Saturday, June 15, 2013

a short weekend...

Haloo haa..
A simple story from a short weekend..
Yes. A short weekend!!
But a nice weekend terapi..
Hehe apa ke madah yang ku taip ini.
Haa meh nak describe apa short weekend tu..

Redah dunia hujung minggu dengan ketapi ktm yg panjang..kali ni pi umah ainul kat ukm..so dapat la peluang lama2 bermalasan dalam coach..

Yg syok hari ni x ramai orang dalam train..so bolehlah nak feeling dalam train nak berangan ke ape? Huihui..


something yg x boleh miss dalam short weekend!!
Of course my bagpacker gift by didi nunu nana..
Hehe tq korang..yg bijak bg hadiah tuk cik ayu yg slalu travel ni


N of course buku x boleh lupa bila kuar pg mana2..lagi2 bila naik train..isi masa lapang la konon. Padahal 2 3 page je baca. Yg lebih melihat ragam org ramai..huahua
Minggu ni feeling nak baca buku sejarah islam..konon nak jd baik..aiseh..

So happy weekend korg!!

Saturday, June 1, 2013

uji minda kyra!

Hai alls.
Salam ahad semua..
haa pagi ni tiba2 si kyra ni rajin plak ajak ciksu dia main sahibba. Katanya adik dah pandai eja perkataan tau..haha oraitz dik..

Tiba2 datang idea jahat nak kenakan budak ni.
Ok jom adik main..hehe..suh dia susun jubin hruf semua..n mulakan permainan brsama kakak dia si sahira yang penyibuk tu.

Tapi syarat permainan pagi ni mesti perkataan itu berdasarkan objek atau benda...hehe kejam kan untuk budak yang baru pandai mengeja n pengetahuan diorang x la meluas mana pun kan..

Untuk permulaan semua sangat bina perkataan..tapi tiba pusingan kedua n ketiga, semua dah macam surrender dah..mana tidaknya dah kering idea..yang adik amik masa hampir 10 mnit pikir..bukan x nak tlg tapi nak menjana minda dia..hehe..kejam kan?

Last2 si sahira n adik cabut lari x mau main dah. Haish memang x berpantang ajal sebelum kalah depa ni. N last cik su menang buli korang jangan kacau ciksu nak baca buku..wekwek

See..hanya setakat ini je mampu main..huhu..apa daa

bila perempuan bertukang..kan??

Haloo alls..
Bagaimana cuti sekolah dan hujung minggu uolls?
Bg iolls..eh cam x sopan lak..cik ayu la sopan kan?

Haa cik ayu punya cuti hari ni terisi sikit la dengan jalan2 ke IKEA cuci mata, kaki, tangan n dompet duit sekali cik ayu cuci tau. Haa..amik! Sampai kering dari pintis2 yang sedia ada ready withdraw..huhu

Plan asal this week actly nak ke cameron highlands family day 2 hari kat sana..
Tetapi..hukhuk. Apakan daya semua apartment already full booking uolls. Sob2..tula bigboss plan last minute..n last2 dia pi balik cuti kat kampung uolls..sentap cik ayu!

So..dalam saja cuci mata td..terbekenan la kat satu benda alah ni..haa memandangkan cik ayu ni tumpang umah along n share everything katil n also almari with ank buah..jd space for my things memang ciput yg amat la..tgk rak ni macam..haa sesuai dgn ketinggian dia..warna n design dia pun cun..harga lagi cun..ape ag grab 1 la bawak blik rumah..

Haa inilah rak yang cik ayu cakap..design kayu dia yg wat cam hati melonjak2 nak.
Nampak tak harga dia? Berbaloi kan?

Dalam shopim tu as usual sempat la tilik muka kat ikea ni kan..
Me..kyra..sahira.
Hak tgh tu always perasan muda bila dikalangan budak2..wekwek

Oraitz..tinggalkan cite kat ikea..
Balik tu cik ayu terus semangat nak bertukang nih..
Apa lagi cari tukul cari screwdriver..
Tapi tukul x jumpa!!!
Camna nak ketuk ni. Pikiaq3. 
Haa..Ting...
,
Amik ko..kuno punya orang
Alu lesung digantinya penukul. Adoi pening abahku kalu tau.kiki

