alhamdulillah hari ini cik ayu boleh kata rasa lega..kenapa??
sebabnya cik ayu dengan senang hati dapat menolong sis nor cik ayu urus masalah rumah dan tangganya..
eh bukan urusan rumah tangga yang dalam2 la..itu tak nak masuk campur BAHAYA!!!hehe
hmm apa masalah rumah dan tangganya yerr..
actly dalam sebulan dua ni, rumah sis nor a.k.a rumah ketiga cik ayu diserang rombongan cik ti..
oh suka2 hati mereka bermaharajalela dekat rumah sana, siap buat pesta sakan..lepas tu buang merata-rata..tak senonoh kan mereka?? jadi kami pun (a.k.a sis nor) ambil langkah penyelesaian..cari racun tikus..
maaf kami bukan kejam untuk membunuh tetapi mereka ini buat haru biru setelah menumpang...mula2 nampak macam tak berkesan, sebabnya berterabur racun tu dikerjakan mereka..siap boleh berpindah randah racun itu di bawanya, aleh2 jumpa dalam laci CD..tapi bagaimana dibawanya!! (nyanyi ala2 spider blh??
tetapi, dalam minggu ini, setelah kali kedua melancarkan operasi, berjaya juga mati seekor dihadapan mata kami, yakni dihadapan bilik air..hikhik mungkin ida kepanasan maka dia pun menuju ke bilik air bagi menghilangkan dahaga kepanasan, namun tidak berjaya kerana ajal telah sampai di muka pintu bilik air,kesian dia nasib bukan muka buku najwa latif yer..hikhik..
TETAPI..keturunan mereka masih belum habis..bak kata orang dulu BERPANTANG AJAL SEBELUM MAUT..ceh dah macam moto berperang jer..maka keturunan yang seekor lagi kot, masih nak berfoya-foya dalam rumah tuan rumah, habis disepahkan tahi mereka yang mekar harum semerbak baunya..hukhuk..
dan semalam sis nor telepon cik ayu tanya free ke tidak untuk membantu dia melancarkan misi membersih rumah kerana ada aura bau yang kurang menyenangkan..seperti tikus mati!!
maka terpaksalah kami decide untuk kemas rumah dan bilik yang di takluki oleh geng tikus itu hari ini..
cari punya cari dan kemas..maka terjumpalah ia mati di dalam plastik yang ada car seat baby alma yang tak digunakan..hoho..mungkin tikus itu nak selamatkan diri setelah termakan racun..berlari2 tetapi terjatuh ke dalam gaung plastik..sungguh sadis cerita ini..harap anda semua tidak brkata kejam kepada kami!!
ermm..cerita serangan dan rombongan belum lagi habis..sesudah selesai urus cik ti..kami kena fikir lagi bagaimana nak urus rombongan cik anai-anai pula..haish banyak sungguh lawatan..baik betul tuan rumah a.k.a sis nor saya..haha..kami dah panggil pegawai ridpest ke benda untuk pantau masalah kami..huhu harga servis boleh tahan mahalnya..tapi insyaAllah berkesan dan tidak akan emmudaratkan jiran kami yang lain andai dihapuskan dengan cara yang betul..
hope semua ini akan berakhir!!!
- p/s: pesanan pegawai tadi, jangan sembur racun serangga ke atas anai2..memang mereka akan mati, tetapi queen mereka belum mati, dia pasti akan menyuruh soldier dia yang lain untuk serang tempat lain dekat rumah kita atau jiran kita..cara itu memang tidak berkesan selagi queen x mati.
- p/s: perangkap tikus mungkin dah tak berkesan kerana dah lapuk, depa pun dah kenal agaknya, mungkin depa dah buat mesyuarat siap ada slide show untuk bagitau jangan dekat dengan benda alah itu..hikhik..wallahuwa'lam.


