eribahasa baru ini telah dikeluarkan oleh Prof Lau Seng, pensyarah Special Topics in Chemistry kami. Inilah situasi ataupun masalah yang sering berlaku dalam mana2 sesi perkuliahan mahupun di peringkat sekolah. malah situasi ini turut berlaku dalam kuliah cik ayu dan kepada cik ayu sendiri terutamanya. Rata-rata pelajar mahupun mahasiswa dan mahasiswi kurang berkeyakinan untuk melontarkan soalan ataupun idea buah fikiran mereka kepada pensyarah sekiranya ada perkara ataupun subjek yang kurang mereka fahami. ini menyebabkan ada segelintir dari kalangan mereka yang kurang memahami ataupun tersalah fahaman yang akhirnya keputusan peperiksaan tidak seperti yang mereka harapkan.
apakah yang menyebabkan mereka sukar untuk melontarkan soalan?
kebanyakan rakan-rakan cik ayu menyatakan yang mereka kurang berkeyakinan diri untuk membuka mulut untuk mengutarakan persoalan yang mereka kurang fahami, segelintir dari kalangan mereka mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa inggeris, kerana bimbang kesalahan tatabahasa. tetapi rata-rata pensyarah tidak ambil kisah sekiranya pelajar mempunyai masalah tersebut. yang penting pelajar berani untuk bertanya, ini diakui sendiri oleh pensyarak cik ayu. berkomunikasi bahasa campur masih diterima asalkan ada maklum balas dari proses pembelajaran tersebut.masalah lain seperti langsung tidak memahami subjek yang dipelajari sehingga tidak tahu bentuk soalan apa yang perlu dikemukakan juga turut terjadi.
seperti mana yang telah dicadangkan oleh kebanyakan pakar motivasi, penyelesaiannya adalah seperti mengulangkaji terlebih dahulu topik yang akan dipelajari dan juga topik yang telah dibincangkan sebelum hadir ke kuliah, tumpukan sepenuh perhatian dalam kuliah dan cuba fahami.
p/s: semua yang tercatat di atas adalah nasihat untuk tuan punya diri dan juga untuk teman2. semoga sem ini menjadi sem yg terbaik dari sem yg lepas dan motivasi untuk sem2 akan datang..peribahasa dulu2 yg masih boleh diguna pakai tapi jika sesat jalan jgn putus asa, cuba cari jalan yang lurus dan benar.
apakah yang menyebabkan mereka sukar untuk melontarkan soalan?
kebanyakan rakan-rakan cik ayu menyatakan yang mereka kurang berkeyakinan diri untuk membuka mulut untuk mengutarakan persoalan yang mereka kurang fahami, segelintir dari kalangan mereka mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa inggeris, kerana bimbang kesalahan tatabahasa. tetapi rata-rata pensyarah tidak ambil kisah sekiranya pelajar mempunyai masalah tersebut. yang penting pelajar berani untuk bertanya, ini diakui sendiri oleh pensyarak cik ayu. berkomunikasi bahasa campur masih diterima asalkan ada maklum balas dari proses pembelajaran tersebut.masalah lain seperti langsung tidak memahami subjek yang dipelajari sehingga tidak tahu bentuk soalan apa yang perlu dikemukakan juga turut terjadi.
seperti mana yang telah dicadangkan oleh kebanyakan pakar motivasi, penyelesaiannya adalah seperti mengulangkaji terlebih dahulu topik yang akan dipelajari dan juga topik yang telah dibincangkan sebelum hadir ke kuliah, tumpukan sepenuh perhatian dalam kuliah dan cuba fahami.
p/s: semua yang tercatat di atas adalah nasihat untuk tuan punya diri dan juga untuk teman2. semoga sem ini menjadi sem yg terbaik dari sem yg lepas dan motivasi untuk sem2 akan datang..peribahasa dulu2 yg masih boleh diguna pakai

No comments:
Post a Comment