Tuesday, February 21, 2012

Bila dapur makin canggih..

Assalamualaikum..petang ni konon nak bersenam sikit..tapi x sedar dah sejam tersangkut depan laptop..of course la dengan blog tersayang ni..hehe..

haa teman2 di luar sana, anda semua perasan tak semakin bertambah usia dunia, yakni semakin kita  semua didedahkan dengan dunia teknologi yang serba canggih menjadikan kita seperti kanak-kanak yang terkial-kial baru nak mula belajar berjalan. dan itulah yang terjadi dengan abah cik ayu. 

story dia macam ni, baru-baru ni abah ada attend satu majlis n nasib badan, bertuah dia dapat hadiah cabutan bertuah. APaKAH HADIAH ITU?? jeng..jeng..DAPUR ELEKTRONIK..fuhh tak pernah sebertuah itu abah dapat..so the next day abah pun masuk dapur, belek-belek kuali leper n periuk yang boleh dikategorikan khazanah negara, gosok-gosok kasi licin tanpa ada secalit daki hitam pun yang tinggal. then abah pun ON suis, dan meletakkan kuali tersebut di atas benda alah itu. Bila ON suis, abah hairan kenapa tak berfungsi??tekan-tekan tak kuar ape2..abah mula membebel kata barang rosak..haha cik ayu hanya mampu geleng kepala, dalam fikiran dah buat analisis, mesti dapur tu tak on disebabkan dia tak ngam dengan periuk lama abah, or ia perlukan periuk khas tuk jenis dapur teknologi ini. abah kecewa, OFF suis, kemas dapur, maka terbiarlah DAPUR ELEKTRIK tersebut selama dua minggu..

HARI INI CERITA BERSAMBUNG..

Tengah hari tadi nampak abah bawak balik something masuk dalam umah..tiba-tiba lalu tepi cik ayu yang tengah syok online, angkut DAPUR ELEKTRIK yang terbiar merajuk masuk dapur. nak amik hati abah ayu pun join la jugak tolong tengok xperiment hari ini..hehe..sekali terpandang something yg berkilat di atas meja dapur...tarrraaa..PERIUK TEFAL, base induction technology, stainless steel lagi. perghh hebat abah..puji dalam hati. abah pun amik periuk itu, basuh, isi air, lap sikit, then letak atas DAPUR LETRIK tersebut. bila ON suis, ttiiitt...ia berbunyi..haha..kuar bacaan 1400wt..haa amik ko upanya benda alah ni nak tuan dia pi cari yang sama taste dengan dia, sama-sama berteknologi tinggi..diri ini hanya mampu tergelak saja. abah pun bereksperimen dengan dapur baru dia itu, tekan sana, tekan sini, suaikan watt supaya tak guna elektrik yang banyak..tiba2 je dia keluar dari dapur menuju ke kotak meter..sambil berceramah dekat mak pasal bil api kalu guna dapur ni selalu..haha..abah..abah nak moden tetap fikiR tentang penjimatan bil api..
TABIK SPRING!!! dekat abah.

masa layan gelagat mereka berdua, sempat la tangkap beberapa jenaka mereka, antaranya bila mak suh abah rasa air yang dia rebus guna periuk baru n dapur letrik tu..nak tau abah jawab ape??
"air ni rasa manis, sedap dari air suam yang biasa minum"
dalam kepala duk pikir ape ke mengarut air ni rasa manis..ades..layan jela..tapi itulah yang terjadi bila orang tua kita guna barang serba canggih teknologinya, boleh jadi macam kanak2 yang baru nak belajar membaca or berjalan dibuatnya..huhu..




