Saturday, May 10, 2014

Rumahku syurgaku

Sesetengah orang gemar berada di rumah tatkala cuti. Tidak perlu membawa diri berjalan ke mana-mana untuk tenangkan diri. Cukup sekadar rumahku ia syurga bagiku..
Mengapa??
Pertama sekali lihat suasana persekitaran dan juga dalaman rumah. Bagaimakah keadaanya? Bersih, wangi, Atau tersusunkah perabotnya dengan elok. Bagaimana pula dengan pencahayaan dan juga peredaran udara dalam rumah kita. Menyenangkan dan ceria warna kombinasi cat dan juga pemilihan langsir.
Untuk dapatkan semua yang Cik ayu sebut di atas tidak perlu belanja lebih untuk mencantikkan rumah kita. Untuk menjadikannya bagaikan rumahku syurgaku. Cukup dengan kerajinan kita dalam menghias rumah walau belanjanya sedikit. Cukup dengan kasih Sayang sesama ahli keluarga untuk menjadikan rumah tersebut rumahku syurgaku. Cukup dengan komunikasi harmoni penuh cinta antara suami isteri, ibubapa dan anak2. Pastinya apabila terhasilnya perasaan rumahku syurgaku, kita akan rasa masa 24 jam itu tidak cukup untuk bersama2 meluangkan masa dengan keluarga.
Sebagai contoh yang dapat Cik ayu beri gambaran suasana rumahku syurgaku..
Apabila Cik ayu berada di rumah abang Cik ayu,sungguh tenang, damai dan menyenangkan. Terasa ingin berlama2 di rumah ini.
Mengapa??
Kerana di sini, apabila masak, kami masak bersama yakni Cik ayu dan Kak ipar Cik ayu.
Apabila makan, kami makan bersama dengan dimulai dengan doa dari anak2. Dan pasti diselit dengan pujian masakan itu, walau lauk yang ringkas hatta daging goreng kicap sahaja, pastI abang Cik ayu memuji sedap..nampak keindahan penghargaan  Islam itu diterapkan.
Apabila masuk waktu solat, sekiranya abang tidak ke surau, pastI kami sekeluarga berjemaah, berdoa bersama2, dan usai doa, bersalam. Maka tautan kasih terjalin..kasih Sayang diresapi..

Oleh itu, mengapa dikatakan berada di rumah tidak aman. Lihat kembali suasana rumah kita, komunikasi dalam keluarga kita. In syaa Allah kita juga dapat merasa rumahku syurgaku andai kita ubah sedikit apa yang kurang, kita tambah sedikit perisa kemanisan keluarga.
Meluangkan masa di luar, bersiar2 boleh dijadikan aktivitu Santai bersama keluarga pada hujung minggu. Namun pastikan ada komunikasi dua atau 3 hala bersama anak2, suami atau isteri, maka diluar juga kita dapat merasai kebahagian rumahku syurgaku dengan melakukan aktiviti bersama.
In syaa Allah..marilah wujudkan keluarga Islam, keluarga Sakinah mawaddah warahmah..
Amiinn

Monday, March 31, 2014

Wedd bff ainul:entry khas buat sahabat

Alah emak..kawinkan aku…

Ecece..permulaan entry dah sebut pasal kawin. Mana tidaknya, cuti sekolah baru-baru ini ramai pula kawan2 cik ayu yang sudahpun bergelar isteri dan menamatkan zaman anak dara mereka itu. Hehe..termasuklah rakan baik cik ayu merangkap bff teman sekolah sekelas semeja sekerusi bila berebut, sekatil sebantal seselimut bila datang tido rumah cik ayu or rumah dia, dan akhir sekali sematrikulasi di Pahang beberapa tahun lalu. Lihat betapa banyak masa kami bersama. Terlalu banyak moment bersama. Jadinya bila dia dulu yang kawin agak la terasa ralatnya. Yang kelakar sehari sebelum ainul berkahwin, memang setiap masa bersama dengan dia, everything buat sama2 n keep update tentang persiapan nikah ainul. So sebelum pergi jauh lagi, cik ayu nak buat throwback dulu cerita saat manis dengan dia..kasi dia meleleh air mata terharu dengan entry khas ni.

