Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru kawan2 cik ayu!!!
Alhamdulillah dapat lagi cik ayu bernyawa tahun baru ini..
semoga permulaan tahun baru yang baik2 buat kita semua..

Dan hari ini pula bermula sesi persekolah bagi negeri2 pantai timur.
seronok pula membaca status rakan cik ayu yang anaknya mula bersekolah hari ni..
dan cik ayu pun xcited juga. esok anak buah cik ayu, najmi si kecik debab akan ke sekolah taska.
x sabar nak tengok dia bergaya ngan baju taska qaliph dia tu..
sama juga anak buah cik ayu, Kyra yang akan mulakan sesi darjah 1 nya juga esok.
good luck semua anak buah ciksu!!1

perlu tido awal esok akan gerak awal join depa and balik ke usj sekejap..nite all

Wednesday, December 4, 2013

Ruginya ketinggalan episod..

hai alls. Oh tadi saje jenguk fb seketika walau petang tadi kehilangan mood oleh sebab beberapa perkara. Dan terbacalah akan satu status yang telah di update oleh rakan lama. Sebelum itu maafkan cik ayu sekiranya dah meninggalkan komen buat dia terasa. Ni semua gara-gara emosi petang tadi dan terbawa ke fb dan blog.

Oh berbalik kepada tajuk di atas, rakan lama cik ayu update status lebih kurang begini...
“sudah berapa episod yer sekian2 program yang sedang popular di tv? Macam dah tertinggal banyak episod je”

setelah terbaca, emm cik ayu x kisah pun dia nak layan program tersebut, cuma di hati dan fikiran cik ayu, terlintas, astaghfirullahala'zim, sesungguhnya aku sudah lama tertinggal untuk kembali membaca tafsirmu ya Allah..semasa ramadhan lalu, cik ayu terlalu mengejar untuk khatam al-quran. Alhamdulillah berjaya, namun setelah ramadhan berakhir dan berlalu, terasa rugi nye tertinggal setiap episode yang cik ayu rencana sebulan ramadhan lalu untuk diteruskan bulan2 yang lain..

akui ada membaca al-quran, tapi sekadar baca mana yang sempat, tidak sempat untuk membaca bahagian tafsirnya. Dan yer terasa ruginya. Oleh itu, jom teruskan usaha wahai cik ayu, lagi2 dalam keadaan tgh emosi ni..haa baik ko baca tafsir setiap kali lepas solat yer!!
hehe peringatan bersama untuk rakan2 di luar...


Daaa!!

berterus teranglah..

hari yang suram..sesuram hati..dinginnya suasana..sedingin hatinya
bila perasaan itu datang, maka aku harus menempuh ape jua dugaan yang mendatang..

orang putih kata, lets gone be by gone..eh betul ke ayat ni..sekadar ingat2 lupa..
tetapi ape sahaja yang telah kita lakukan buat sesama makhluk kitayang terasa dengan kelakuan kita,
pastinya sukar untuk mereka senang2 lupakan, lagi2 bagi orang yang dekat dengan mereka bukan?

yahh..i know its my fault..
sukarnya untuk jadi baik kan??
dan bila saya cuba untuk jadi baik untuk terlalu jujur dan berterus terang tentang sesuatu perkara,
tiba2 ia bertukar bagaikan satu musibah..dari ceria bertukar suram, dari gembira bertukar sedih, dari rapat bertukar dingin kan?

saya benci untuk jujur lagi, saya benci untuk berterus terang lagi...
maaf sekali lagi..this the last ever yang cik ayu akan update suram muram di wall blog..cukuplah dulu untuk menjadi terlalu lemah kerana perasaan ini...

take ur time as long as u want...untuk kembali baik persahabatan mahupun perhubungan itu.
saya redha..assalam..

#masih aku cinta sentiasa bermain di minda..


Tuesday, December 3, 2013

selamat pagi surirumah temporary!!

Morning alls..hari ke..erm 8. Yes ke-8 jadi surirumah sementara waktu untuk anak2 buah yang cerdik lagi bijaksana. pagi-pagi lagi bangun terasa lapar, terus masuk dapur bancuh tepung cucur segera adabi perasa udang. hehe..almaklum surirumah moden semuanya nak siap je, mudah dan cepat je kan?

 tadaa..see dah siap digoreng dengan rangupnya. hehe banyak tu je cik ayu goreng untuk alas perut breakfast pagi sebelum makan supplement Shaklee..BERSEDIA untuk kencing lagi la untuk beberapa jam. actly semalam bru terlintas, better selalu kencing dari berak banyak kali if guna produk yang selalu sis along guna. lepas tu lembik seharian gara2 duk fikir berak je..hoi ape ni story berak kencing pada gambar makanan..
(pang sekali kat cik ayu..hehe)

