Saturday, March 10, 2012

pameran buku pertama

Assalamualaikum..
selamat pagi, salam sejahtera semua. Alhamdulillah cik ayu dapat bersua lagi dengan blog ini, setelah ditinggalkan beberapa hari. bukan tak sayang tapi cik ayu sedikit sibuk menguruskan pameran buku. keluar rumah jam 6.30 pagi, kerja..kerja dan kerja..balik umah sampai jam 8.30 malam paling lewat jam 9.30 malam. 

penat tak usah ditanya??Allah saja yang tahu dengan dugaan sakit perut 3 hari, sakit belakang, lenguh sana, lenguh sini, ditambah dengan kesesakan lalu lintas hidup di bandar KL ini gara-gara banjir kilat dan terowong smart ditutup...uhuu tapi itu semua tidak mematahkan semangat cik ayu untuk mencari rezeki membantu abang.

Alhamdulillah, semalam selesai pameran buku pertama cik ayu untuk syarikat abang di sekolah rendah agama bandar seri putra, Bangi sempena mesyuarat agung PIBG sekolah tersebut. seronok tengok anak-anak, adik-adik teruja melihat koleksi buku dan yang penting mereka pasti akan beli satu buah buku untuk di bawa pulang.


actly, pameran ini  kerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG bagi menggalakkan ibu bapa membeli 1 buku untuk diwakafkan ke pihak pusat sumber sekolah bagi menambah koleksi bacaan anak-anak di sekolah. jadi, sambil membeli ibu bapa dapat menambah pahala..alhamdulillah sambutan dari ibu bapa amat menggalakkan, termasuk anak2 yang sanggup mengorek duit syiling dari tabung untuk membeli buku, dan cik ayu pun terpaksa terbongkok-bongkok mengira duit mereka. tapi niat ikhlas kerana Allah untuk berniaga maka cik ayu dan abang bagi diskaun lebih untuk mereka. dan ternyata, andai kita ikhlas kerana Allah rezeki yang datang melebihi dari ape yang kami target. totally target untuk 3 hari sale amat memberangsangkan..

alhamdulillah syukur..the next exhibition at uitm shah alam, yang ini kami fokus untuk student yang masih belum menukar baucer buku 1 malaysia..moga masih ada rezeki lebih buat kami.

p/s: alhamdulillah, bangun pagi ni badan dah segar sihat n boleh telan nasi lemak pagi2..dah 3 hari makan nasi tak pernah habis asyik rasa nak muntah je..huhu..

Wednesday, February 29, 2012

Happy besday ALISH..

Happy besday to you.. Happy besday to you.. Happy besday to ALISH.. Happy besday to you.. Happy besday MOHAMMAD KHAALISH RIFQI.. Alhamdulillah hari ini da genap usia alish 2 tahun.. Pejam celik,pejam celik da besar upanya.. Pandai buli ciksu dia..pandai gurau dengan ciksu dia.. Dan paling penting suka buli adik dia alma najla..hehe Okeh insyaAllah ahad ni akan diadakan majlis ringkas untuk sambut besday alish.. Kami jemput ahli keluarga yang berada di sekitar kl n selangor serta kawan2 alish kat sekolah dia. Bye semua

Sunday, February 26, 2012

Kenapa AWAK suka saya??

N: hai awak..
C.A: ape hai-hai!!
N: amboi garangnya..
C.A: ee awak tahu tak yang saya tak suka dan benci AWAK!!
N: tapi saya suka AWAK!!
C.A: eee...gelinya..eh kenapa AWAK suka sangat kacau saya ha!!tiap-tiap malam plak tu..
N: suka hati SAYA la..dah saya suka tengok AWAK..
C.A: eh AWAK bukan setakat tengok tau..siap sentuh kulit saya nie..AWAK melampau!!saya benci AWAK!!
N: dah AWAK tak tampar SAYA.
C.A: macam mana saya nak tampar AWAK kecik sangat..dah macam2 cara saya buat nak halau AWAK..tapi..
N: tapi ape..ha awak kalah yer..
C.A: saya bukan kalah..da tak larat nak marah awak..hari2 awak sentuh kulit saya NYAMUK..sampai habis bintik-bintik merah kulit saya ni..da x cantik..penat saya jaga selama ni..AWAK faham tak NYAMUK!!!!
saya BENCI awak..
N: ok sorry..pasni saya tak datang lagi..kalu kawan saya yang datang jangan marah saya plak..bukan salah saya..hahaha..tolong halalkan semua darah awak sebelum ini yer..
C.A: hishhhh!!!i hate u



