hai alls. Oh tadi saje jenguk fb
seketika walau petang tadi kehilangan mood oleh sebab beberapa
perkara. Dan terbacalah akan satu status yang telah di update oleh
rakan lama. Sebelum itu maafkan cik ayu sekiranya dah meninggalkan
komen buat dia terasa. Ni semua gara-gara emosi petang tadi dan
terbawa ke fb dan blog.
Oh berbalik kepada tajuk di atas, rakan
lama cik ayu update status lebih kurang begini...
“sudah berapa episod yer sekian2
program yang sedang popular di tv? Macam dah tertinggal banyak episod
je”
setelah terbaca, emm cik ayu x kisah
pun dia nak layan program tersebut, cuma di hati dan fikiran cik ayu,
terlintas, astaghfirullahala'zim, sesungguhnya aku sudah lama
tertinggal untuk kembali membaca tafsirmu ya Allah..semasa ramadhan
lalu, cik ayu terlalu mengejar untuk khatam al-quran. Alhamdulillah
berjaya, namun setelah ramadhan berakhir dan berlalu, terasa rugi nye
tertinggal setiap episode yang cik ayu rencana sebulan ramadhan lalu
untuk diteruskan bulan2 yang lain..
akui ada membaca al-quran, tapi sekadar
baca mana yang sempat, tidak sempat untuk membaca bahagian tafsirnya.
Dan yer terasa ruginya. Oleh itu, jom teruskan usaha wahai cik ayu,
lagi2 dalam keadaan tgh emosi ni..haa baik ko baca tafsir setiap kali
lepas solat yer!!
hehe peringatan bersama untuk rakan2 di
luar...
Daaa!!

No comments:
Post a Comment