Monday, February 20, 2012

Dilema Anak dan IBU

Assalamualaikum..dimulakan dengan mutiara hati..
cinta ibu adalah yang paling baik daripada segalanya @
jalan yang terbaik bagi membuat anak-anak menjadi baik adalah dengan membuat diri mereka bahagia..
Dalam dunia ini, cinta ibu adalah segalanya bagi semua anak-anak untuk mengecapi nikmat kebahagiaan. andai ibu pergi dari dunia ini buat selamanya, maka putuslah kasih sayang atau iringan doa mujarab bagi setiap kejayaan anak-anak. Itu kisah bagi situasi anak yang terpisah dengan ibunya dari dunia ini buat selamanya kerana ajal maut. Bagaimana pula dengan situasi anak yang terpisah dari ibunya kerana faktor manusia yang mengakibatkan si anak mengalami tekanan emosi yang merosakkan masa depannya yang masih jauh lagi untuk melangkah.

Itulah yang terjadi kepada seseorang yang tak mampu cik ayu sebutkan nama di sini, cukup sekadar untuk meluahkan pendapat dan rasa simpati kepada mereka. Agar apa yang dicatatkan di sini mampu memberi pembaca di luar sana renungi dan fikirkan.

Kisah ini ada kaitan dengan perhubungan keluarga TIRI. Bukan cik ayu nak memburukkan mana pihak kerana cik ayu sendiri dalam keluarga ada perhubungan itu sendiri. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau pada awalnya berlaku juga ketidakselesaan, namun pantas masa mengajarkan erti dewasa dan memahami situasi malah menerima keadaan sebaiknya kerana menjaga abah bagai MENATANG MINYAK YANG PENUH, yang lebih terharu menerima kaum keluarga luar yang lain sebaiknya. thanks mak..itu yang mampu dikatakan.

Baiklah kembali kepada cerita dilema anak dan ibu.
situasi berlaku sekitar dua tahun kebelakangan ini, ketika itu si anak bakal menduduki peperiksaan penting dalam hidupnya. dia seorang anak yatim, bapanya meninggal semasa dia di darjah tiga sekiranya tidak silap. so selepas kematian ayah dia membesar dan menerima kasih sayang totally dari ibu dan arwah neneknya. selepas nenek meninggal, kasih semua dari ibu. memang langsung tidak pernah berpisah jauh. boleh dikatakan anak manja. so bila ibu dia decide untuk berkahwin lagi ketika dia bakal menduduki peperiksaan, itu menjadi tamparan bagi dirinya, kerana kasih ibu bakal terbahagi dua antara ayah tiri n ibunya sendiri.
dipendekkan kisah, selepas beberapa lama tidak mendengar khabar, baru-baru ini dapat berita yang si anak di tahan wad kerana tekanan emosi, sebab ape..wallahuwa'alam.
jadi doktor nasihat agar dia dibawa ketempat yang tenang dan dijauhkan dari tempat yang boleh mendatangkan tekanan padanya. maybe dia ada masalah dengan family ayah tirinya, cik ayu sendiri tidak pasti, sekiranya bercerita lanjut boleh jadi fitnah atau umpatan. apepun ibunya mungkin dalam dilema, buat anak bahagia dan terpaksa berpisah dari keluarga baru or sebaliknya. semoga itu semua jauh dari terjadi ke atas keluarga cik ayu

but for my opinion, cik ayu rasa dia mengalami tekanan emosi mungkin dari perubahan gaya kehidupan kini, dulu dia bebas gembira dengan rakan-rakan kampung, tinggal di rumah sendiri, ada saudara mara dekat dengan rumah. but after dia berpindah ke rumah baru ayah tirinya mungkin itu semua berubah, ada perkara yang terkongkong x mampu dia lakukan. mungkin ape-ape kita boleh kata kerana bukan kita yang mengalaminya. bayangkan jiwa anak remaja yang baru nak kenal erti dunia luar tapi disekat kemahuannya lagi-lagi dia seorang lelaki. apepun cik ayu doakan dia cepat sembuh dari tekanan emosi, dia masih muda jauh lagi perjalanan dia di bumi ini. I LOVE both of u..hope ada jalan penyelesaian yang terbaik.

p/s: alhamdulillah syukur kepada Allah coz ambil Umi tika diri ini sudah cukup kuat hadapi saat perpisahan dengannya buat selamanya, walau sedih, dia mengajar diri ini tidak terlalu manja dan pandai berdikari sampai sekarang. done with kerja rumah, cuma yang tak sempat belajar, MEMASAK..x pe akan belajar dengan along..