Thursday, February 23, 2012

isnin depan turun KL

Assalamualaikum..selamat petang semua..
emmm petang ni tak ade entry yang nak diceritakan,, tiba-tiba otak jadi tepu nak mengarang even list tajuk entry da bersusun dalam diary..mungkin sebab banyak tido kot, tu yang jadi slow otak nie..hehe..

okeh ape pun nak update kedudukan cik ayu minggu depan. Semalam dapat panggilan dari abe ije, dia mintak turun KL minggu depan, katanya nak bincang pasal keja. KEJA ape???wallahuwa'alam..cik ayu pun tak tau..yang penting dia kata biar sampai KL dulu..OK..jangan dia bawak calon suami sudah..hehe..gatal nye!!!

oh kebetulan minggu yang cik ayu turun KL tu, sis Nor Hafizah nak wat majlis sambut besday KHAALISH..
dengar kata nak panggil sepupu sepapat yang tinggal kat kawasan KL n SELANGOR..wahh seronoknya da lama x dapat kumpul..n for sure akan amik gambar banyak-banyak besday boy n family..
Doakan cik ayu selamat sampai KL yer...hope ada la peluang kerja, da lama sangat rasanya menganggur..huhu.

p/s: esok sis Nor Fathihah balik kampung..can't wait to see her n joli duit dia..nak beli itu ini dekat PASAR SITI KHADIJAH..yuhuu..

Wednesday, February 22, 2012

Dunia yang sunyi

kedatangan yang tidak dirancang, dan itulah takdir Allah
"Kita hanya mampu merancang, namun Allah juga yang menentukan segalanya"
 sudah sekian lama merancang untuk berziarah, namun ada sahaja halangan membatalkan niat itu. entah kenapa?? Namun alhamdulillah petang tadi dengan izin Allah menggerakkan hati untuk minta abah singgah sebentar di tempat itu.
Abah memberhentikan kereta di kawasan parkir, ku melangkah keluar dari kereta, alhamdulillah nasib diri ini masih dalam keadaan suci dan berwuduk semasa solat zohor tadi..ku mulakan langkah, sampai di pintu..bibir mengucapkan
"Assalamualaikum ya ahli kubur sekalian..."
Alhamdulillah akhirnya anak UMI datang jua bertemu pusara yang telah lama tidak berjenguk..maafkan diri ini UMI..andai diri ini jauh dan lupa datang ke sini ziarah rumah barumu..ketahuilah diri ini sentiasa mengingati dirimu, memanjatkan doa agar dirimu sejahtera di sana..janji diriku akan sentiasa sedekahkan bacaan yasin dan ayat suci al-quran selalu buatmu selagi masih ada nafas ini..insyaAllah..
tidak lupa jua kutitipkan al-fatihah buat seluruh ahli kubur yang lain termasuk arwah nenek dan saudara mara yang lain..moga2 diri mereka juga tenang dan diampunkan dosa mereka..

selesai berdoa, aku pandang keseluruhan tempat ini..SUNYI..itu yang mampu ku katakan..inilah dunia yang sunyi walau di luar sana bising dan sibuk dengan hiruk pikuk kota..dengan kenderaan lalu lalang yang bersilih ganti. diri mula menilai, walau bagaimana hebat kita di dunia ini sewaktu kita hidup dan sihat..namun apabila ajal menjemput di sinilah kita nanti, di DUNIA YANG SUNYI kembali menghadap MAHA PENCIPTA.
dan ketika itu diri ini mula menjadi takut. TAKUT AKAN KEMATIAN..kenapa aku TAKUT?? aku takut, kerana merasakan diri ini belum cukup bekal amalan yang ingin dibawa menghadap Ilahi..masih belum banyak ilmu agama dalam diri ini..masih terasa jauh dari Allah..masih banyak dosa nak di banding dengan pahala..aku takut seandainya neraca timbangku nanti berat sebelah tidak seimbang?? ya Allah ampunkan diri ini seandainya leka dan lalai dari mengingati-Mu. satu hari aku pasti ke dunia yang sunyi dan sepi ini juga, namun tidak sepi dari balasan Allah.


