Tuesday, January 14, 2014

teksi...kebaikan dibalas dengan kebaikan

salam Maulidurasul buat semua kenalan cik ayu..

Alhamdulillah, cik ayu dah kembali ke rumah along semula di usj untuk meneruskan kerja dan penambahan berat badan..hehe..mana tidaknya dah balik ke rumah orang yang suka memasak n makan. so akan bertambah selera makan dan berat la gamaknya..jahanam beli set shaklee beratus hinggit tu kalu makan tak hengat dunia cik ayu oiiii!!!

oh mengimbas kembali perjalanan untuk pulang ke rumah along di usj ni, semestinya cik ayu akan berurusan dengan uncle2 teksi di luar sana tu. Seperti biasa sebelum melangkah menuju ke hentian teksi pastinya, doa dan bismillah lima itu tidak pernah lekang dari bibir.

"bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fissama'i wahuwassami'ula'zim..." 

bukan apa, selalu sahaja teksi2 ini ingin ambil kesempatan. kalu nasib cik ayu baik, tiada la unsur riba or bunga-bungaan yang diminta. Pada hari tersebut, kebetulan sudah ada teksi yang berada di situ, cik ayu tanya la tempat yang cik ayu nak pergi tu boleh ke tidak dia hantar, but!! perkara pertama yang cik ayu tanya guna meter ataupun tidak, ok dia guna. BUT!!! tambahan RM3 untuk dia sebab nanti bila pulang lepas hantar cik ayu, alasannya pasti tiada penumpang, rugi bagi pihak dia. oh noo.!!! so cik ayu pun cakap, x pela encik kalu nak tambah2, saya tahan teksi lain sahaja. cik ayu tak suka orang nak minta lebih2 tanpa alasan kukuh. so dia mungkin x nak hilang customer, okla dia kata guna meter sahaja, no charge.

then cik ayu pun proceed la naik. nasib dia pandai jaga hati penumpang, mungkin dia nampak cik ayu nak marah n x selesa kot, so sepanjang perjalanan we all banyak bercakap tentang isu pemakanan, coz dia ada tanya satu kedai area rumah cik ayu sedap or tak, but i told him that i never go there, coz kehalalannya diragui. so dia pun bercerita la tentang bgus islam anjurkan ape yang halal n haram tntg makanan bagi kesihatan. dan we all pun ada sentuh sedkit tentang maulud nabi memandangkan hari ini cuti umum semua..
dalam borak2 tak sedar sudah sampai di rumah, u teka berapa cik ayu punya tambang berapa? only RM8.20. cuba bayangkan kalu awal2 tadi cik ayu main setuju je, nak tambah RM3, dah ke jadi RM11.

Bukannya cik ayu nak berkira, yes i know dia nak cari rezeki, n kita guna perkhidmatan dia, but please all the teksi driver outside there, jujurlah dengan pekerjaan anda, sekiranya anda jujur perkhidmatan anda tiptop, mesra dengan pelanggan, saya pasti customer2 di luar sana pasti akan bagi lebih..like the famous word's 
"its okay sir, keep the change...hehe"
dan itu yang cik ayu lakukan, just bagi sekeping note RM10 kepada uncle tersebut, lebihnya uncle ambil tak perlu pulangkan baki sambil tersenyum kepadanya lalu ucapkan terima kasih dan pesanan, safely drive uncle.
moralnya di sini, jujurlah dalam melaksanakan pekerjaan, kebaikan, malah ibadah sekalipun. mungkin dengan kejujuran dan nawaitu yang baik itu pasti akan dibalas dengan baik tanpa mengharapkan ganjaran yang lebih2 tanpa usaha dahulu. sesungguhnya rezeki allah itu ada di mana-mana, tidak kira apa agama kita sekalipun.

Assalam...



No comments:

Post a Comment