My lovely bff, ainul..mula mengenali dia masa tingkatan 2. Masa tu cik ayu baru berpindah ke sekolah di kota bharu. Tetapi masa ini cik ayu tidaklah berapa rapat dengan ainul. Betul  tak dear? bila masuk ke tingkatan 3 baru rapat, kalau tidak silap duduk meja sama sebelah menyebelah atau sekejap coz sebelum tu cik ayu deganteman lain, namun lepas itu dengan dia sampai tingkatan 5. dia selalu balik rumah cik ayu, makan2 dirumah then ayahnya akan datang ambil di rumah cik ayu. Ibarat rumah kedua dia la..n dia juga rapat dengan arwah umi cik ayu, dulu ainul selalu cakap..jeles dengan cik ayu coz arwah umi selalu tunggu cik ayu balik dari sekolah n sediakan makanan..but now terbalik. Cik ayu plak jeles ngan keakraban family ainul, the way mereka urus perkahwinan ainul..i wonder if I could get like her. Hehe..but in syaa allah.

Tapi adat dalam persahabatan tidak selamanya ok, ingat tak kita pernah di duga dengan masalah yang tidak tahu puncanya, dan kita bermasam muka selama hampir 1 semester di matrikulasi. Tapi Alhamdulillah jodoh persahabatan kita masih panjang sampai sekarang, kasih saying dan rindu sahabat tidak pudar malah makin bertambah. Ayu harap ainul pun rasa begitu.

Baiklah akhir kata untuk entry khas ini, ayu doakan ainul dan naim, diberkati Allah perkahwinan yang dibina, dilimpahi sakinah mawaddah warahmah keluarganya, aman damai sentiasa, bercintalah kalian sepuas hati, kalian sudah halal. Buat ainul yang dkasihi, jadilah isteri solehah, yang taat pada perintah allah, suami dan agama, in syaa allah syurga buatmu. Sayangi, layani suamimu pahala menantimu. Tambahlah ilmu andai rasa tidak cukup untuk melayari rumah tangga, ayu di sini sentiasa ada untuk membantu sahabatku.

wassalam

Tuesday, March 25, 2014

Feeling sad with #MH370

 
Hari ini semua orang bercerita tentang pengesahan MH370 terhempas di tengah lautan Hindi..
Dan hari ini, cik ayunmenaiki pesawat FY2075, Terbang pulang ke Subang meneruskan hidup dan pekerjaan..

 
I don't know why sepanjang perjalanan terbayangkan keadaan penumpang mh370 semasa keadaan darurat sehingga menyebabkan kehilangan mereka tidak dapat dikesan..
Panikkah mereka? Menangiskah mereka sebelum hayat penerbangan mereka tamat?bagaimana perasaan mereka?
X dapat cik ayu gambarkan kesedihan dan kepiluan di sini..
Allahurabbi..Cik ayu yakin semua yang menaiki pesawt hari ini merasakan perkara yang sama..mungkin sahaja membayangkan perkara yang sama. My feeling totally lost when think about this.
Bayangkan permulaan perjalanan mereka dalam keadaan menggembirakan, teruja untuk melihat negara china. Ada yang ke sana atas urusan kerja, ada yang bercuti, ada yang ingin berbulan madu, ada yang hendak pulang ke negara asal mereka..but ini semua kehendak, qada dan qadar Allah..

Cik ayu hanya dapat doakan ketenangan dan keamanan para penumpang dan krew mh370..Semoga Allah membantu kita mencari dan menjumpai sebarang kaitan dengan pesawat tersebut, maka dapat kita yakini memg x dapat diselamatkan lagi..in syaa Allah..
 
p/s:
i don't know why i'm lost today..
Sampai agak lewat di airport, hampir tutup kaunter..alhamdulillah Allah dengar doaku agar berkesmpatan drop luggage..Masuk dalam flight termenung n terlepas penerangan keselamatan..
Oh noo its too important ayu..n anda terlepas pandang..Jadi ape2 tanggung sdri..
 