p/s: semasa ziarah kubur arwah umi td..alhamdulillah bersih pusara umi termasuk pusara yang lain. rumput pendek namun tanah sedikit kering disebabkan cuaca panas beberapa hari ini. tapi agak marah dengan diri sendiri hampir terlupa kedudukan pusara UMi, gara-gara terpesona kawasan kubur bersih dan kebesaran masjid kampung yang sedang dibina..inysaAllah raya ni dapat rasa masjid baru. maafkan diri ini UMi, keliru sedikit..lepas ni janji tak akan berlaku lagi.
Al-fatihah buat arwah UMI...


Tuesday, February 21, 2012

Cantiknya Rambut dia..

Assalamualaikum, selamat pagi. bangun dari tidur, bsuh muka, sarapan terus online..aish teruk betul. ntah dah mandi ke belum nie...ce teka?? hehhee..

okeh pagi ni nk buka story tentang rambut. baru-baru ni masa online, terlihat gambar seseorang. Dalam hati terdetik, cantiknya rambut dia, ada perang-perangan sikit warnanya, rasa nak join sekali pergi warnakan rambut. dengan cara dia 'style'kan rambut, memang menampakkan yang dia ni pandai bergaya..cemburu cik ayu dibuatnya. mulalah diri ini duduk depan cermin solek, belek2 rambut yang tak seberapa ni, pastu mulala nak berkhayal dengan perkataan...

"kalau la rambut aku cantik bergelombang di hujung macam rambut ayu raudhah dalam cite GEMERSIK KALBU..."


"tak pun rambut pendek ala-ala ADIRA..." (not hafiz yg kat tepi tu)



tapi dalam duk berkhayal pasal rambut, namun suara hati berbisik..
"bukankah rambut itu mahkota wanita, mengapakah kau idamkan untuk menayangkan rambutmu yang termasuk dalam penjagaan auratmu??mengapa kau tidak idamkan gaya pemakaian muslimah yang sejati, yang menutupi seluruh auratnya dari pandangan MUSLIM yang bukan mahrammu. bukankah itu yang sebaiknya??
astaghfirullahala'zim..
dan niat itu terus bertukar..kenapa aku harus lalai dalam menitikberatkan tentang aurat dalam gaya pemakaian atau berfesyen..masyaAllah..ampunkan dosaku ya Allah..akan ku jaga mahkota rambutku ini hanya untuk tatapan bakal suamiku sahaja satu hari nanti yang telah kau tetapkan.

nak share something jumpa dari blog islam itu indah dan mudah
Surat An-Nuur 31
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; Dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang), Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan"

tapi sebenarnya, tentang kecantikan rambut ini bukanlah cik ayu inginkan sangat, ape yang cik ayu idamkan selama ini adalah, ingin berjilbab yang sempurna yang beri keselesaan pada diri. alangkah cantik kalu berjubah, dengan selendang atau bertudung dengan cara yang baik. sekarang ni pun dekat pasaran banyak sudah penjualan jubah yang bermacam fesyen, cuma mampu atau tidak untuk kita beli..betul x??
hope one day mampu beli satu jubah dengan duit sendiri...teringin sangat nak pakai..
tapi kan yang ayu perasan ada jenis jubah yang dijual tetap nampak bentuk tubuh,,kenapa yer??bila sesuatu yang sempurna tradisi dimodenkan mengikut trend semasa..hmm fikir-fikirkan...

p/s: bila semakin dewasa ni, pakai baju yg kecik sikit ke, baju x longgar or labuh dari punggung mula rasa x selesa dan serba tak kena..macam pakai baju adik2..tapi bila berbaju kurung..selesanya nak berjalan..hmm perlu cari baju lain agaknya or asingkan baju yang mana da x sesuai untuk dipakai..wallahuwa'lam..