So sebelum mulakan operasi tukang memasang, tnjuk dulu apa barangnya..
Taraa..ini hasil yg dibeli td
Dan inilah benda2 alah yg hendak dicantumkan menjadi sebuah rak buku yang diinginkan..
Yang kelakar..disebabkan x pernah ada pengalaman bertukang ape..last masa sekolah menengah dulu..memang sah macam tikus membaiki labu uolls..
Mula cik ayu baca manual..oh sumbat kayu ini pusing2 skru ini..eh tiba2 x cukup skru kayu tu..dah jadi kerja alamat x terpasang la rak kayuku..
Bila teliti balik..korek2 skru n bnda2 alah kecik yg dia provide..upanya i miss n silap pasang skru..patutla skru yg kayu tu x cukup. Hape lagi bukak balik semula apa yg dah dipasang..see betapa hancusnya cik ayu lam bertkang psang bagai ni 
Oh after dah tau..n dah dibetulkan balik ketuk2 pakai alu lesung tu biar dia masuk kemas .memang laju la cik ayu proceed next step..
Cik ayu rasa la kan..kalu yg pakar kompem x sampai setengah jam..tapi cik ayu??
Hamik hampir 2 jam cik ayu bermain ulalala dengan rak buku ni. But thanks to along sudi buat nescafe for me..ada la tenaga n terjana mindaku. Kiki

Dan...taraa..siap pun..
In advance siap letak all my things lagi uolls.
Maka untuk masa seterusnya selamatlah barang2ku dari dikacau..
Hehe semalam masa kemas2 kan..baru perasan yg my shawls, my tdg bawal penuh 1 box biru tu..lam almari ada lg skit yg dah diderma pun ada gak..aduyai membazir jrg2 je kot pakai..huahua..ampun abah..
Tapi yg syok ada rak buku sendiri ni baru nampak dah berapa bnyak buku yang dah dibeli sendiri..makin xcited uolls cik ayu nk beli..hoyeh..

Thats all lah cite cik ayu sal tukang memasang..
Dalam duk syok mengusha kreativiti deco kat sana..ada la beberapa sudut yg cik ayu berkenan.
Contohnya mcam sudut bacaan ni kan..macam syok je. Memang cik ayu x berganjak dari membaca la kalu dapat ruangan cam ni..

Dan satu lagi ruangan bilik tido ni..cam indah je dengan warna cat dia..kombinasi katil putih n cadar yg diguna..also kerusi malas yg ada tu..sbelum tido baca buku dulu tepi katil...
Waa..i like most lah..
N x ketinggalan tu haa frame gambar yg tergantung dalam mood black n white..perghh ala2 60 an 70 an uolls..
 ,

Hehe..daa everyone..




Wednesday, May 29, 2013

motip...sebelum besday anda?

Haloo uolss..
Memandangkan beberapa minit lagi nak tepat jam 12..
Maka kegedikan keterserlahan akan diriku.
Haha ape motip cik ayu jd gini?hehe

Well..macam uolls semua tak biasa tgk..
Kat wall fb mahupun twitter..asal nak dekat besday seseorang je. Mesti tulis cenggini..
" oh lagi beberapa saat nak melangkau tarikh dan umur tersebut"...
see..x ke namanya bagi hint kat seluruh penduduk fb. Wei please take note that tomorrow is my besday. So please spend ur time to wish me HAPPY BESDAY.

Dan semestinya cik ayu x lari dari perbuatan lapuk ni..tadi dah terpos..
"Oh hari ni hari terakhir angka dan umur tersebut..selamat tinggal 23. Welcome 24.."
Gedik kan? See setahun hanya sekali je gedik..
Nak tambah gedik lg kalu adik beradik in advance plak wish..haa time ni nk ngada lebih mntak hadiah..

Hoho..kalu yg baik sopan santun..motip sebelum menjelang besday, mesti dia hidden kan tarikh besday..so org x tau. Haha suci bersih baik punya hati. Tp cik ayu x la. Alwayz nk famous amous..kiki..

Ok lagi satu yg akan terjadi dan terungkap time besday bg yg single mingle mcm cik ayu ni kan..
Memang dah termaktub kot x leh lari dri ayat begini dri kalangan family bila tiba besday.
" selamat hari lahir ayu...semoga pnjang umur.... Dan disusuli dgn...semoga mendapat jodoh yg baik. Kalu x dak sila cari cepat2. Huhu stress i..tiba2 malas ag ase nak ada teman..nak hapy2 lagi dgn family n teman2 tanpa komitmen..tp kalu dah sampai seru nak ada someone..what can i do..tp x puas lg nak feeling anak bgsu single. Hehe

Ok itulah dia antara motip time besday menjelang. Announce 1 dunia fb itu hari lahir saya..dan juga dapat wish yg grrr seram nak jawab soal jodoh uolls eh..

Anyway..selamat ulang tahun kelahiran..kalu ikut waktu jam 7.12 petang baru tepat..
1st of all..semestinya syukran buat arwah umi berkorban kendong sy selama 9 bulan dalam kantung..buat abah yang sabar mnanti kelahiran cik ayu..kemudian sama2 membesarkan ayu bersama arwah umi selama 19 thun kemudian keseorangan memantau ayu..i'm glad to have both of u as my parents..

