Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah hari ni dapat seorang lagi anak buah tiri..
Tahniah buat kak nor sesungguhnya anda bertuah sekali lagi dapat menambah umat nabi muhammad walaupun terpaksa tukar hospital dari KBMC ke USM kerana komplikasi lelah yang tiba2 datang setelah selamat melahirkan seorang bayi pagi tadi..
Ayu doakan semoga semuanya selamat dan cepat sihat buat kak nor..berjuang demi anakmu sis!!
Bercerita tentang sakit bersalin dan dugaan kelahiran..teringat pula akan perbualan saja2 dgn kak nor sementara tgu abah hbs melawat n bercakap dgn mak kat i.c.u td.
Katanya...setiap wanita berbeza dugaan semasa mengandung dan bersalin. Ada yang sangat2 mudah dan ada juga yang terpaksa melalui dugaan demi dugaan semasa mengandung malah bersalin. Keluar masuk wad banyak kali, hospital itu bagaikan rumah kedua. Lihat ujian Allah, dia ingin duga sejauh mana kesabaran kita.
Ada yang saya baca, dek kerana terlalu mudah bersalin..x sempat masuk labour room lagi dah beranak atas katil. Mudahkan aturan allah? Sebab mudah itulah para ibu x pernah serik utk mngndung dan bersalin. Seperti kata kak nor,malah mgkin wanita lain lagi diluar sana..walau sakit once dapat lihat wajah anak yg dikandung selama 9 bulan, kesakita itu hilang.
Allahurabbi..ketika masuk ke i.c.u td ziarah kak nor. Hati rasa sebak apabila melihat wayar pernafasan dipasang kepadanya akibat lelah selepas selamat bersalin. Tiba2 teringat arwah umi, begitu mulia pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan diri ini malah kita semua di dunia ini. Para ibu sanggup bertarung nyawa untuk pastikan kita selamat melihat dunia.
Terasa diri ini begitu bertuah ditatangnya dengan penuh kasih sayang, dimanja dan dibelai walau hanya sempat selama 19 tahun sahaja..tapi itu sudah cukup meninggalkan kesan buat cik ayu untuk menjadi seperti dirinya..terima kasih selama ayu belajar di sekolah dulu..x kira waktu umi support ayu tgu ayu balik dri sekolah setiap hari, masak makanan yg sedap2..hehe
Sememangnya umi tiada galang ganti. Terima kasih lahirkan ayu, besarkan ayu dengan didikan cukup sempurna untuk jadi anak bongsu abah yang terbaik, mgkin leh ada aura umi skit2..hehe.
Last but not least selamat hari ibu..walau umi sudah tiada di dunia..tapi umi sentiasa di hati ayu.

No comments:
Post a Comment