Dalam duk menaip ni, anak2 buah cik ayu masih kelenaan dibuai mimpi..siap berair liur basi lagi si abang tu. tadi cik ayu pun hampir nak join sama, tapi nasib si adik nangis kat atas suh bawak trun nak sambung tido kat bawah. Jadi cik ayu x nak bazir masa, so amik laptop n taddaaa amik gambar anak2 update di blog.
si abang yang tido dengan nafas yang kuat sedikit. 2 hari lepas lelah, kesnya terlebih rancak main air n lari dengan sepupu dia. aishh  bangun la abang nanti lewat pula makan ubat.

oraits cukup setakat ini. cik ayu nak menelangah nak masak nasi ayam untuk lunch nanti..daa semua

Saya dan SHAKLEE

hai alls..
macam malu jek...macam segan jek nak share
tapi dah namanya tengah guna produk yang tengah famous amous kan.
lagi2 dekat FB tu ha, ada je duk tag nama cik ayu suh guna
last2 dah terjebak guna, sebab kak ipar cik ayu masuk ahli, so dapatlah harga ahli bila beli..hehe

lagipun sebelum ni pernah usha blog mdm Irine kita yang tengah hangat promo shaklee..
eh2 macam minat je..macam nak kuruskan skit je badan..hehe..
jadi cik ayu putuskan nak amik 2 produk dulu
Fungsi : Bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol

-Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin.
Bakar / Pecahkan Lemak

(kredit copy paste gambar from mdm Irine's blog)

Kepada anda yang nak tahu lebih lanjut tentang produk diet ni, boleh klik link mdm irine kat atas tu yer.
Baiklah berbalik kepada pengalaman guna produk ni, semestinya cik ayu kena minum air mineral sebanyak-banyaknya, ini nasihat my sis n kebanyakan pengguna la. mungkin nak lancarkan proses penghadaman lemak-lemak degil lam badan cik ayu ni kot..hehe..

Jadinya, bila dah banyak minum air, bermulalah berkawan dengan bilik air selalu. sebelum guna produk ni, nak kencing tu x dela sangat, biasa2 sahaja sehari-hari. sekarang ni, acap kali ke tandas, kalu kira dengan jari, mau idak cukup jari jemari cik ayu, siap sambung ngan jari kaki kot. Bila makan waktu malam lepas dinner, kompem tengah malam cik ayu for sure akan terjaga tengah malam nk kencing..nasib ler rumah rawang ni bilik air sebelah bilik tido. tapi ada bagus juga senang terjaga sendiri suh pi kencing kan. at least pas kencing, boleh ambil wuduk tunai solat malam then sambung tido balik. kalu tak kunci lam bape jam sekalipun. kalu dah liat tetap liat nak bangun solat malam. heehee tapi semalam jela mampu, yg 2 hari lepas memang mengantuk menguasai diri. semalam tersedar bukak mata terus segar, huhu sebab mimpi terkejut jugak kot. (haip don't ask me, ape yang dah dimimpi okeh!!)

huwaargghh sudah lewat malam..ok alls cukup setakat ni..sambung esok jela mengarut cerita..
daa alls

semangat bermula untuk ketak ketukkk!!!

hai alls..
yes semangat ketak ketuk sudah bermula!!yeay2 sambil goyang kaki tergedik-gedik kat meja..
dapat kebenaran dari big boss untuk guna laptop lama dia untuk hadap blog tersayang ni..
ohhoo konon laptop lama sangatlah kan..hehe..lama..la sebab dia dah ada macbook pro dia tu..
laptop ni sekarang sekadar di pinggiran kerusi jek. nasib ada adik dia yang baik lagi ayu n comey ni sudi amik jadikan laptop angkat..hehe..

haa..uolls bukan sekadar semangat ketak katuk di laptop je, bulan ni semangat membaca pun timbul tau!!
setakat ni dah 3 buku dalam bacaan. haa ada korang mampu macam cik ayu??hehe...Antaranya, of course my buku impian, Prof muhaya, Sejernih Sinar Matamu, thanks to someone, En Adeeb Fitri, sudi hadiahkan this book for me, jauh di belinya. Yang paling best pakej lengkap dengan kek lapis SARAWAK..enak sekali dibaca sambil membaca!! ( I dedikasi ucapan ni khas untuk U tau..terharu x..terharu x..hehe)
\
Ini pula buku baru terbitan PTS, dua buku ini bagus untuk para wanita mengetahui bahwa anda adalah tidak ternilai harganya andai maruah diangkat tinggi..jangan lupa dapatkan di pasaran!!

dan ini buku pertama B.I cik ayu beli sendiri, selalu pinjam orang or libry masa sekolah or kat universiti dulu..
almaklum, cik ayu ni bab baca buku B.I slow..hehe..sekarang nak improve bahasa..
kena bacalah kan??
but why this book??
haahaa cik ayu sendiri tidak ketahuan..tengah jiwang agaknya.

baiklah, rasanya cukup sekadar itu sahaja kot, cerita permulaan. sebenarnya banyak lagi nak menaip, idea mencurah, kita sambung next post lak ekh..
daa!!!