antara KEMAHUAN, KEPERLUAN dan KEMAMPUAN

Assalamualaikum..
bagaimana dengan hujung minggu anda semalam??
semoga hari semalam terisi dengan sebaiknya dengan perkara yang berfaedah hendaknya.
Dua hari cuti, cik ayu manfaatkan waktu bersama teman baik AINUL MAWADDAH, dimana hari JUMAAT cik ayu ke rumah dia untuk bantu mana yang boleh untuk majlis maulud di rumahnya, malamnya cik ayu tido sana. Pagi sabtu teman dia lagi untuk mencari stok perniagaan tudung..so bila kurang rehat di tambah dengan kena hujan sikit, maka cik ayu pun terkena selsema..

tinggalkan cerita tentang selsema. Sebenarnya masa teman Ainul membeli stok bisnes dia, hati ini tergoda jugak nak ambil satu helai tudung yang agak menarik warnanya. Mana tidak bila da bersusun cantik2 kat depan mata, mula rambang mata, hati terpikat, tangan gatal2 nak sentuh kan?? kawan pun duk sogok, ambil la murah je kan??


diakui harga dia murah, sebab beli dari pemborong. hati ini melonjak-lonjak mahu beli, sebab da jadi trend semasa remaja or wanita pakai, tapi tiba-tiba terlintas di fikiran akan 3K yang selalu diamalkan..

apekah 3K itu??

K yang pertama KEMAHUAN..
semua orang punya pelbagai kemahuan dalam hidup mereka..macam cik ayu jugak. ase nak punya barangan berjenama, baju yang cantik2 lawa2, pakai Iphone 4S ke kan??so bila kawan-kawan tengok ase macam bangga sikit lebih dari orang lain. Tapi sebenarnya kemahuan ini datang dari hati yang dipengaruhi nafsu membazir menutupi K yang seterusnya..

K yang kedua KEPERLUAN
Adakah semua barangan atau impian yang kita mahukan itu adalah keperluan harian kita atau sekadar memenuhi kemahuan yang bersarang di hati n fikiran. sekiranya barang itu adalah keperluan untuk memudahkan kegunaan harian kita. silakan meneruskan niat anda membeli, tetapi INGAT biarlah ia berpada-pada dengan K yang seterusnya..

K yang terakhir KEMAMPUAN
berbelanjalah sekadar kemampuan yang anda boleh. Jangan sesekali berbelanja di luar kemampuan anda sehingga boleh mengundang sikap berhutang atau menyebabkan anda mengikat perut di hujung bulan. itu parah namanya, jangan guna pepatah nie BIAR PAPA ASAL BERGAYA..

so bila cik ayu renung n fikir balik 3K ni..so cik ayu amik keputusan, nak beli tudung ini sekadar kemahuan dipengaruhi faktor latest trend kawan-kawan, bukannya satu keperluan bagi diri cik ayu yag dah punya banyak koleksi tudung, lagipun waktu tu memang x berkemampuan nak beli even murah, coz duit yang ada cukup tuk sara diri beli benda2 yang lagi penting, macam makanan, topup or barangan wanita..huhu..

maybe next time..




salam kaseh salam sayang salam rindu...

Tuesday, February 14, 2012

the end..

assalamualaikum..
hari selasa..14 februari 2012..
ada ape yer??
HARI KEKASIH?? or
HARI SUAMI ISTERI yang dicadang oleh sebuah parti politik?

haha..tak kisahlah hari ape pun..cik ayu totap tak sambut kerana kita beragama islam dan hormat pada hukum hakamnya..nak sambut hari kasih sayang..hari-hari pun boleh untuk kita semai perasaan tu..x perlu tunggu hari tertentu..betul x??

ok back to the point of story, actually cik ayu nak gtau, hari ni hari terakhir cik ayu belajar keta yang 8 jam tu..
overall ok, parking da boleh, naik bukit pun ok la..hope masa hari test tu dapat wat yang terbaik..jalan raya pun ok sebab dapat cikgu yang sporting..dan yang penting penyabar..
hari ni langsung x de wat kesilapan..YES..x sabar rasa nak drive sendiri, paling penting ado keto sendiri.

now tengah fikir nak buat ape sementara tunggu hari test..KERJA??
emm da cari tgu panggil je..haha ntah dipanggil ke tidok..
jawabnyo ternak lemak la den..kiki...

lupa kawan???