 
 

Wednesday, January 22, 2014

Pangkor#2: when d mimiots at lumut, Perak

hai semua..alamdulillah dapat lagi cik ayu sambung story cuti2 di pangkor kan, so petang lepas berehat seketika di hotel n abang pun ada keja terpaksa pergi dekat side, we all decide nak jalan2 kat bandar lumut, dekat lumut waterfront, mana tahu skit sebanyak dapat grab beli ole2, kebetulan cik ayu lupa bawa t-shirt tido malam..huhu..

baiklah, pic ni sebahagian dari jeti lumut untuk ke pulau pangkor, kecik sahaja jetinya, tapi boleh dikatakan tempat tumpuan la, sebab stesen bas lumut hanya 2-3 minit berjalan kaki. dekat sangat, so u alls yg dri negeri lain, boleh ambil bas turun di terminal bas lumut n jalan kaki sahaja ke jeti untuk ke pulau pangkor, senangkan?

here d mimiot yang awal2 lagi dah beli bola untuk main2..huhu budak ni memang elergik nampak ball or belon pasti nak dibelinya..

see..how excitednya mimiot bila nampak air laut..

jom panjat2 untuk lihat ape ada di bawah..

n...last...seee...i told u, memang budak ni kena pemerhatian lebih, x pasal2 ada yang terjun laut ni..
so on that time nak snap pic pun jaga2, jaga2 dia n my hp too, kan ada yang mandi laut basah x kering2

mula2 we all nak wat gaya titanic kat situ..sebab pemandangan dia luas..tapi mimi sudah ke lain, maka cik ayu n kak shida cancel..huhu..mimiotttt


mimiotttt!!!

erk!!mimiot kejar sape tu??haa abang2 yang main skateboard yerr...kecik2 da pandai..

stay tune...will update pangkor #3

pangkor#3: pertama kali dengan pulau

alhamdulillah..alhamdulillah, siapa sangka impian nak jejak pulau tercapai juga akhirnya..huhu bunyi kesedihan dan kedaratan di situ. but its okay (dalam nada senyum..hehe)..
thanks again to kak shida k. oh by the way entry kali ni cik ayu nak sambung story pergi bercuti yang tak dirancang ke pangkor, teringat masa kecik selalu tertanya-tanya mcm mana la keadaan pulau??hehe macam teruk or best sgt je bunyinya pulau ni kan..okies2...x mo cakap panjang..meh nak share cerita dan gambar cik ayu di sana k
entry gambar, jambatan menuju ke marina island dekat ngan teluk batek, eh yeke? x sure sangat la, sebab ikut driver bawa kami ke mana kan lepas breakfast pagi di kedai nasi dagang terengganu..marina island ni masih baru dari pemerhatian cik ayu, sebab masih banyak kedai2 yang belum dibuka para peniaga, hope so one day akan dibuka something yang lebih menarik just like ict untuk menarik ramai pelancong dan pembukaan hotel2 di sekitar situ. lagipun kalu uolls nak pergi ke pangkor. jeti di marina island ni banyak dan sangat2 murah, only 50 sen sejam, sehari RM 10..mana nak dapat kat KL parking 50 sen..hehe

view sekitar marina island, baru cik ayu tahu di sinilah tenpat pakcik rosyam nor drama2 lain berlakon kan..masa ni tak banyak sangat kapal..tp view dia tetap cantik kalu hari terlebih cerak sikit with awan nano..hehe

me and kak shida x nak lepaskan peluang snap pic ada latar kapal2 tu kan..hehe harap abang tak geleng kepala la bawak anak dara yang masih pikiran kanak2 over xcited tengok kapal2 mewah tu kan..

