekali blog cik ayu ado..memang tamak. 
blog baru tersebut cik ayu namakan


eh kenapa 6+1 kan??
sebabnya anak2 buah ciksu kan dah ada 6 orang, bulan 6 ni tambah lagi sorang, tapi belum tau boy or girl,
tu yang buat 6+1..hehe lagipun da x dak idea nk bg nama ape tuk blog tersebut, tu yang meain hentam letak, tapi last2 cute gak nama tu..ehhe..

ha lepas ni x dak dah muka depa nak menyibuk/ interframe kat blog cik ayu..blog kasehku ayu semutlaknya milik ciksu..syuh..pi jauh2 duk kat blog sana..haha..kejamnya..
ok teman2..jom jemput singgah kat blog anak2 cik ayu yer...sekarang ni tengah duk ubahsuai lagi, banyak lagi tak lengkap story mereka..tapi papepun..jemput2

adios, tido dulu..seminit ag nk kul 12..update entry plg laju dlm masa 5 minit..kiki

Sunday, March 25, 2012

bila saya ada duit???

Assalamualaikum. pejam celik, pejam tak berapa celik, rupanya telah beberapa hari cik ayu tak update blog dengan story mory baru. maaf yer, cik ayu sibuk melayan, bermain dan bermanja dengan anak-anak buah. macam itulah perangai cik ayu, bila dapat bersama anak-anak, lupa semua benda, sampai nak online lama2 pun malas, tangan ni nak je pegang, usik2 anak. sory yer..

baiklah, update hari ini cik ayu nak ajak anda semua berfikir, renung dan mungkin juga muhasabah diri serba sedikit tentang diri anda, SIKAP anda apabila anda BERDUIT?? ha bila sebut tentang duit, pasti bermacam-macam perkara terlintas di fikiran bukan??nak beli itu dan ini kan??usah disorok apa yang ada diminda anda..cik ayu sendiri pun berubah sikap atau nafsu membeli apabila diri ini BERDUIT. tapi yang penting jangan sampai terlalu BOROS berbelanja sehingga terpaksa mengikat perut di tengah ataupun di hujung bulan (yakni makan maggi), itu naya namanya..hehe..biarlah ia sekadar mampu sahaja.. yang penting duit minyak n tol cukup bagi mereka di sekitar KL or SELANGOR..hehe..okeh

sebagai contoh hari ini, cik ayu dah berbelanja melebihi bajet yang ditetapkan. tambah-tambah lagi destinasi yang dituju adalah IKEA gedung membeli belah barangan rumah terbesar juga, memang menggoda nafsu membeli la dibuatnya. rasa nak capai saja semua benda yang berkenan di hati, sana cantik sini cute, itu marvelous, ini OK, namun nasib akal dan minda bawah sedar, menyekat kemahuan yang tidak berkepentingan, maka selamatlah duitku sedikit. so tadi di IKEA, cik ayu beli laundry bag, box tuk simpan baju and barang hiasan, n frame gambar..huhu hbs la sekeping not rm50 kt situ, pastu kami sambung plak kt one utama shopim kt jusco..ha yang kat tempat ni memang hbs banyak, memandangkan cik ayu dah lama x shopim baju n seluar..huhu maka di sini lebur lagi beberapa not rm50. huhu, bila balik umah mula nak garu kepala yang x bape gatal..hehehe..

dan itulah cerita bila cik ayu berduit, pasti akan beli barang keperluan diri dalam mahupun luar untuk diguna beberapa bulan akan datang..anda bagaimana??hehe, pastikan anda membeli yang betul2 memenuhi keperluan anda bukannya kemahuan anda semata-mata. ha jangan lupa dengan pesanan cik ayu dalam tajuk entry antara 3K untuk anda yang berduit untuk membeli sesuatu barangan..hehe

p/s: alhamdulillah akhirnya menjadi jugak rancangan along nk beli hp baru, samsung CORBY, x pala biasa2 ja, janji leh sms n kol, plus wifi upgrade dri yg lama..hehe..eh kak nor pun x nak kalah, beli set meja, kerusi tuk alish belajar, kerusi makan tuk alma, barang2 hiasan rumah, like candle yang harum mewangi semerbak dalam bonet keta..oh cermin tuk ditampal di dinding same wif along yang dalam operasi mencantikkan rumah dia..wah hebat along..oh acik pun sama, macam2 dia beli td siap pau duit cik ayu lagi, nasib ko perut memboyot, tu yg lembut hati nk bg duit..kiki..apepun happy today dapat spend masa together dgn all my sis..love u mwuahh2..

Monday, March 19, 2012

rindu

hanya satu benda yang mampu terucap walau diri ini sesibuk mana pun..

SAYA RINDUKAN KAMU..

RINDU SUARA KAMU..

RINDU JENAKA KAMU..




kita jauh antara satu sama lain..

dan kita tak pernah nyatakan perasaan itu..

namun jauh di sudut hati ini

selama ini...

saya sayang awak

saya kasih pada awak..

kamu sirna keceriaan dan kebahagiaan saya

hanya kamu dalam kenangan...


thanks..