Keduanya  buat adik beradikku..along. Abe..kak nor n atin yang tbe best brother n sisters in yhe world..tq sudi layan adik bongsumu sebaik mgkin..realisasikan apa2 keinginanku. Sama ada dari segi material hatta hingga makanan..especially bigboss abe sudi beli hp nexus4 for me..in half price share with me. I know u love me..n never buat ayu rasa terkilan x dpt apa yg diingini. No one blh tandingi abe dhati ayu.

To my closed frenz. Miza. Ainul. Yaya..ana dan semua..terima kasih selalu ada untuk saya. I i feeling nk bagi lagu kat korg ni. Tq for ur moral support time saya jtuh tntg lelaki tntg pelajran dan juga tntg family..tq..uolls the best ever frenz i pernah ada..hehe..

Dan untuk sesiapa yang pernah bertahkta di hati..terima masih pernah mengenali saya..yang x seberapa perangai..

Sekian..selamat ulang tahun kelahiran ke 24 buat nor hidayu binti mohd samsudin..
Semoga hidup penuh barakah..dipanjangkan usia..dab amalan diterima.

Saturday, May 25, 2013

Bersalin itu pengorbanan seorang ibu

Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah hari ni dapat seorang lagi anak buah tiri..
Tahniah buat kak nor sesungguhnya anda bertuah sekali lagi dapat menambah umat nabi muhammad walaupun terpaksa tukar hospital dari KBMC ke USM kerana komplikasi lelah yang tiba2 datang setelah selamat melahirkan seorang bayi pagi tadi..
Ayu doakan semoga semuanya selamat dan cepat sihat buat kak nor..berjuang demi anakmu sis!!
Bercerita tentang sakit bersalin dan dugaan kelahiran..teringat pula akan perbualan saja2 dgn kak nor sementara tgu abah hbs melawat n bercakap dgn mak kat i.c.u td.
Katanya...setiap wanita berbeza dugaan semasa mengandung dan bersalin. Ada yang sangat2 mudah dan ada juga yang terpaksa melalui dugaan demi dugaan semasa mengandung malah bersalin. Keluar masuk wad banyak kali, hospital itu bagaikan rumah kedua. Lihat ujian Allah, dia ingin duga sejauh mana kesabaran kita.
Ada yang saya baca, dek kerana terlalu mudah bersalin..x sempat masuk labour room lagi dah beranak atas katil. Mudahkan aturan allah? Sebab mudah itulah para ibu x pernah serik utk mngndung dan bersalin. Seperti kata kak nor,malah mgkin wanita lain lagi diluar sana..walau sakit once dapat lihat wajah anak yg dikandung selama 9 bulan, kesakita itu hilang.
Allahurabbi..ketika masuk ke i.c.u td ziarah kak nor. Hati rasa sebak apabila melihat wayar pernafasan dipasang kepadanya akibat lelah selepas selamat bersalin. Tiba2 teringat arwah umi, begitu mulia pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan diri ini malah kita semua di dunia ini. Para ibu sanggup bertarung nyawa untuk pastikan kita selamat melihat dunia.
Terasa diri ini begitu bertuah ditatangnya dengan penuh kasih sayang, dimanja dan dibelai walau hanya sempat selama 19 tahun sahaja..tapi itu sudah cukup meninggalkan kesan buat cik ayu untuk menjadi seperti dirinya..terima kasih selama ayu belajar di sekolah dulu..x kira waktu umi support ayu tgu ayu balik dri sekolah setiap hari, masak makanan yg sedap2..hehe
Sememangnya umi tiada galang ganti. Terima kasih lahirkan ayu, besarkan ayu dengan didikan cukup sempurna untuk jadi anak bongsu abah yang terbaik, mgkin leh ada aura umi skit2..hehe.
Last but not least selamat hari ibu..walau umi sudah tiada di dunia..tapi umi sentiasa di hati ayu.

Tuesday, April 9, 2013

Hati ini hanya sekadar ingin bertanya...
Namun kerana keterlanjuran pertanyaan itu..
Hati ini sendiri sedih..hati ini sendiri menangis..
Diri ini inginkan bahagia merasa..
Di sayangi..dikasihi..tp andai ada yg membatasi kerana tidak ingin melihat dikecewa..
Ya diri ini sendiri yg sanggup rasa kecewa itu..sedih itu..
Ya allah..awak maafkan saya...saya takut sangat berjalan jauh dengan awak.andai ada yang masih menanti mengharap..saya wanita..saya amat memahami..
Saya tidak ingin rasa cemburu kerana saya tahu saya tidak sebaik wanita diluar sana..
Kerana saya tahu..awak bukan milik saya malah milik sesiapa. Tapi kita semua milik Allah..
Saya masih ingat kata2 awak..
Be with me no matter what happen when i asked U.. what should i do?
Jawapan itu meyakinkan saya bahawa awak tida main2..
Semoga itu yang terbaik utk kita..