Monday, January 24, 2011

Istimewa Buah Hatiku KyRa

24 Januari 2007
telah lahir seorang bayi perempuan yang suci dari sebarang dosa
membawa sinar kebahagiaan dan kegembiraan dalam keturunanku
tangisannya menyentuh sanubariku, melahirkan rasa keibuanku

bayi itu diberi nama

Nor Adriana Khairina binti Hanuri

indahnya nama seindah dan secantik wajahnya
akulah insan pertama yang menyambutnya, mencium pipi dan dahinya
rasa tumpah segala kasih sayang, cinta padanya
menatap raut wajahnya..hilang segala luka dan masalah

dan indahnya waktu itu..akulah insan pertama yang meng'iqamatkan
dirimu wahai permata buah hatiku
aku bimbang sekiranya terlambat azan atau iqamat diperdengarkan..
syaitan mahupun iblis pasti hadir

Allahu Akbar Allahu Akbar. 
Asyhadu alla illahaillallah. 
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. 
Haiyaalas solah Haiyaalal falah. 
Qadqamatis solah Qadqamatis solah. 
Allahu Akbar Allahu Akbar. 
La ilahaillallah.
 
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

sayang..
hari ini genap sudah umurmu 4 tahun
begitu cepat masa berlalu..
seperti baru semalam kau lahir dan melihat dunia ini
semakin hari..ciksu semakin sayang dan semakin rindu untuk bersamamu
kau pengubat jiwaku yang sunyi dan merawat segala luka dan masalah

biar apapun yang terjadi
ketahuilah ciksu amat menyayangi dan merindui dirimu

insyaAllah hadiah yang adik pinta..aka ciksu tunaikan yer sayang...
tgu ciksu pulang bulan 5 nnti..jangan nakal2..
jadilah anak yang baik taat pada ibubapa solehah dan berjaya


Adik yg kesejukan lepas main air di wet world shah alam

I LOVE U SO MUCH


No comments:

Post a Comment