LUPA KAWAN??
TAK KENAL KAWAN??
atau BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT!!

hoho..jangan terburu-buru menjatuhkan sabab musabab..
sebenarnya ini hanyalah bersangkutan dengan ingatan cik ayu sahaja..
bukan dengan sengaja ingin melupakan kawan..lagi-lagi rakan sewaktu kecil dulu..

petang tadi cik ayu baru approve seorang kawan lama cik ayu dari johor di facebook..
rasanya dah lama dia add cik ayu, tapi cik ayu x hiraukan, sebab dia guna nickname bukan nama sebenar..
tapi bila tengok ada mutual frenz cik ayu, yakni teman rapat, cik ayu pun approve la..
then dia wish thank you..cik ayu pun ok welcome..
tapi sebenarnya dalam kepala duk pikir sape dia nie, bukak wall tengok picture ada ramai, tapi salah seorang kenal jugak..nanti salah panggil nama malu. nasib kembar x seiras cik ayu tolong rungkaikan nama sebenarnya..
ok confirm MASIH JELAS (hafiz) ingatan terhadap dia..
IDA, kawan dari sekolah rendah n sekolah agama masa kat JOHOR..
nasib muka dia tak berubah sangat, so ingatan wajah dia tak hilang..hehe

actually perkara ni pun ada berlaku sebelum ni, cik ayu terjumpa dengan kawan sekolah menengah di tempat belajar keta tau..dia duk senyum pada cik ayu (eh perempuan ok), cik ayu duk pikir dia ni sape..kenal ke??tapi macam familiar..so cik ayu amik masa 3 hari nk kenal pasti sape orang tu, bila jumpa balik tanya...OHH..KAMU RUPANYA...bla..bla..
ah  this make me ashamed

ok moral of the story, jangan sesekali LUPA KAWAN, tapi kalu lupa kerana termakan banyak semut tanpa disengajakan masih boleh dimaafkan..hehe..
(adakah cik ayu tergolong dalam golongan ini??)

Sunday, February 12, 2012

sepetang kasih ibu..

Assalamualaikum..
oh terasa lama plak jejariku ini tidak menaip sebarang cerita update blog yer..
uh harus dibendung kemalasan yg bersarang dalam diri ni..
ada kemudahan internet pun malas jugak..huhu

okeh cite pada malam hari ini adalah berkisar tentang kasih..
ini bukan sebarang kasih,
bukan kasih dari kekasih atau sang pencinta wanita
tetapi ini kasih dari kasih seorang ibu..

sebenarnya petang tadi cik ayu pegi ziarah jiran merangkap adik mak tiri cik ayu,
dia baru pulang bercuti dari indonesia,
alang-alang dia ada dekat umah dan cik ayu pun tak ada keja kat umah,
maka cik ayu pun pegi la borak-borak dengan dia, lagipun dah lama tak ke sana.

jadi sepatang kasih dapat ku rasa petang tadi,
bilamana kami borak-borak sambil makan depan tv..kira berkelah la..
angkat semua makanan yang boleh di makan..
kenyang jadinya diri ini, habis diet pi bedal kek coklat,
tapi cik ayu tak kisah pun, yang penting hati ini terisi dengan kasih seorang ibu..

serius cik ayu bagitau hati ini terlalu sunyi dengan kasih seorang ibu,
so petang tadi cik za, jiranku pandai layan diri ini, bagaikan seorang anak dengan ibunya,
she makes me miss so much to my late UMI...
if UMI masih ada di sini..tentu ayu tak kan jadi macam nie..rumah pun sepi tanpa suara..
ok enough...tak nak sedih-sedih dah..sekarang nak pegi makan roti jalan yang cikza belikan petang tadi..
have a nice day everyone...