i told u bestnya dapat naik sebuah melawat pulau2 yang ada

waiting for our feri to bring us to pulau pangkor..oh lupa nak gtau, harga tiket hanya RM10 pergi balik untuk dewasa, murahkan? hehe terkejut jugak murah sebab orang sponsor lagi..huhu malu den...haa lagi satu, why kitorang naik feri di jeti marina island tidak di jeti lumut? menurut abang, jeti sini lagi dekat, around half n hour dah sampai, sebab dia lagi dekat berbnding jeti lumut mengambil masa sejam. dahla parking banyak..hehe

dan2 kami tengah tunggu feri, ada plak bot klinik kesihatan pangkor sampai, ada orang bersalin nak bawa ke hospital..huhu cute sangat babynya..hehe kami leh nampak sebab potong que pi beratur paling depan sekali..kiki

masa dalam feri ngan kak shida we all pun komen la tentang tahap bot klinik ni..hmm please kerajaan amik inisiatif tukar yang baru yang lebih  baik...kesian kami lihat bot mereka bawak penumpang..dah buruk sangat..kapal tangkap ikan pun lagi bagus..sory..

and..here we are...jeti pangkor..seronoknya nak jelajah pangkor with mimiot, kak shida n husband akak..


me n mimiot..okeh itu sahaja untuk entry kedua tentang pangkor ni...sambung entry ketiga jelajah pangkor with mimiot k...daa

Saturday, January 18, 2014

PANGKOR- Percutian tak dirancang

Alhamdulillah...alhamdulillah
Itu yang mampu diungkapkan dalam entry kali ini. Percutian yang tidak dirancang membuahkan kebahagiaan dan kegembiraan. Baik, sebelum ayu meneruskan story cuti ni, ayu nak ucapkan jutaan, ribuan dan lemon2 kepada Kak Shida dan abang khairul yakni husband Kak shida Sudi ajak Cik ayu ke sini. At first memang malu-malu kucing sebab takut ganggu depa cuti family, Hehe..tapi akak Kata x la..X gangu pun bukan nak honeymoon, hehe lawak akak..so Cik ayu akan jadi peneman kak Shida tuk balik Kl sebab husband dia keja xpat balik hantar.. Don't worry Kak ayu akan jaga akak sepanjang perjalanan esok k..

Baiklah..kami bertolak dri rumah usj jumaat pagi, sampai area lumut jam 1 lebih dan2 dengan orang nak solat jumaat. lepas tu singgah makan di new horizon garden manjung..but sory no picture n cost for our lunch there coz abang Kak Shida yg bayar semua...hehe over lak nak amik2 gmbr bagai kan..antara menu dia, siakap 3 rasa, ayam goreng with lemon sos, ketam goreng mentega ke ape ntah, sotong
g..fresh Oren..yg penting enak dan sedap la..kenyang n hmm jahanam diet hehe..

Lepas makan terus kami check in di hotel GM Holiday Hotel..Huaa may nangis tengok bilik yg super duper cantik tuk tgl sorg..again abang n Kak Shida wat ayu segan tau..huhu
my bilik for this 3 days..cmne take segan, Besar cam ni duk sorang

Ada LCD tv, so boleh la tgk tv malam2 before tido..ciss tv3 n astro prima Geram den, time hari camni la nak tayang cite hantu bagai. Semalam, jumaat beranak lam kubur, hari ni sabtu tv3 isteri shuib pontianak la...aihh 

N bilik air pun selesa dan luas, ada pancuran air panas, so x la sejuk mana nak mandi...huhu..but ayu cakap betul..sejuk Sgt air dia cam duk kawasan Bukit. 

So setakat ni pasal penginapan, memang puas hati di hotel GM Holiday hotel, kecuali until line rangkaian telefon. My bilik x dapat line Digi. Nasib Celcom dapat, tapi itula lupa bawak charger dah hbs bateri semalam..huhu..tapi jangan risau, mereka sediakan WiFi percuma, so masih leh berhubung ngan dunia luar with wassap..so x la orang sana tu Marah kan x leh berhubung or dengar suara..hehe..

So bagi sesiapa yang saje2 datang nak hotel ni dalam 5 minit ke jeti lumut n 3-4 minit ke terminal bas lumut. So I give 4 star la untuk kepuasan menginap di sini..
Oraitz..continue later k...
Stay tune..tunggu mimiot nak fikir tulis ape lak next entry ekhh
Bye2